Tuesday 7 December 2021

# bookreview # fiction

Kapal Terakhir Di Dunia Episod III by Teme Abdullah

 Assalamualaikum, good day dearest! Finally sampai jugak dekat buku terakhir dalam siri KTDD nii.




Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 306 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Julai 2021
ISBN : 9789672459224
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Blurb : 

"Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkata yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkata yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap..."

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoal timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?


Buku ketiga siri KTDD. Buku ketiga bermula dengan imbas kembali babak  di darat. Kali ini, bukan lagi daripada pandangan Aria tetapi pandangan Doha, wakil sektor kuning. Musabab Doha menyerang Aria dan Vanessa. Kewujudan pakatan yang ingin menjatuhkan Manusia Suci, perancangan mereka untuk menyerang dan... pengorbanan Vuk.


Compared to the first two books, buku ketiga ni banyak bermain emosi. First book aku rasa macam meh, second book aku rasa marah dan geram dan buku ketiga ni menjentik hati aku untuk rasa sedih. Aku rasa aku tak pernah menangis masa baca karya Teme but this one did it. Vuk... Satu karakter yang muncul hanya dalam buku pertama. Rupanya satu karakter yang sangat penting. Sedih gila baca apa sebenarnya yang jadi pada dia. Pengkhianatan Koh yang sebenarnya musuh dalam selimut memang tak terjangka. 


Outburst Aria. Babak yang paling memuaskan hati aku dalam siri KTDD. Aku sememangnya tertunggu-tunggu saat Aria meletup setelah rahsia demi rahsia yang dibongkarkan. Dan aku sangat-sangat puas hati bila dia mengamuk. Apa yang trigger dia? Well, bacalah sendiri, taknak la aku spoil kan semua.


Banyak review yang aku baca, tak puas hati dengan ending siri KTDD ni. Dan aku pun tak puas hati gak. Geramnya rasa! Terkilan pun ada jugak dengan cara Teme ended this whole series. Rasa macam nak buat petition untuk dia tulis sambungan aje. Nak kata open ending, aku tak nampak open. Geramlaaa.


Memangla ada possibility yang Aras Lantai akan bangkit menentang Manusia Suci lagi-lagi dengan pakatan rahsia tetap diteruskan dengan pimpinan muda, Tuan Yang Suci ke-27 tak ambil tahu hal Aras Lantai, dan Ana yang umpama bom jangka dengan setiap pengetahuan barunya. Tapi aku taknak possibility tu! Ahhh geram sangatttt. Dah la tak tahu apa yang jadi dengan Aria lepas pihak 'askar' hilangkan ingatannya. Ahh, kecewalah. 


Nasihat aku? Kalau dah baca buku first and second, bacalah yang third walaupun tak de closure yang close serapat-rapatnya, yang kita harapkan. Kalau belum, tepuk poket, tanya duit. Hehe, ikut koranglah nak baca ke tidak. Tapi aku rasa better bacalah, boleh geram sama-sama dengan aku. Hehe.

 

-thes

4 comments:

  1. hahaha Teme saja nak test kot, nak tengok ramai tak yang follow series ni. Nanti datang ilham dia, ada la terbit yang keempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dia punya peminat ramai :')) dan dia kata dia ada version yang ended habis cuma dia takde ilham nak kongsi alaaaahai geram pulak hehe

      Delete
  2. No 3 ini je tak beli lagi.. akan cuba dicari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebb kaksha dah ada satu dengan dua, maka belilah yang ketiga hehe

      Delete