Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Buah Hati Nafeesa
Penulis: Nirrosette
Mukasurat: 338
Genre: Romantik
Penerbit: Manes Wordworks
Terbitan: 2022
ISBN: 9789672660217
Related title(s): Yang Manis, 2022
Blurb:
Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.
Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.
Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak dan bekerjaya. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya, Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek.
Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.
Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia? Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?
"Will you see me differently, if you knew my past?"
Antara trauma dan cinta? Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?
Novel ni bermula dengan Nafeesa yang terlebih keberanian ambil flight seorang diri untuk melawat abangnya Najwan di Kanada. Hasratnya nak menghabiskan sisa cuti semester dengan luangkan masa dengan abangnya alih-alih bila dia sampai, kena marah pulak. Disebabkan Najwan busy dengan kuliah dan exam, Khalil diamanahkan untuk teman Nafeesa sepanjang dia di Vancouver.
Watak Nafeesa ni sangat likeable. Sejenis yang peramah dan senang buat kawan, independent dan paling penting, dia tahu apa yang dia nak dalam hidup dia. Dan kerana itulah dia tanpa segan silu meluahkan rasa pada Khalil. Dia ni suka juga cosplay tapi subtle jela, but still, cute kot. Langkau masa tiga tahun mendewasakan Nafeesa and I really loves both version of her. Masih lagi yang dulu tapi lebih matang.
Khalil pula seorang yang matang, hormat orang tua, beragama dan perfectlah senang cerita. Awalnya dia hanya nampak Nafeesa sebagai 'adik' tapi dia sendiri susah nak nafikan perasaan sendiri lepas Nafeesa balik Singapore. Kerana luka lalu, dia takut untuk terima cinta lagi. Aku suka cara penulis perlahan-lahan mendamaikan luka dalam hati Khalil demi terima Nafeesa dalam hidup dia. Dan, dia punya effort untuk ambil hati Nafeesa tu🤌🏽🤌🏽🤌🏽
And I love the chemistry antara dua watak utama ni. Terasa comel-comel nak cubit je eee. Cerita ni takde konflik berat dengan penceritaan yang santai jadi mudah jela aku habiskan. Watak-watak sampingan pun best-best semuanya. Takde yang menimbulkan urat dahi. And officially, novel ni masuk dalam aku punya comfort read. Tbh, ni read last year aku HHAHAHHA maafla baru ni reviu.
-thes
3 Comments
buku dari Manes ni mmg comel2 ye? jalan cerita dia pun menarik.
ReplyDeleteiya kot? i pun baru baca 3 buku drpd manes... tak boleh nak comment lebih hhahaha. but this one definitely cumill
DeleteSesekali baca buku comel dan sweet macam ini, syok juga..
ReplyDelete