Sunday 6 September 2020

# bookreview # fiction

Psiko by Rosa Nur

Assalamualaikum, good day dearest ! Happy weekend ! Actually novel ni dah lama habis baca. Tapi tulah, asal rajin nak menip je mesti ada je benda yang menghalang, so tertundalah sampai ke harini...


Tajuk : Psiko
Penulis : Rosa Nur
Mukasurat : 483 pages
Penerbit : Karyaseni
Cetakan : September 2018
ISBN : 9789672102625
Blurb :

Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah Rayyan Firdaus, Hanna Hannani dan beberapa orang lagi rakan mereka.

Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...

"Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!"

"Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?"

Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.

Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti!

Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?

"Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!" - RAZMAN

"Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng itu. Kau kan kuat makan!" - BAIZURA

"Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?" - MAIZATUL AKMA

Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu 
menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional.

Siapakah inidividu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.

Penceritaan pada mulanya menarik sebab misteri identiti si bongkok and juga kehilangan Suriati di Sungai Gasing. Banyak watak yang diperkenalkan untuk beberapa bab awal. Nasib baik kepelbagaian nama buat aku tak terkeliru selalu. Tapi sayangnya, penulis pula terlebih baik hati sampaikan watak yang hanya muncul sekali dua pun diletak nama. Contohnya, watak si pembaca meter elektrik. Aku pula ingatkan watak dia significant pada jalan cerita so gigihla fokus pada setiap nama. Alih-alih sia-sia je.

Identiti si penghukum yang kejam bagi aku agak predictable. Walaupun aku pada mulanya mengharapkan yang ada kelainan pada novel ni, namun hampa akhirnya. Hah, memang yang Atilah yang menghukum and nak balas dendam dekat kawan-kawan yang selalu buli dia. Bagi aku, jalan cerita taklah se-psiko yang aku harapkan but still agak gruesome jugalah. Memang tak sorok apa pun, tahu dari awal Ati yang berdendam dan nakkan pembalasan pada kawan-kawan dia. 

Tapi bagi aku, tajuk 'Psiko' dengan watak Ati tak sesuai. Sebabnya, Ati memang ada sebab untuk marahkan mereka, mengejek dan memperjudikan maruah dia dekat Sugai Gasing dan juga sebabkan dia dikurung selama sepuluh tahun. Mungkin itu yang buatkan dia berdendam dengan empat sekawan tu sangat. Bagi aku Psiko yang sebenar is si bongkok. Kalaulah penulis twist sikit cerita dan buatkan Ati lupakan niat dia untuk seksa kawan-kawan dia dan bagi bongkok yang berkeras untuk balas dendam bagi pihak Ati, mungkin akan jadi lebih menarik. Aku sebenarnya mengharapkan Rayyan yang rancang penculikan dan penyeksaan orang yang mengejek Ati barulah nampak lebih psiko. Rayyan yang dihantui rasa bersalah then buat rancangan gila untuk balas dendam bagi pihak Ati, mungkin lebih menarik bagi aku.

Kemuncak cerita apabila Ati berjaya bawak Rayyan ke rumah agam tapi sayangnya from this point onwards, penulisan agak rushing. Rasa tak berbaloi cerita panjang-panjang sebelum dia berjaya culik empat sekawan sedangkan misi dia nak menyeksa tak diberi tumpuan sangat. Paling kecewa bila Ati masih simpan perasaan terhadap Rayyan sedangkan Rayyanlah orang yang dia patut seksa sekejam-kejamnya. Seksaan paling kejam pun si Hanna je. Yang lain, just meh. Memang rasa rushing habis. Ending pun rasa 'duh' sangat sebab memang predictable yang Ati akan terselamat daripada kebakaran tu. 

Novel ni memang ada thrill yang tersendiri tapi untuk aku katakan psiko, mungkin tidak. Aku punya expectation untuk novel ni mungkin terlalu tinggi so bila tak capai aku sendiri yang terkiciwa. Aduh. Penceritaan novel ni straightforward memang kau takkan confuse ke apa and memang senang faham plot dia. So, for those yang nak try baca psiko-thriller this may be a small start for you. Untuk aku, tidak. One more thing, moral of the story, dendam hanya memudaratkan diri sendiri.

-thes

12 comments:

  1. Halamak Hana dah lama tak baca buku hmmm.. patutlah rasa kekok semacam baca review novel hahah. Btw, your review is amazing as always. Nak adore boleh tak? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, Hana kena start membaca ni... Thank you for the compliment hihi

      Delete
  2. Tak pernah lagi baca novel thriller macam ni. Cam seram. hehe

    ReplyDelete
  3. good sharing...kiranya bukan fully psiko la kan...mungkin nanti ada kesempatan boleh la beli novel ni..

    ReplyDelete
  4. mungkin penulis tak sampai hati nak jadi kejam untuk watak yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mungkin juga... tapi tula, sayang bila plot yang sepatutnya boleh kembang lagi tak dikembangkan

      Delete
  5. susah sebenarnyaa ati nak lupakan dendam dia.. sbb itu ja buat dia nak teruskan hidup kan.. hmmm scary

    ReplyDelete
  6. Bila dendam menjadi sebab manusia melakukan kekejaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesson: janganlah kita menyimpan dendam, kelak binasa diri

      Delete