Sunday 25 July 2021

# bookreview # fiction

Cinta Han Dan Nad by Jaja Ahmad

Assalamualaikum, good day dearest! Another novel review. Hehe, aku tengah usaha nak scheduled kan semua novel review yang aku dh tulis tapi tulah, nak buat benda simple pun aku malas.





Tajuk : Cinta Han Dan Nad
Penulis : Jaja Ahmad
Mukasurat : 675 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : September 2016
ISBN : 9789670870250
Blurb : 

Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya.

Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba.

Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan.

Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu. Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia.

"Balik lambat ni suami tak marah ke?" - Farhan
"Belum kahwin." - Nadia
"Tunang tak jemput?" - Farhan
"Tak ada tunang." - Nadia
"Boyfriend tak temankan ke?" Farhan
"Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?" - Nadia

Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya.

"Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?" - Farhan
"The answer is yes." -  Nadia

Semuanya nampak indah di mata tetapi tiada yang tahu Nadia sedang berperang dengan perasaan duka.

"He's the one whom I don't want to talk about... But now he just keep coming into my life just like a nightmare." - Nadia
"He is a beast I bet." - Farhan
"He is more than that." - Nadia

Kemunculan Harlina yang tiba-tiba pula telah merubah Farhan daripada seorang lelaki yang budiman menjadi singa.

"Enough Harlina! Stop calling her sundal!" - Farhan
"No, I takkan berhenti panggil dia sundal sebab dia memang perempuan sundal. Perempuan tak tahu malu. No! Dia bukan perempuan, dia betina. Betina tak sedar diri. Betina tak sedar diuntung. Betina tak ada maruah..." - Harlina

Dalam cintanya ada badai yang melanda. Ada ribut yang menerpa. Namun teguhkah Farhan di kala Nadia dicemuh dan dihina? Dan kuatkah Nadia bila cinta dan kepercayaannya diuji?

Farhan berdiri sebagai suami... dan Nadia juga terus berdampingan sebagai isteri. Cinta Han dan Nad merungkai segalanya.

Prolog novel ni berjaya menambat hati aku. Aku rasa comel je cari penulis describe Nad(ia) dengan (Far)Han punya pov masa terserempak dalam hospital. Tiga kali bertentang mata, berpapasan tapi tak de siapa pun yang mulakan perkenalan. Dan... Akhirnya sebelum Aisya (adik Nadditolak masuk ke OR barulah masing-masing tahu nama si dia. Itupun, setakat itu saja. Nad sebagai penjaga kepada Aisya dan Han sebagai doktor kepada Aisya.

Dua tahun berlalu, dua tahun tak bersua muka, dua tahun mereka memendam rindu. Okay, bab ni aku a bit skeptic. Is it possible for you to miss someone who you met for like under one hour of your life, and exchange words for the purpose of formality? Bagi aku sangatlah tidak. Unless we shared a deep, heart-ful conversation, aku tak rasa aku akan jatuh rindu pada orang tu sampai nak menangis. Entahlah, bagi aku it's a little bit too much. So, aku faham kenapa watak Kirah (bff Nad) gelakkan Nad masa Nad bagitahu dia rindukan Han. Paling tak boleh tahan, Nad tahu kot kat mana Han kerja haih geram pulak baca part awal ni.

Ditakdirkan, they met again. Dekat foodcourt. Masa tu Han with Seri, a woman that supposed to be his wife tapi dah ada pilihan sendiri and Nad pulak dengan Aisya. Aku suka baca development hubungan Han dengan Nad masa ni. Han yang masa mula-mula jumpa Nad semula merupakan seorang yang dingin, senyum pun susah tapi lepas makin rapat dengan Nad, makin kuat pulak menyakat. Lagi-lagi masa diorang dah kahwin. Memang new side of him.

Nad pula, mulanya yakin nak kahwin dengan Han. Tarikh dah ditetapkan, kad dah dihantar tapi nak lagi dua minggu macam tu tiba-tiba cold feet, rasa macam they're rushing to jump into the relationship. Maklumla, masing-masing baru kenal beberapa bulan, tup-tup nak kahwin. Biasalah perempuan kan overthinking ni macam best friend.

Konflik dalam hubungan Han dengan Nad agak lari dengan blurb. Sebabnya watak Harlina memanglah gila nakkan Han walaupun dia tahu Han tu dah kahwin tapi dia tak segila Lisa(adik ipar Han, biras Nad, isteri Amri) yang buat macam-macam untuk pisahkan Han dan Nad. But, aku suka bila watak Han ni matang dan tak cepat melatah bila macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Boleh dibawa berbincang and fikir rasional. Sesuailah dengan watak Nad yang bagi aku a bit cengeng and emosi. Like, dia kata dia dah maafkan Faris (kenalan lama) tapi sebenarnya dia seolah berdendam. Sampaikan dengar nama Faris pun tak nak. Konflik lain is hubungan persahabatan Nad dengan Kirah terjejas bila Kirah kata dia nak kahwin dengan Faris.

Novel ni baru aku a  light reading and full with messages. Aku sukakan keakraban hubungan keluarga Han, supporting each other and paling penting, walaupun mommy Han ni banyak kali jugak nak masuk campur urusan anak-anak, abah dia mesti akan halang. Mesti dia tegur mommy Han and bagi peluang untuk anak-anak buat keputusan sendiri. And that is kind of new. Selalunya jumpa ibu-ibu yang asyik nak menentukan hidup anak lepastu bapaknya diam ajee. Mesej yang aku rasa paling menyerlah is forgiving others. Memang bukan senang nak maafkan orang lain, lagi-lagi kalau kesalahan orang tu bagi impak yang besar dalam hidup kita. Tapi, dengan memaafkan, we will more at ease, Insya-Allah.

Oh,  babak romantik tu jangan cakaplah, melambak gulanya. Ada part yang, okaylah aku baca. Tapi ada juga part yang, 'oh no, nope, too sweet, mission abort'(sorry I'm not really into sugar overloaded). 

I personally reeeeally love the ending. With Harlina gone, and Lisa yang dah sedar salah dia and the most satisfying is that Amri ceraikan dia. Siapa ajelah yang mampu nak teruskan hubungan dengan pasangan bila dapat tahu yang dia rupanya cintakan orang lain. Dahtu curang pulak. Memang taklah. And his reasoning pun sangat convincing. He need to heal and bring himself closer to Allah again. After Lisa punya betrayal, aku rasa aku akan mengamuk kot kalau dia masih taknak ceraikan Lisa. 

Aku actually baca novel ni waktu final week (ya, kononnya untuk release tension study walhal aku takdelah study mana Allahu and now result nak keluar dah sehari dua lagi lepastu nak start short sem dah hah baru reti nak post review) so pace pembacaan aku agak slow. Dengan project yang nak submit, dengan studynya dengan nervousnya seminggu jugaklah baru habis baca. Penulis gunakan pov 3 dalam penulisan so senang nak faham semua karakter. 

Pertama kali baca karya daripada penulis Jaja Ahmad. Insya-Allah in future aku akan baca lagi karya beliau. Well done penulis!

-thes

8 comments:

  1. tak pernah baca lagi tulisan jaja ahmad

    ReplyDelete
  2. Dari sinopsis Su ini, macam best je novel dari Jaja Ahmad ini. Boleh cari n baca time PKP ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak... PKP ni macam bnyk je masa terluang kann hehe

      Delete
  3. waalaikumussalam. dah lama kak takda baca novel. baca sinopsis novel ni ja la. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... boleh la tu, buat syarat ><

      Delete