Friday 28 January 2022

Asil Pelindung Khalifah 1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah by Hazwani Osman & Nafisah Hisam

January 28, 2022 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Selamat berhujung minggu! Aku plan nak update review komik ni next week, tapi hmm, next week aku dah start exam, so macam malas la pulak en. So, aku update la harini. Tapi aku akan try schedule review novel untuk entry next week, jadi tak jadi, tengok la nanti hehe.




Tajuk: Asil Pelindung Khalifah 1 - Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah 
Penulis: Hazwani Osman
Pelukis: Nafisah Hisam
Mukasurat: 114 pages
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: June 2021
ISBN: 9789672459194
Blurb: 

“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.”
“Hah?” Tercengang Asil mendengarnya.


Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah.

Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal!

Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan. Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan.

Asil mula tertanya-tanya, mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?

 


Okay, bila kali terakhir baca komik? Sekolah menengah kot? Masa dok asrama, ada member sekelas memang hantu baca manga, komik dan seangkatan so last time aku baca komik, maybe time tu. Dan berapa tahun lepas SPM, nilah baru sentuh komik semula. Terasa awkwardnya aku baca komik, nak start dari bubble speech yang mana ke mana adehhh. 


Komik ni bertemakan fiksyen sejarah berlatar belakangkan sejarah Islam Turki Uthmaniyyah dan mengikut apa yang aku baca di website publisher, komik ni kira pelengkap pada Komik Gaza tulisan IF Moses (which obviously aku tak baca lagi). Sejujurnya, sejarah can be boring kalau tulisaaaaaaan je kan, so, bila in form of comic, dia jadi lebih seronok untuk dibaca.


Watak utama, Asil, salah seorang perisik yang memperjuangkan nasib rakyat untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II or that's what he believed to be true. Bab awal-awal, boleh nampak Asil ni seorang perisik yang handal, sekali datang member dia, Tarkan terus bengong-bengong. Senang je dia kena tipu dengan Tarkan aduhaii. Kelakar jee.


Selingan fakta sejarah antara bab membantu aku untuk faham lagi apa yang  pihak Committee of Union & Progress (CUP) perjuangkan. Walaupun sebenarnya aku confuse sebab kalau based on those facts, SAH II takdelah kejam dengan rakyat kenapa pulak ada pihak yang nak jatuhkan dia? And bila Asil berjaya masuk ke istana sebagai tukang masak, hahh lagila kuat tanggapan aku. Jadi, apa yang dia akan buat?  Nak persoalkan ketua perisik aka pakcik dia sendiri, Mukhtar, atau nak teruskan saja misi tu?


Sayang, aku takde jawapan melainkan tunggu jelah siri yang seterusnya. Sebab dia komik, jadi ceritanya pendek sajalah. Tak puas kita. Baru nak excited, eh dah habis. Huwaaaa. Ni yang lemah nak kena tunggu ni. Haihh.. Tapi serious best baca! The graphics pun, walaupun black and white tetap nampak cantik and kemas. Jadi marilah dapatkan komik Asil, dengan kadar segera! Hehe.


-thes 

Wednesday 26 January 2022

Lamaran Di Taman Nakajima by Marissa

January 26, 2022 4 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Selain #bookreview, aku ekceli takde topik lain lah nak tulis... Okay maybe ada yang aku boleh share tapi tula, penyakit M ni dah sebati dengan diri. 





Tajuk : Lamaran Di Taman Nakajima
Penulis : Marissa
Mukasurat : 453 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : 2018
ISBN : 9780672102496
Blurb : 

"Wei!" Linda sahabat baik panggil aku di tempat ketibaan.

"Sorrylah. Aku tak tahu handphone aku cicir kat mana."

"Memanglah. Aku telefon, mamat yang jawab. Dia cakap kau tertinggal handphone kat tempat duduk kau."

"Allah." Aku pegang dahi. rasanya sebab tu kut lelaki sebelah aku panggil aku. Salah dia jugaklah. Yang panggil aku sayang tu kenapa? Panggil saudari saja tak boleh ke? Kalau dia panggil aku kakak pun aku takkan marah punya. Ini siap panggil sayang. Dia ingat aku apa?

Aku jumpa dia kali pertama di dalam pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Tak sangka duduk sebelah dia dan dikelilingi kawan-kawan dia. Ada seorang kawan dia suruh aku berhati-hati dengan dia sebab dia dikatakan mat romeo. Masa pesawat sudah mendarat, kelam-kabut aku tinggalkan tempat dudukku. Si mat romeo bukan main panggil aku.

"Sayang..."

Gatal!

Semakin laju aku melangkah. Tak toleh-toleh lagi. Kalau toleh, sah aku pulak yang dia tuduh gatal.

"Sayang, tunggulah. Awak tertinggal ni..."

Aku jeling tajam.

"Awak tertinggal hati saya!"

Kurang ajar! Dia main-mainkan aku rupanya. Habis aku kena gelak dengan kawan-kawan dia. Aku tak tunggu lagi dan baru tersedar telefon bimbitku tiada bersamaku. Rasanya kisah aku dengan lelaki tu bakal menjadi panjang.

Karya penulis Marissa yang ketiga aku baca dan this one is my favorite from her, so far. Macam novel-novel penulis ni yang aku baca sebelum ni, novel ni juga a family-based novel. Dari blurb, aku serious ingatkan ni kisah si bujang dan dara, so imagine my surprise bila dapat tahu it is a duda-janda novel. 

Teya, kerana kehadiran orang ketiga, rumah tangga yang terbina bertahun lamanya musnah. Hancus. Sungguh aku tak sangka yang Dhinah, si perampas ni rupanya kawan sepejabat dengan Teya. Eyy dasar penyondol tak tahu malu. Aku cukup tak suka dengan watak Dhinah ni(maksudnya watak dia memang menjadi la enn) Dah la rampas suami kawan sendiri lepastu boleh pulak  fitnah Teya nakkan Zafran ni semula. Dah la buat dosa meruntuhkan rumahtangga orang lepastu tambah pulak dosa fitnah. Dasar perempuan taktahu malu. Pastu member dia dua orang tu dengan bengapnya sokong? Alahhhh cara kawan lain la wehhh apa ni.

Zafran, suami Teya ni eyyy memang mintak kaki tau watak dia. Dah la curang lepastu bagi alasan sebab takde anak? Helo????????? Emo la bab ni haihh. Dah tu, tak reti pulak nak jatuhkan talak dekat Teya sedangkan nak kahwin dengan Dhinah dah. Alasannya? Takut mak and kakak dia salahkan dia? Tapi memang salah dia sebab curang??? Ada eh lelaki cenggini? Pastu bila Teya dah mintak cerai and nak move, eh menyibuk lagi kata tak boleh la apalah. Wahai Zafran sedarlah kau tu EX-HUSBAND! 

Okay done emo dengan Zafran. Let's talk about Nik pulak. First meet, aku sangat tak expect dia ni pernah kahwin sebab dia pi holiday pun dengan member-member so aku ingatkan dia like bujang. But surprise-surprise, dia pernah kahwin and disebabkan cara dia hidup serupa takde bini, bini dia tinggalkan dia. And now, dia jumpa Teya and terpikat so dia nak ubah cara dia. Him. I loiiike beri mutchi! Someone who admit his mistakes and not afraid to be vulnerable and change his ways. Chef kiss.

Nik punya persistent nak pikat Teya walaupun Teya masa tu still tak ready nak masuk dalam hubungan baru. Siapa je yang boleh move on secepat tu kan. Lagi pulak dengan kawan-kawan Nik yang seolah bagi amaran jangan kahwin dengan Nik semata sebab dorang takut Nik kena 'kongkong'. Manusia ceni pun wujud. Tapi serious Nik ni seorang yang serious. Dia kata dia nak berubah, he did it. And godddd. Dia punya proposal dekat Nakajima tu haihhhh. I kenot!

And of course, best highlight goes to Hajah Sauwiyah and Kak Kay, family Zafran. Walaupun diorang ni punya pertalian darah dengan Zafran, dorang still nak Teya datang rumah melawat seolah tak de apa yang jadi. Pendek cerita, Teya ni lagi family daripada Zafran. Watak dua ni siap komplot kot nak suruh Teya terima Nik. Nice one!

So nak aku simpulkan, senang je. Aku suka novel ni. Kejap rasa macam nak mengamuk dengan Zafran dengan Dhinah punya perangai, kejap lagi dok tersengih baca Nik punya taktik nak pikat Teya. 

 
-thes

Monday 24 January 2022

Awak Suka Saya Tak? 2 by Melur Jelita [Edisi Jelita Terkini]

January 24, 2022 6 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Ni review untuk buku kedua ASST. Aku lupa nak schedule huhu makanya berminggu lagi la lambat. Lel







Tajuk: Awak Suka Saya Tak? 2
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 850 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2018
ISBN: 9789671537244
Blurb: 

"Sayang sayang sayang sayang sangat-sangat" - HILMAN YONG

"Adakah Tuan Hilman kembali kepada Islam seorang diri? Bagaimana dengan ibu bapa? Sebaiknya tuan dakwah mereka ke jalan Allah. Takkan tuan nak masuk syurga seorang diri? Atau dengan kata lain, hanya tuan yang mahu terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka?

"Ustaz, bila balik ke Malaysia, senang-senang carilah saya. Banyak yang saya boleh belajar dari ustaz. Bagaimana metodologi dakwah? Uslub. Mantiq. Balaghah. Tentu banyak benda menarik boleh sama-sama kita kongsi."

"Insya-Allah."

"Saya minta diri dulu. Kami perlu berehat sebelum ke masjid lagi untuk zuhur dan asar. Tapi sebelum tu, tolong forward video kami kepada saya. Dan tolong delete semua gambar isteri saya dari handphone ustaz. Ustaz tentu lebih tahu, tidak manis mengambil gambar bukan mahram tanpa izin. Assalamualaikum."

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah. Keharmonian pasti terkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimana akidah mummy dan daddynya?

Untunglah Hilman memiliki seorang insan berjiwa bidadari. Intan yang sentiasa meniupkan semangat kepada apek hensemnya.

"Jika dunia ini masih punya sedetik lagi masa... saya akan minta dengan Allah masa yang sedetik itu.. untuk bersama awak, Hilmanku" - INTAN YONG

"Manusia terlalu banyak sangkaan sehingga menimbulkan kebencian dan mencipta permusuhan." -  HILMAN YONG

Everyone has an addiction... mine happens to be you - DAMIEN YONG

Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.


 Novel ni merupakan kesinambungan kisah Hilman-Intan setelah mengikat tali perkahwinan. Buku kedua ni fokus pada hubungan Hilman and Intan setelah berumah tangga. Expectations from keluarga mentua terutamanya mummy Hilman, Intan's ability to ignore people's judgement, kasih sayang Hilman dalam menjaga hati isteri dan ibu juga tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa Hilman hilang ingatan dan macam mana dia boleh kembali kepada Islam.

Macam biasalah, belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin, dah kahwin orang tanya bila nak ada anak. Anak. Mummy Hilman, walaupun moden tapi masih percaya pada tilik nasib dan kerana itu, Intan didesak untuk mengandung secepatnya. Tahun pertama perkahwinan Intan-Hilman kononnya ada 'ong'. Disebabkan desakan itu, Intan tak keruan setiap kali isu anak dibangkitkan mummy tapi Hilman, selamba derk jee. 

Tapi, dalam selamba Hilman, dia tetap menjaga hati Intan dan mummynya. Dengan Intan, Hilman pujuk sebaik mungkin untuk tak ambil hati dengan kata-kata mummy sebab anak tu rezeki dari Allah. Dengan mummy, Hilman diamkan dan dengar saja. Sedikit pun tak membantah. Nak bertikam lidah buat apa kalau akhirnya mummy terasa hati? Hilman punya caring ni I kenot laaa. Above average bak kata lecturer kita. Aku suak dengan effort Hilman untuk jaga Intan sendiri tanpa bantuan bidan atau sesiapa masa Intan berpantang kali kedua tanpa bayi. Segala urusan resort, dia serahkan pada Cherish and focus pada kesihatan Intan.

Kisah mereka tunaikan umrah masa bulan puasa pun best sangat dibaca. Seolah kita pun tengah ikut umrah, dengan segala diskripsi suasana dekat sana. And of course, family bonding dalam novel ni memang tip top. Mummy Hilman walaupun agak mendesak untuk timang cucu tapi dia tak salahkan Intan bila keguguran. Malah, siap jaga Intan macam anak sendiri. Seriously, every woman should have mother-in-law that treats her in-law like her own daughter.

Aku especially loves the flashback when Hilman hilang ingatan. Kalini, dari side Hilman. Macam mana and apa sebenarnya yang jadi masa dia hilang ingatan and how he got his memory back.Mungkin ada orang akan rasa macam annoying kot, cerita benda yang kita dah tahu tapi bagi aku it's great sebab dapat baca and know two sides of the story. 

If you're wondering, perlu ke baca buku kedua ni? Well, aku tak berapa suka nak paksa orang on my stand so it's depend on yourself. Kalau rasa nak tahu cerita Hilman-Intan lepas nikah, then read. Kalau rasa ending ASST 1 dah memadai then don't. Apa yang aku boleh cakap after baca both books is that buku kedua ni aku rasa macam pelengkap pada buku pertama. So that's it.

-thes

Wednesday 19 January 2022

JJM Bloglist Year 2022

January 19, 2022 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Berbulan lamanya aku tenggelam timbul dalam dunia blogging ni, so untuk mengaktifkan diri ini kembali, aku join segment bloglist by sis Ika ni. Jom join reramai untuk meriahkan lagi!




Instructions untuk join pun mudah jee. Click banner to join, leggo!

-thes

Tuesday 18 January 2022

Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita [Edisi Jelita Terkini]

January 18, 2022 1 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Sedar-sedar dah nak habis Januari kan ='))) Aci tak kalau aku baru nak cakap, Happy New Year? Kononnya nak habiskan review last year, last year jugak.. Hah, ni dah nak habis Januari baru nak update blog. Dasar suraya. Anyway, sebagai pembuka tahun baru untuk blog ni, terimalah review novel ini. Sekian dari saya. =)





Tajuk: Awak Suka Saya Tak?
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 1274 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: 2017
Related: Awak Suka Saya Tak? 2
ISBN: 9789671537206
Blurb: 

"Saya kenal sayang saya..."

Kisah kasih sayang antara dua insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji, Hilman Yong dan Intan Zulaikha. Hilman seorang jejaka kacukan Cina-Korea-Amerika yang baru mengenal Islam ditulis takdirnya dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.

Kera tampar mata!

"Percayakan sangat mualaf tu..." - INTAN ZULAIKHA

"Kami digelar saudara baru, mualaf, masuk Melayu... bila label begini akan diberhentikan kepada kami? Saudara baru sampai bila? Malah anak-anak kami dipanggil anak mualaf. Kenapa nak membezakan kami dengan orang Islam yang lain sedangkan semua umat Islam tu sama saja?" - HILMAN YONG

Kerana seekor semut... kerana lidah...

"Don't you dare walk away from me! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!" - HILMAN YONG

Bagaimana hidup seorang Intan Zulaikha apabila jatuh hati kepada dua lelaki, dua nama dan dua personaliti? Hilman Yong seorang lelaki yang penuh kesopanan dan kesabaran. Damien Yong yang nakal, seksi dan selebet.

"You owe me a kiss!" - DAMIEAN YONG

"Dia seperti bayangan di air... bila saya cuba menyentuhnya, air akan berkocak dan dia hilang..." - INTAN ZULAIKHA

"Awak sangat merinduinya sehingga awak nampak dia dalam diri saya..." - DAMIEN YONG

Hilmanku... sifuku.... kekasihku... kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh,saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini..." - HILMAN YONG

"Saya sayang sayang saya..."
 

Aku dah lama tak baca novel tebal-tebal gini. Ya Allah menguji kesabaran betul nak menghabiskan. Awalnya, aku sangat tak senang dengan watak Intan ni. Diva gila weh, bila bercakap tu, dia ajelah yang betulnya! Tapi sejak kenal dengan Hilman di kedai emas Cherish.Co., she changed.

Perkenalan yang singkat bagi Intan rupanya berjaya mengubah seorang Intan yang diva, keras kepala, bebas kepada seorang Zulaikha yang lemah lembut, penuh kesabaran dan toleransi. Kalau dah jodoh, tak kemana jua. Terengganu Equestrian Resort. Di sini, mereka bertemu kembali. Intan dengan personaliti baru dan Hilman... Dia masih Hilman yang sama. 

Aku suka interaction Hilman-Intan dekat TER ni. Mula-mula jumpa balik alahai denagn aku tak sudah menyengih, apa lagi dengan Hilman yang acah-acah cold, serious bila dengan Intan tapi dengan orang lain boleh pulak manis muka. Lepastu Intan yang sebenarnya rindu tapi tetap nak sorok. Maklumlah, they parted ways dengan satu salah faham dan Intan tak bagi Hilman explain.

Hilman Yong. Satu-satunya pewaris lelaki keluarga Yong. Walaupun hanya dia yang beragama Islam, I'm so loving his family bond. The way they respect each others' believed and ways of life oh well. Siapa je tak suka. Oh tak lupa jugak family Megat. Intan dengan abang dia (Nazim was it? tak ingat pulak nama dia) yang pantang jumpa mesti bercakaran but he always got her back.

Buku pertama ni lebih kepada Intan and Hilman found each other and their road to be together. Semuanya back to their own personality. Konflik hubungan semuanya atas watak dua ni sebab memang takde gangguan orang luar (ada la Amber tapi Hilman pandang pun tak and dia takde la muncul banyak sangat). Konflik paling besar is masa Hilman hilang ingatan lepas jatuh dari kuda. Family Yong halang Intan daripada jumpa Hilman or Damien. 

Penulisan novel ni sangat detail. Mungkin salah satu sebab kenapa dia jadi panjang sangat but I don't mind. Banyak jugak ilmu baru yang aku dapat. Tentang kuda especially. Speaking of kuda, honorary mention to Star King and Sweetheart. Alahai comel je pulak rasanya bercinta pastu ada kuda in the memory. 

Btw, tahun 2017 novel ni ada diadaptasikan ke drama and dilakonkan oleh Alvin Chong (entah kenapa aku tersalah Alvin dengan Keith Foo) dan Emma Maembong. Aku tak pernah tengok lagi but will try, nanti. 




-thes