Sunday 21 April 2024

Partner In Love by Sophia

April 21, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Partner In Love 

Penulis: Sophia

Mukasurat: 358

Genre: Romantik, Drama, Misteri, Pengembaraan

Penerbit: Prolog Media

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672569343

Blurb:

Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.

Rayyan pula seorang doktor yang diselebungi dengan misteri keluarga.

Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.

Satu kejadian telah mendekatkan mereka.

Satu persoalan telah merapatkan mereka.

Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.

Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.

Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.

Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

"You crack the code, I'll get the answer..."


Sungguh... aku tak sangka begini. Buku ni merupakan buku pertama yang aku baca dari Prolog Media. Dah lama sebenarnya aku nak beli buku ni, niat jela pastu asyiklah terlupa. SIBF haritu ternampak, teruslah ambil huhu.


Khalisa merupakan yatim piatu yang bekerja sebagai janitor di hospital. Rayyan pula doktor dekat hospital tu. Persamaan mereka adalah Ariffin. Lelaki tua yang duduk di wad VIP. Kerana Ariffin, Lisa dan Rayyan bertemu dan kerana janji mereka, mereka bersatu untuk menghabiskan game terakhir yang Ariffin tinggalkan.


Aku sangkakan cerita ni biasa-biasa saja. Mungkin babak sweet lebih sikit sebab tajuknya. Tapi salahnya aku... Tak sangka rahsia keluarga Rayyan tu sangatlah susah untuk dirungkai, dengan segala klu dan petunjuk yang Ariffin tinggalkan. Jauh betul penghujungnya. Dan kerana penulis bijak bermain kata, aku susah nak letakkan buku. I crave more and more.


Khalisa, walaupun dia hanyalah seorang janitor, otak dia sangatlah bergeliga. Setiap klu, dialah yang berjaya selesaikan. Pemikiran dia tajam dan peka dengan detail. Rayyan juga tak kurang hebat, maklumlah, bapaknya mastermind game yang mereka lalui. Setiap penyelesaian yang Lisa bagi, dia akan dapatkan jawapan yang tepat.


Game yang diatur Ariffin ni bukan setakat menjelajah Malaysia je sampai ke luar negara dia atur. Di setiap negara tu, walaupun tak semuanya dapat jugalah kita dibawa berjalan. Dan di setiap tempat tu, mereka pasti berjumpa dengan sesuatu dari kisah silam Ariffin dan Shayleigh, isterinya. Makin banyaklah tanda tanya tentang ibu Rayyan yang belum memunculkan diri. Setiap satu insan dari masa lalu Ariffin punya pendirian tersendiri berkenaan Shayleigh. Tapi, bab menyelesaikan klu ni aku serahkan 100% dekat Lisa dengan Rayyan. Malas nak fikir hahaha.


Fav character haruslah Khalisa yang menjadi peneman dan pelindung Rayyan. Walaupun dia boleh je tarik diri, tapi dia tetap nak habiskan permainan. Rayyan pulak aku rasa biasa-biasa saja wataknya. Yang menggeramkan aku bila dia mula berprasangka dengan Khalisa. Eeee nak je ketuk si Rayyan ni.


All and all, buku ni seronok sangat dibaca. Ceritanya tak panjang sehingga melalut tapi cukup panjang untuk aku berpuas hati. Good first experience from Prolog. 

-thes

Monday 8 April 2024

Cinta Untuk Sekali Lagi (revamp) by Syu Ariani

April 08, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Cinta Untuk Sekali Lagi (revamp)

Penulis: Syu Ariani

Mukasurat: 412

Genre: Romantik, Slice of Life

Penerbit: Bleu Fantasy

Terbitan: 2024

ISBN: 9789671910986

Related title(s): Cinta Untuk Sekali Lagi (Bes Q publication)

Blurb:

Menolak luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis?

Kejamnya Huzair!

Tetapi siapa sangka, dialah yang sentiasa ada ketika Falisha memerlukan?


Falisha tahu Huzair masih terkesan dengan cinta pertamanya, namun...


"Aku rasa aku suka kau," - FALISHA


Jika kebiasaannya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku?

Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada. Dia tidak akan berundur hatta setapak.


"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi," - HUZAIR


Dapatkah Falisha berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?


Versi revamp dengan terbitan 2020 tak banyak yang beza, cuma ada penambahan sikit. Huzair Fakeeh masih lagi lambat untuk faham perasaan sendiri. Last aku baca novel ni adalah masa aku pertama kali baca yang versi 2020, lepastu tak reread. Jadi, I was really glad dapat jumpa Huzair dan Falisha again.


Jodoh Huzair dengan Falisha ni bermula di Betong semasa Falisha secara tak sengaja jadi saksi Huzair reject student yang ada crush dekat dia dengan senyuman. Bermula dari situ, banyak kali mereka mula terserempak dan mula rapat bila ada common circle. Persahabatan dorang ni biasa-biasa je, sebab masing-masing pun hanya berkawan walaupun kawan rapat Falisha, Farahain dengan Syazlin selalu kenenkan mereka. Lepas tamat tempoh interim, barulah Falisha sedar perasaan dia dekat Huzair. Tapi, bila berjauhan, masing-masing senyap tanpa khabar.


Dan selepas setahun, mereka berjumpa semula dan bermulah detik-detik Huzair berusaha keras untuk dapatkan peluang kedua daripada Falisha. Makin semangat member bila dapat tahu ada saingan yang merupakan kenalannya juga (mamat ni memang social butterfly kot, semua tempat ada member dia). Tugas jemput Falisha setiap kali habis kerja tu memang dia punyalah. Lepastu, ish yang pergi mintak izin tu! Aaaa, hati perempuan saya cair!


Sebabkan cerita ni tak memeningkan dan tak banyak konflik, takde watak yang menyakitkan hati, memang senang nak baca. Lagi-lagi dengan tambahan cerita Fayyad, adik Falisha. Jujurnya, aku tak ingat ending Fayyad dalam versi 2020 jadi dia punya cerita dengan Tia terlebih menarik perhatian aku haha. Dengan si Tia yang sangat selamba, Yad yang malu-malu ehhh cumil betul mereka ni. Anyway, congrats cik penulis untuk CUSL-R ni.


-thes

Friday 5 April 2024

Cinta Kontrak 2024 by Nurul Ain Syuhada

April 05, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Cinta Kontrak

Penulis: Nurul Ain Syuhada

Mukasurat: 544

Genre: Romantik, Komedi

Penerbit: Nueva Ficcion

Terbitan: 2024

ISBN: 9786299791959

Related title(s): Cinta Kontrak versi Karyaseni

Blurb:

"Oi cicak kobeng! Aku yang rasa sial pagi-pagi ni jumpa dengan kau." - AIRYSHA


Takdir menemukan Airysha dengan Danial di butik Datin Aleeya. Tapi sebenarnya pertemuan pertama mereka adalah lebih awal daripada itu secara tidak sengaja di KL Sentral.


"Oi mat! Kau dah langgar beg aku, mintalah maaf! Jalan menonong aje macam KL Sentral ni bapa kau yang punya." - AIRYSHA

"I'm not sorry for you being stupid putting your bag in front of your toes." - DANIAL


Mereka bekerja di tempat yang sama untuk satu tempoh singkat tapi hari-hari bercakaran macam anjing dengan kucing. Saat Danial mahu lari dari semua teman wanitanya dan dia menggunakan Airysha sebagai perisai. Secara tidak langsung mereka terjebak di dalam sebuah perkahwinan yang memberikan manfaat kepada dua pihak.


"Aku nak kau sign kontrak dengan aku." - DANIAL

"Kontrak apa?" - AIRYSHA

"Kontrak - untuk kau jatuh cinta dekat aku."- DANIAL


Versi revamp dengan yang asal memang jauh berbeza. Yang asal, memang one of my comfort read, tapi itulah memori aku ni tak banyak jadi walau se-comfort mana pun, aku memang akan cepat lupa. So, review ni aku cuma review untuk versi revamp ni.


Nur Alia Airysha. Anak kedua daripada empat adik beradik yang punya impian untuk membantu keluarga. Dengan bantuan Kak Yati, kawan alongnya, dia dapat bekerja di butik di Kuala Lumpur. Belum sempat jumpa Kak Yati, Airysha dipertemukan dengan seorang jejaka 'foreigner' yang tak beradab. Kerana beg, mereka bergaduh. Dan siapa sangka rupanya lelaki tu anak kepada bakal majikannya?! Pantang berjumpa, ada je yang mereka gaduhkan. Siap dengan pakej prank lagi!


Muhamad Danial Franz. Anak tunggal kepada Dato Eddy Franz dan Datin Aleeya yang girlfriendssss keliling pinggang. Scandal dia kiri kanan weh, bab mengayat awek, dialah paling terer! Tapi saat dia 'diserang' awek-aweknya, Airysha yang dijadikan mangsa walaupun gadis yang digelar cekodok tu selalu menyakitkan hatinya. Dan apabila berita 'perkahwinan' mereka sampai ke telinga Datin Aleeya dan Dato Eddy, mereka tersepit.  Yakin dengan perasaannya, Airysha dilamar dengan kontrak untuk jatuh cinta.


Cerita ni ringan je tanpa konflik yang berat menyesakkan kepala. Novel santai yang sentiasa menghiburkan aku dengan perangai crack si Airysha dan Danial, momen-momen cubaan Danial 'menggoda' Airysha unutk jatuh cinta, babak-babak suwit tu semestinya ada. Babak geram nak campak buku tu adalah juga bila si Bella, ex-gf Danial ni naik gila tapi issokayyy, Danial dengan Airysha too strong untuk dipecahkan.


Novel ni ditulis dengan dual POV (Airysha and Danial) jadi memang seronok untuk aku sebab boleh tahu apa yang mereka berdua ni fikir. Dan mereka ni memang match made in KL Sentral betullah sebab sama-sama crack, sama-sama perangai gila tapi sama-sama matang dengan masa dan usia gitu. Aku suka dengan Danial yang lepas kahwin dengan Airysha, terserlah jugakla kematangan dan  sifat tanggungjawab dia. Airysha pun lepas nikah tu takde sangat la perangai pelik-pelik dia (walaupun ada juga bila dengan Danial hahahaha). Paling penting, mereka pun communication sangatlah 🤙🏽🤙🏽🤙🏽


Anyway, it was a nice read for me. Paling suka bila ada bonus chapters dengan anak-anak Airysha-Danial yang dah boleh berpuasa aihhh comel betul masing-masing.


-thes

Tuesday 2 April 2024

Horizon Cinta by Umi Azrini

April 02, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Horizon Cinta

Penulis: Umi Azrini

Mukasurat: 482

Genre: Romantik

Penerbit: Alaf21

Terbitan: 2009

ISBN: 9789831244166

Blurb:

Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.


Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu dengan orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.


Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hari menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam dia, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.


Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?


Novel lama yang one of my favorite, yang aku dok ulang baca berpuluh kali pun masih rasa seronok. Antara sebab aku enjoy gila novel ni adalah latar belakang tempat separuh pertama novel; atas kapal kargo LNG. Zariz aka Ezo berparut petir merupakan pegawai kedua dalam kapal yang bertanggungjawab untuk mengemudikan kapal. Banyak tugas-tugas dalam setiap bahagian kapal kargo yang diceritakan tapi lebih memusat pada kehidupan Ezo dan tugasnya.


Cue in Zara, si gadis ranggi berketurunan cina yang merupakan adik kepada Kapten Jonathan (kapten kapal Puteri Zamrud) yang turut serta dalam pelayaran ke Jepun. Kerana beberapa insiden sebelum pelayaran, Zara dan Ezo pantang bertemu, ada saja yang digaduhkan. Selain menghiburkan hari-harinya di atas kapal dengan annoyed Ezo, Zara ada misi utama iaitu untuk menjual produk kesihatannya walaupun tahu larangan berjual beli. Dan setelah beberapa kali diselamatkan oleh Ezo, mereka mula berbaik dan persahabatan itu berlanjutan sampailah mereka berlabuh semula di perairan Malaysia.


Kisah cinta Zara-Zariz ni simple je jadi mudah untuk aku ikut. Konflik antara mereka pun muncul lambat, lagi sikit nak habis baru muncul konflik yang memisahkan mereka. Walaupun aku faham dengan keputusan Zara, aku still geram dengan dia yang susah sangat nak letak kepercayaan kepada Zariz. Tapi Zariz, ahhh, walaupun dia undur diri untuk sementara waktu, tapi dia tak lepaskan peluang kedua.  Persistancy, that's what I like about him.


Aku tertunggu-tunggu jugak kisah disebalik parut petir dekat dahi Ezo ni tapi sampai kesudah tak dapat jawapan. Tapi its okay, tak menggangu jalan cerita pun. Cuma berjaya melainkan penampilan Zariz. Buku ni antara buku yang aku akan cari kalau masuk slump mood. Every time, memang berjayala keluar.


-thes

Saturday 23 March 2024

The Undead City by Osman Deen

March 23, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Title: The Undead City

Author: Osman Deen

Pages: 143

Genre: Middle-schooler, Apocalypse, Fantasy

Publisher: Bookiut

Year published: 2023

ISBN: 9789673697052

Blurb:

Rumi, a young man with schizophrenia who has a voice that narrates his life 24/7. Eve, an albino vampire who is running from the police. And the world - infested with flesh-eating zombies.


In an apocalyptic world riddled with ruthless zombies, Rumi must fight the past that haunts him and survive if he wants to meet his family in Perak.


But when the greatest enemy is not the zombies but Rumi himself...


Will he make it?


The first page of the book kind of throws me off. The narration of the story is the voice inside Rumi's head. In other words, the voice inside my head while reading the story is the same voice inside Rumi's head. So, I am Rumi? With that, I stopped reading and waited until the morning to read it again.


I expect this book to have a fictional world but instead, it is not as it took place in Malaysia, making it feel closer than expected. The plot itself is straightforward filled with several moments of humour, pain, nerve-wrecking, friendship, empowerment and love. Rumi's mission is to survive the apocalypse until he reunites with his family in Perak. Meeting Eve, the albino vampire murderer is a coincidence and somewhat their mismatched personality shines throughout the story.


There was good information on mental illness, especially regarding Rumi's condition. The voice inside his head aka Lipur was really witty and savage at times. Narrating Rumi's life is his job and won't go away with meds taken. I found myself laughing quite several times over his narration. The zombie apocalypse described was so scary and it was widespread across Malaysia and even the neighbouring countries.


I thoroughly enjoyed the book and the journey with Rumi and Eve. One complaint (which I am sure many others have) is the ending. Why does it end? And why that way? I'm really hating that zombie uncle. I refused to believe that is the ending and I'm making an alternate ending of my own. 


-thes

Monday 18 March 2024

Siapa Sangka Terjatuh Cinta by Violetfasha

March 18, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Siapa Sangka Terjatuh Cinta 

Penulis: Violetfasha

Mukasurat: 513

Genre: Keluarga, Romantik, Slice of life

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459743

Blurb:

Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang.


Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya.

***

Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya kebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya - Sah, jirannya ada sugar-daddies!


Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.


Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasaan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.


"Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's for real."


Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan.


Mengisahkan dua jiwa yang berbeza ditakdirkan berjiran. Arif, si extrovert terlebih ramah dan Mawarti, si introvert yang tak sukakan manusia. First impression Arif terhadap Mawarti bagi aku sangatlah extreme dan sangat su'udzon. Mawarti pulak memang tak suka manusia extrovert yang macam Arif, awal-awal lagi dia dah pangkah si Arif ni.


Kerana Arif yang terlanjur berjanji dengan abang-abang Mawarti untuk tengok-tengokkan dia, mereka mula rapat. Daripada one side conversation daripada Arif ke jadi runner tak rasmi, berbalas makanan dan terus menjadi kawan rapat. Dan bila mula rapat, timbul perasaan suka dalam hati masing-masing.


Buku ni banyak bercerita tentang personaliti introvert dan extrovert. Sepanjang penceritaan, dari awal sampai akhir memang takkan lepas daripada topik ni.  Awal-awal, aku masih boleh terima dialog Arif dengan Mawarti membincangkan personaliti ni tapi makin lama aku makin lelah sebab some conversations tu tiba-tiba je masuk ke topik ni. End up, aku banyak skim through je conversation antara mereka ni.


Jujur kata, aku memang susah nak habiskan novel ni sebab terlalu meleret dan takde character yang menarik perhatian aku. Even Arif. Mawarti, jangan cakaplah. Aku rasa dia terlalu menghukum orang tanpa sebab. Even abang-abang dia pun tak terlepas. Dan dia jenis yang tak cuba langsung untuk faham orang lain. She is self-centered la senang cerita. Yeap, my most hated character dalam novel ni has to be her.


Sure, I tolerated the way penulis justify Mawarti punya personaliti, some aku faham, others not so much. Kinda glad dapat tengok dia jadi manusia yang lebih better and slowly open up to others. Cuma aku kecewa juga kisah Arif yang tak diceritakan betul-betul. Like, all those arguments and extensive explanations on introvert vs extrovert can be cut off and include background Arif pulak.


Nilai kekeluargaan yang ada dalam kisah ni comel bagi aku. Abang Aqil yang sedaya upaya ambil tahu pasal adik-adik dia, Badang yang dalam diam ada sayang walaupun mulut main tembak je dan Chad yang always there. Cuma towads the end tu Aqil makin lama makin hilang macam watak dia tak  penting dah walaupun dialah yang selalu muncul awal-awal cerita.


Buku ni antara buku yang aku nantikan untuk baca sebab clash personality traits dua insan berbeza tu nampak menarik bagi aku. Tapi, banyak ruang yang penulis boleh improve lagi. Ending pun rasa rushed. Anyway, congrats penulis untuk buku ni. Jumpa lagi untuk buku akan datang!


-thes