Saturday 25 September 2021

# bookreview # fiction

Belle by Syu Ariani

Assalamualaikum, good day dearest! Happy weekend. Just a quick update on book review. Since aku tengah on hold segala tbr sampailah aku habis review buku-buku yang aku dah baca ni. So, gigihla kita hehe.





Tajuk : Belle
Penulis : Syu Ariani
Mukasurat : 621 pages
Penerbit : BLEU Fantasy Publication
Terbitan : April 2021
ISBN : 9789671910924
Related : Anastasia, Ursula
Blurb : 

ADELINE JAMEELA.

Maksud namanya, noble. Cantik. Tapi kenapa dia rasa kehidupannya tak secantik mana? Hidupnya kabur-kabur sebab dia tak ingat apa-apa langsung! Namun dengan kehadiran Ayaaz, hati dijentik satu rasa. 

"Tolong percayakan saya."

Kala satu demi satu penipuan tersingkap, Adeline nekad. Akan dia buka kotak Pandora itu dan bongkarkan segalanya.

"Pandora box is a source of great, unforeseen troubles. Think you can handle the consequences?"
"Try me."

Namun setelah kotak Pandora terbuka, dia terngadah. Kerana hakikatnya... Hidupnya tak seindah nama yang dimiliki.

AYAAZ.

Menjadi pengawal peribadi Adeline Jameela, tak mudah. Menguji mental dan fizikal. Menguji perasaanya. Dia yang berjanji untuk sentiasa ada buat wanita itu akhirnya dia sendiri yang berkata...

"Saya tak pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela. Sampai bila-bila."

Satu garisan jelas dicipta Ayaaz. Meski dia tahu ada hati yang berantakan, Ayaaz terpaksa. Kerana haikatnya... Dia yang membawa kelam ke dalam dunia wanita itu.

"Awak tahu tak, Beauty and the Beast ada twisted version?"
"Twisted version?"
"Haah. Dalam twisted version, sebenarnya..."

Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia bersama Beast mengharungi segala dugaan. Bagaimana dengan mereka? Apa kesudahan kisah mereka?

Buku ketiga dalam siri 'Twisted Tales: Princess Series' karya Syu Ariani ni merupakan antara buku yang aku sangat nantikan 'kelahirannya'. Berbeza dengan dua buku sebelumnya yang menceritakan tentang kisah si villain, buku ketiga merupakan satu kejutan. Tidak seperti buku pertama yang menampilkan kisah si kakak tiri Cinderella - Anastasia dan buku kedua pula mencerikan kisah Ursula daripada The Little Mermaid, buku ketiga ni menceritakan kisah Belle daripada Beauty and the Beast. Kalau ikutkan, sepatutnya watak Gastonlah yang sepatutnya diceritakan.

Aku ada satu habit bila baca buku iaitu aku akan baca lebih kurang 20% daripada ketebalan buku kemudian aku akan skim through. Secara tak langsung, aku akan dapat spoil sikit-sikit apa yang akan jadi. Tapi, aku langsung tak dapat nak buat  perkaitan masa baca novel ni. Bahagian depan fokus  pada watak Adel (Adeline Jameela) dan jugak Ayaaz. Tapi bila aku skim, tiba-tiba fokus beralih pada Beast dan juga Belle. Kalau identity si Beast memanglah dapat kita teka siapa tapi untuk Belle, apa pulak perkaitannya dengan si Adel? Misteri... Sedikit demi sedikit, identiti sebenar Belle dan Adel terbuka. Mulanya, aku memang dapat agak siapa Belle. Cuma yang aku tak faham, how? Aku suka cara kaksyu tease pembaca. Sikit-sikit dia bagi hint... Pandai-pandailah fahamkan.

Adel yang sedar daripada sebulan koma, hilang ingatannya. Dato Sri Akma memperkenalkan diri sebagai mama kepada Adel. Tapi, dia sedikitpun tak ingat apa-apa memori yang berkaitan dengan mama, banglo itu, atau sesiapa. Namun, sejak kemunculan Ayaaz yang menyelamatkannya daripada diculik, dan seterusnya diambil sebagai bodyguard, Adel dapat rasakan memorinya kembali. Tapi... betulakah itu memorinya atau sekadar ilusi?

Kalau aku katakan Ursula merupakan satu novel yang agak main emosi, Belle ni lebih lagi. Setelah kotak Pandora terbuka, segala yang kabur menjadi jelas, segala yang terhijab kembali terungkai, membuatkan aku sukar untuk menahan emosi. Kisah kehidupan sebenar seorang Belle, sangat terseksa. Kisah kehidupan Adel yang penuh dengan pendustaan, pengorbanan si Beast melindungi Bellenya. Kebanyakkan babak berjaya membuatkan aku mengalir air mata. 

Walaupun babak aksi agak limited berbanding dua novel sebelumnya, tapi tetap menyengat bila dibaca. Ditambah lagi dengan kemunculan favourite couple aku, Tengku Hadi-Asyfa, makin gamat aku rasakan. Kedua-duanya masih lagi tangkas mengalahkan musuh. Dan Beast... Janjinya untuk melindungi Belle dipegang teguh, tak sekali pun dia menyerah kalah walaupun cedera parah. Watak Beast, memang buas apabila nyawa Belle menjadi ancaman tapi bila bersama Belle, comel sungguh!

Bagi aku, perjalanan cerita novel ni sangat menarik. Cukup rasa gula, garamnya. Disebalik rahsia yang tertutup, disetiap  kebenaran yang tak terungkap, disetiap babak yang dinaratif, semuanya memuaskan hati aku. Satu pengorbanan menjadi menoktahkan kisah, memberi ruang kepada Beauty and the Beast meneruskan pengembaraan. Tahniah kepada penulis untuk satu lagi naskah hebat. I loikeee!

-thes

5 comments:

  1. Tengah mencari novel Anastasia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anastasia dah susah nak jumpa... berharap karyaseni reprint

      Delete
  2. Replies
    1. boleh beli dekat shopee bleufantasy, takpun awk try usha dekat ig bleufanatsy ataupun ig penulis sendiri, syuariani.. kalau xde stok bleh try cari dengn agent

      Delete