Thursday 28 October 2021

Thoughtless Thursday #037

October 28, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! How are you guys doing? I'm trying to get myself to be more active on blog but it's hard for me to sit in front of laptop for a long period of time. Anyway, this entry will be just me, ranting my words off.


For almost four months, I finally went out from my house, not like out outside but like out out. Its been too long, yes, I am aware but with the PKP, my ride and everything, I just found it easier to be home, even though it's driving me crazy. So, when I am out and going to shopping (though I prefer to be in nature but I'll take what I can), Eco Shop is a must visit. Even though there's no need for me to go. So, while I was choosing water bottle, one Chinese aunty suddenly came to me, holding a pair of plastic slipper, you know those selipar Jepun and said something that I can't understand, at all. It wasn't Malay, nor English and maybe it was Chinese but I, despite taking Mandarin for one semester back in diploma, I can't understand her.

source: Google result on 'money hand gesture'


However, she had that hand gesture. The money hand gesture. So I concluded that she asked me for some money.  And I just gave her RM5. Then, she went her way. Then I continue my shopping and when I queued at the cash register, I could still see that same Chinese aunty went from one person to another holding yet another item in her hand, asking for money.


My questions are, did she really have no money? Or is she taking advantages on people's kindness? Did I regret giving that mere RM5 to her? Long story short, while waiting for my friend, Ani in the car, I saw that aunty riding her bicycle with few items in the front basket in the plastic bag on her way to home.


Ani who saw that I gave money to the aunty and also witness her asking money from other people said that the aunty might be taking advantage of people. Maybe she is and I might be one of the people she took advantage on. When I asked why she think so, she said, "Her cloths look well, and if she had no money, why would she went inside the shop n the first place?" to that, I have no answer.


So, back to my questions. Did she really have no money? Well, I will never find out. As I only gave her RM5, she could only bought 2 item at most from Eco Shop. And if there's anyone gave her more then she can buy more. Second, is she taking advantages on people's kindness?  I have no definite answer to this question too. If she did, I hope that will be the last time and if no, I hope she can survive for the coming days. And lastly, did I regret giving that mere RM5 to her? The answer is no. I will never know what that mere RM5 will gave me in the future, what kindness, what advantage, what benefits it might came to me in the future. Maybe yes, that aunty really take advantage on people but what if she's not? What if she really had no money? What if she no one she can depend on and that was her only way of surviving? Guess we will never find out.


Here, I am not by any means highlighting that I am a kind person (it was RM5 not RM500 or more). What I am trying to say is, if we have the opportunity to help  others, do help. Even if the help is so small that even a dust can compare. We will never know what benefits will that help we gave others will came back to us like. What goes around, comes around. What you give, you get back. 


-thes

Tuesday 19 October 2021

Sayang I'm Yours by Nina Kamal

October 19, 2021 9 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! I forgot to schedule this entry and jadilah pagi buta ni post entry muehehehe (baru lepas cari maklumat untuk assignment kena hantar hari Jumaat ni hukhuk). Anyway, nah review novel lagi. 





Tajuk : Sayang I'm Yours
Penulis : Nina Kamal
Mukasurat : 579 pages
Penerbit : Anaasa Publication
Terbitan : Disember 2016
ISBN : 9789670870304
Blurb : 

"Errr... Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran." - NAJIHAH
"Saya tahu." - IMRAN

Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya dalam sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.

Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dibenci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu .

"Macam mana Misya tauh Kak Jia tak suka abang?" - IMRAN
"Misya tanya tadi." - MISYA
"Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak dah pun." - IMRAN
"Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang." - MISYA

Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!

"Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini." - IMRAN

Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia tekad. Demi Jia, dia akan tetap mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.

Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernha berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!

Permulaan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Apa yang berlaku pada Najihah sampaikan ibu bapanya dipanggil ke sekolah? Kenapa dia langsung tak mahu buka mulut tentang apa yang jadi? Macam-macam andaian aku buat. Dia bunuh orang ke? Dan adakah orang tu Haikal? 

Lapan tahun mengubat luka, Jia berjumpa lagi dengan lelaki yang menghancurkan hidupnya, Imran. Kalau dahulu dia tak tahu nama lelaki tu,kini dia tahu. Lagi haru bilamana lelaki tu merupakan boss barunya. Apa dan mengapa dirinya dihukum, Jia sendiri tak tahu. Tapi, bila ditanyakan pada penghukum, sepi je yang Jia terima. 

Awalnya, aku terasa banyak sangat watak yang diperkenalkan. Dah ada Jia, lepastu Joanna, Suria. Masuk je keluarga Imran, makin banyak nama-nama baru! Nasib baik juga nama mereka ni sangat kontra tak sipi-sipi yang boleh membuatkan aku tertukar-tukar watak.  Tambah pulak ayah Imran ni kahwin empat hah, memang meriah la keluarga. 

Aku suka sangat dengan watak Jia ni. I love how dia mulanya marah, mengamuk, memberontak setiap kali Imran cari pasal dengan dia. Tapi bila dia mula rasa tak kisah, dia sedar yang she truly have forgive him for what he did. Tapi memaafkan tak bermakna Jia sukakan Imran. Dia still annoyed kalau Imran buat something out of impluse (i.e: bawak Jia balik rumah family di Johor tapi Jia ingatkan dorang nak jumpa client).

Watak Imran ni bagi aku comel jugak la. Kuat cemburu pun ya. Pantanglah  Jia ni bercakap gelak ketawa dengan lelaki, mula la dia punya perli-perli tu. Memang obvious betul dah jatuh sayang pada perempuan yang dia aniaya dulu. Tapi sayang, kerana cemburu dia jugaklah Jia larikan diri. Padan muka Imran.

Antara sebab aku baca novel ni adalah kisah silam Jia dengan Imran. Tentang apa yang jadi. Lapan tahun Jia dibuang keluarga, kenapa? Sayangnya part ni cuma diceritakan apa yang jadi. Yang aku tak faham, macam mana si Imran ni boleh kaitkan kemalangan Haikal dengan Jia. Sekalipun Anita yang bawak mulut kata Jia ni girlfriend Haikal(not Jia tapi bestfriend Jia, Suria), lepastu apa kaitan dengan kemalangan Haikal? Halah pening acik pikir. Dan paling memeningkan kepala aku adalah timeline kemalangan Haikal, apa yang jadi dekat Jia and bila Haikal dengan Suria ni kahwin. Sebab Suria ada anak umur lima tahun katanya anak Haikal tapi Haikal dah meninggal dekat 8-9 years, considering Jia menderita disebabkan kematian Haikal. Dan disebabkan terlalu confusing, aku anggap penulis tak perasan jelah pasal umur anak Suria tu.

Endingnya? Okaylah, tak klise dengan si heroin pregnant. Jia siap bagi proposal business dekat Imran untuk dia check. Kelakar aje. Pace penceritaan sangat santai tapi taklah sampai tahap bosan. It's enjoyable.

-thes

Saturday 9 October 2021

Bidadari Tanpa Sayap by Ezza Mysara

October 09, 2021 13 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Aku actually plan untuk tulis review k-drama yang aku dah tengok tapi haih rasa macam kena tunda je dulu segalanya. Hence, review novel jelah yang aku dulukan. Ini pun sebab memang dah habis type berbulan lepas hehe.


Tajuk : Bidadari Tanpa Sayap
Penulis : Ezza Mysara
Mukasurat : 798 pages
Penerbit : Penulisan Enterprise
Terbitan : April 2019
ISBN : 9789672102854
Blurb : 

Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan Adam untuk aku. - Maya

Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.

Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya, Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.

"Aku takutkan budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku." - AJ

"What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau  bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!" - DEEJA

"Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!" - AJ

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk membesarkan Adam. Deeja bukan sahaja perlu berdepan dengan tohmahan masyarakat, dia juga perlu menepis kebencian ayahnya yang melarang dia untuk terus menjaga Adam.

"Kalau kau dah gatal sangat nak jadi ibu, biar aku carikan kau laki. Masa tu, kau jagalah anak sendiri! Tak payah sibuk nak jaga anak orang yang dah tentu-tentu tak sah taraf!" - ENCIK YAACOB

Dugaan silih berganti namun AJ tak pernah berganjak dari sisi. Lamaran yang diterima membuatkan Deeja dijamah rasa terkejut.

"Why me? Why do you want a broken person like me?" - DEEJA

"Well... I'm not here to fix you. Aku di sini untuk berkongsi beban bersama kau, itu aje." - AJ

"You got a terrible mind, AJ" - DEEJA

Ada sesetengah cerita dipendam kerana ia terendam dengan duka. Berkongsi hidup bermakna mereka perlu berkongsi rasa sakit bersama. Apakah rahsia yang tersimpan disebalik fobia yang AJ alami? Mampukah seorang Deeja membantu AJ untuk sembuh? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Adakah Maya akan pulang menuntut si kecil?


Deeja, satu-satunya puteri dalam keluarga dan kerana itu dia sering dibandingkan dengan adik beradik lelakinya yang lain oleh ayahnya. Apapun yang Deeja buat, ayahnya tak pernah suka. Walaupun terbiasa dengan sindiran si ayah, hatinya tetap sakit. Siapa je yang suka dibandingkan dengan orang lain? Aku pun tak suka. AJ, teman sekerja Deeja. Teman setaman perumahan. Disebabkan AJ menjumpai purse Deeja yang hilang, AJ minta Deeja carikan kerja untuk dia. Maka, jadi seorang penghantar bungalah seorang AJ. 

Novel ni lengkap segalanya bagi aku. Mula dengan prolog yang agak misteri, siapa lelaki yang Deeja jumpa di pelancaran buku Shinyu sampai macam tu sekali pedas berkata-kata? Masuk chapters, mulalah kisah Deeja, di kedai bunga. Pantang aje berjumpa dengan AJ, memang berperang. Dua-dua kalau bercakap tak mahu mengalah. Nasib ada si Naim yang redakan keadaan. Tapi, tatkala Deeja menerima amanah untuk menjaga Adam, si montel yang ditinggalkan ibu, AJ lah yang sentiasa bantu Deeja.

Aku sukakan flow hubungan Deeja dengan AJ. Dalam berperang mulut, tetap saling  membantu, lagi-lagi AJ. Adanya Adam, makin rapat hubungan Deeja dengan AJ. Tak kira apa bantahan yang Deeja  kemukakan, AJ tetap tegas untuk bantu. Bak kata AJ, bukan Deeja sahaja yang nak kumpul pahala free. Dan, dengan kehadiran Adam jugalah rahsia seorang AJ terbongkar. Dia pedophobia! Ini juga satu misteri. Kenapa AJ takutkan budak sedangkan, tu budak, yang tak mampu buat apa. Masa mula-mula lepas nikah, ya Allah sampai ke aku rasa awkward si Deeja dengan AJ ni nak membahasakan diri. Maklumla, sepanjang perkenalan selamba je kau-aku, ni dah kahwin kenalah sopan sikit.

Novel ni banyak memberi fokus pada konflik keluarga. Deeja yang dari kecil cuba mencari perhatian si ayah, AJ yang sentiasa mahukan kasih sayang si ibu, Adam yang ditinggalkan ibu kandung. Bagi aku, memang tak patut betul ayah Deeja ni bandingkan dia dengan adik beradik lelaki. Geram je baca part yang ada Encik Yaacob. Dahlah Deeja nak sambung belajar dia tak kasi, katanya result tak sebagus yang lain, buat bazir duit saja. Dah Deeja kerja, dipertikai pulak hanya kerja di kedai bunga. Alahai ayah! Nasiblah hanya ayah yang layan dia macam tu. Dan bila Deeja buat keputusan untuk jaga Adam, lagilah mengamuk orang tua tu. Konflik hubungan Deeja dengan AJ hanya  muncul towards the end. Disebabkan ibu AJ, Deeja terpaksa kotakan janji. Terlanjur kata. Bengang jugak aku sebab Deeja ni ikut aje. Cubalah berhelah sikit ke apa ke. 

Aku suka gaya penulis yang banyak gunakan metafora? Simile? Kata madah?  Ah, aku tak tahu la  nak kategorikan sebagai apa. Satu contoh yang aku ingat, penulis ceritakan satu pandangan kasut tentang cinta. Kalau ikutkan teks asal memang panjanglah huraian yang ada tapi yang aku ingat, jadilah seperti kasut dalam perhubungan, jika tiada yang kanan, yang kiri tak bermakna lagi. And satu lagi, jadilah seperti kasut, sentiasa bergerak seiring, tidak saling memijak.

Selain kisah Deeja-AJ ni, ada juga terselit kisah Leo-Alya watak fiksyen oleh penulis Shinyu yang menjadi kegilaan si Deeja. Cerita dalam cerita. Dengan aku aku terjebak nak tahu ending Alya-Leo tapi memang takde la kan. Mulanya, aku ingatkan si AJ ni la Shinyu sekali eh bukan. Aku suka cara penulis twist identiti Shinyu. Nak tahu pergila baca sendiri hehe.


-thes

Monday 4 October 2021

Kapal Terakhir Di Dunia Episod I by Teme Abdullah

October 04, 2021 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Apa khabar semuanya? Lama dah aku tak menaip guna laptop. Janggal rasanya. Kenapa? Well, nantilah aku cerita. Malam ni nak cerita reviu buku ni dulu.





Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 338 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459170
Related : Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II, Kapal Terakhir Di Dunia: Episod III
Blurb : 

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing  - termasuklah Aria dan adiknya.

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya.

"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."


Buku ni antara buku yang aku nantikan kelahirannya sejak Teme umumkan buku baru. Since baca karya Teme pada tahun 2018, aku sangat tertarik dengan karya beliau. Anyway, buku ni merupakan buku pertama dalam Siri Kapal/KTDD dan ia mengisahkan dunia yang jauh kehadapan, dunia di mana manusia tidak lagi hidup senang-lenang tapi dunia di mana manusia harus survive demi kelansungan tamadun manusia. 

Aku salute Teme for the idea of this book. Release pulak waktu pandemik yang mana kita semua perlu dikuarantin memang terasa kena sangatlah kan. Ada perkataan yang Teme guna terasa sangat asing bagi aku. Contohnya dokking tadi, mugor (musuh Bokor yang satu ketika dulu manusia tapi tidak survive), Bokor tu sendiri satu perkara yang sangat asing. Pemilihan nama watak pun sangat unik. Masa mula-mula baca blurb aku ingatkan Aria ni perempuan, hah, jokes on me, dia remaja lelaki. Paling unik aku rasakan nama Koba. No special or specific reason just aku rasa klasik nama tu. 

Aku taktahu kenapa tapi aku suka sangat dengan naratif dua perenggan pertama bab 'Matahari Tak Wujud'. Entahlah, rasa macam poetic pun ada juga. Awal penceritaan lebih kepada perkenalan Bokor juga setiap watak yang ada, terutamanya Aria, watak utama, Ana, adik kepada Aria, Vuk, ayah Aria yang juga pemburu yang amat disegani dalam Sektor Biru dan banyak lagilah.

Honestly, aku rasakan buku kalini agak flat penceritaannya. Mungkin disebabkan buku pertama ni lebih fokus pada pengenalan Bokor dan isinya. Sayangnya, banyak info yang aku rasakan diulang berkali-kali. Contohnya macam info tentang kiub protein yang diproses hancur lalu dikeringkan agar tahan lama, memang sampai ke tengah buku masih ada lagi info ni.

Plot mula berkembang selepas more or less 70% buku, bilamana Vuk, bapa kepada Aria dan Ana melanggar peraturan Bokor. Dan siapa yang menjadi dalang kematiannya? Benarkah dia membunuh diri? Atau dia dibunuh? Entah, aku sendiri tertanya-tanya. 

Dan ending buku pertama Siri KTDD membuatkan aku persoalkan intention sebenar Chif Biru (ketua Sektor Biru)  mendedahkan nama Aria dan melantik Aria sebagai wakil Biru untuk aktiviti dokker, nak pergunakan Ariakah? Dokker tu apa? Melalui pemahaman aku, dokker ni orang yang bertanggungjawab membantu semasa kapal berlabuh. Tugas specific aku tak pastilah, kena baca next book pulak. Aku rasa root word yang Teme gunakan is dock. Aku rasalah, jangan marah aku pulak kalau rasa aku ni salah. Kalau betul wow ilmu kelas freight forwarding masih segar dimindaku.

Apa nasib Aria selepas 'mengorbankan' diri dia sendiri di depan satu Sektor Biru? Betulkah tindakan dia? Dan kenapa Waris Kedua tertarik dengan Aria? Mengapa?

Aku baru je habiskan bacaan petang tadi jadi mungkin untuk KTDD II akan lambat sikitlah review-nya. Lagilah ni aku dah start semester baru ni, memang tak menentulah jawabnya.

-thes