Monday 27 December 2021

Cinderella by Syu Ariani

December 27, 2021 7 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! 2021 dah nak habis niiii! oh myy. Aku ada few books more untuk tulis review taktahu la sempat ke tidak hukhuk.




Tajuk: Cinderella
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 508 pages
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Terbitan: September 2021
ISBN: 9789671910931
Blurb:

TENGKU ELYANA.

Dia, Cinderella berdarah. Cinderellah yang penuh noda, tidak seperti dongeng Cinderella. Dibelit rasa berdosa dan kisah silam, Elyana merasakan bahagia bukan miliknya. Tapi dengan kemunculan seseorang...

"Let's have a bet. Be my lover," - DEAN

Elyana tergemap. Lelaki itu tidak bercanda! Tapi Elyana juga takkan mampu nafikan yang Dean semakin mendapat tempat di hatinya!

DEAN.

Dia, Mr. Cinderella. Cinderella versi lelaki yang tak pernah diiktiraf ahli keluarganya, jauh sekali merasa kasih sayang. Tapi dengan adanya wanita itu...

"I pun bersyukur you ada dengan I, untuk I," - ELYANA

Sumpah hati Dean berbunga mekar! Pertaruhan tersebut tak lagi bermakna apa-apa kerana seluruh jiwa lelakinya sudah dimiliki Elyana!

Bahagia yang selama ini dicari kedua-dua Cinderella mula menampakkan sinar. Tetapi bilmana kisah lama dan dosa silam datang menghantui, juga rahsia dan pembohongan mula terbongkar, apa yang akan terjadi?

Apabila Cinderella berdarah dan Mr. Cinderella bertemu, akan adakah pengakhiran bahagia menanti mereka?


The review for the final book of Twisted Tales: Princess Series is here! Tengku Elyana, wataknya wujud daripada novel 'Anastasia'. Dean pulak mula muncul dalam 'Ursula'. And dalam 'Belle' pulak kita tahu  yang they get married. Yang kita tak tahu, kisah mereka. Maka, dalam Cinderella kita buka kisah mereka. Kalau taknak spoiler, novel ni kena baca last sekali, tau tau.

Walaupun kita dah tahu kisah El dengan Dean daripada novel sebelum-sebelum ni, there is still elements of surprise and plot twist. We all know yang Elle is a Cinderella, yang berdarah. And Dean? He' a Mr. Cinderella. Aku  tak expect kisah hidup Dean ni like this. That's why terasa wow centuuu. Tan Sri Hisyam is a cruel person. Rasa nak mengamuk je dengan diaa. But then sebabkan dialah Dean kenal Asyfa. And finally kita tahu how they met. Cute je. And disebabkan Tan Sri Hisyam jugalah Dean berani buat pertaruhan dengan El.

Kalau nak describe hero dalam series ni satu-satu, aku rasa Dean la yang paling sweet paling terasa macam player. Hampir Tengku Hadi nak jatuh daripada tempat pertama. Dengan Asy pun Dean ni dah sweet habis, caring habis, dengan El lagilah! Masa mula-mula dia ngorat El, comel je wehhhh kenot lah ceni.

As penulis dah mention, memang novel akhir ni kurang action scene and more to romance tapi tak bermaksud babak aksi tu kurang menyengat because it is! Lagi-lagi bila seseorang daripada dosa lalu El muncul membuat huru-hara. Manakan dengan rahsia yang El simpan lagi. Fuhh, berdebar-debar kita. Campur jugak action scenes yang dari buku sebelum-sebelum ni dengan perspektif berbeza, boom! Love it. 

Aku suka dengan ending novel ni. Sekaligus pun an end to the whole series. Cameo watak-watak  dalam novel sebelum especially Asyfa dengan dia punya nasihat memang kasi padu novel ni. And the whole timeline. Aku rasa wow gila. Cinderella is like summary daripada Anastasia(takde mention sangat sebab El is a villain there) sampailah ke Belle. So, overall, I am a satisfied customer. Huhu.






-thes

Sunday 19 December 2021

Dr. Alpha Male by Anjell

December 19, 2021 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Apa kabar semua? Aku tahu sekarang musim banjir and in fact sorang abang aku yang duk Shah Alam pun terjejas dengan banjir, rumah memang dah tak nampak apa dah... Tabahlah semua yang terima dugaan ni. I hope better things for all of us, Insya-Allah. Anyway, sebelum tahun ni berakhir, aku berazam nak publish semua draft #bookreview and to make sure reading goals aku tercapai tapi entah lah. We'll see.





Tajuk: Dr. Alpha Male
Penulis: Anjell
Mukasurat: 691 pages
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: Jun 2017
ISBN: 978967
Blurb:

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hati selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang yang sama dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada Si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang terjadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?



Pertama kali terjumpa dah ada sesi perli memerli. Disebabkan Hazel yang jenis cakap lepas hah, merasalah orang yang 'disembur' tiba-tiba jadi lecturer sendiri! Dan nasiblah nama yang unik menjadi tarikan. Sudahnya dia terpaksa menjadi rep untuk kelas Dr. Alpha Male! Tak cukup jumpa di universiti, balik kampung pun jumpa lagi! Kalini sebagai jiran merangkap anak lelaki kawan baik umi Hazel. Aduhai panjangnya jodoh. Kata uminya, kalau tak kerana Hazel ni tunangan orang, memang dia kenenkan dengan si Hilman!

Hazel ni watak yang bagi aku sangat lovable. Dah la kelakar, selamba, kuat pulak tu. That moment when she almost lose her chastity, dengan kenyataan bodoh tunang dia, Iwan yang konon tak nak kahwin dengan 'perempuan yang dah ditebuk tupai' dan kenyataan yang sebenarnya dia di-stalk, she remains strong. And she's stronger with Hilman on her side.

Hilman pulak memang lelaki idaman Malaya. Dialah pelindung Hazel, tak cukup dia ada dengan Hazel setiap masa, dia jugak latih Hazel untuk pertahankan diri. MMA fighter ni weh, tak payah susah-susah nak cari trainer lain. Favorite moment of Hilman? Masa kenduri kahwin Safura dengan Iwan. Hah, ambil kau setepek Hilman kantoikan skandal depa. Padan muka! Aku suka cara Hilman protect Hazel. Sweet in his own way.

Konflik dalam novel ni berfokus pada stalker. Dalam diam, ada yang stalk Hazel and make sure no man touch her. Scary betul stalker Hazel ni sampai sanggup cederakan mana-mana lelaki yang dekat dengan dia. Nasib baik lah knight n shining armor, Hilman sentiasa ada dengan Hazel. 

Side characters; Sabiha yang sekepala dengan Hazel ni menghiburkan lagi jalan cerita novel ni. Tambah pulak dengan si gorila kuning Hariz bertambah-tambah dia punya fun. Tak lupa jugak cameo Dheo from 'Dheo's'. Rasa macam hi Dheo, remember me????? Hehe. 

-thes

Friday 10 December 2021

Tak Sempurna Mencintaimu by Rehan Makhtar

December 10, 2021 6 Comments
 Assalamualaikum, good day dearest! Salam Jumaat barakah... Setakat ni memang review buku ajelah blog ni... Sis tak larat nak tulis benda lain, idea pun kering hukhuk. Tajuk-tajuk yang draft bertahun pun nak kensel je semua.




Tajuk : Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 442 pages
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2018    
ISBN : 9789674690830
Blurb : 

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah. Ia menyakitkan. Hingga si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataanya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

"Kau sindir aku lagi, kan?" -MUSTAQIM
"Tak... Kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan." - SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa... Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

"Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu..." - MUSTAQIM
"Memang dasar orang gila!" - SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati... Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

"Kau beli adik aku dengan duit kau dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!" - SIRATUL
"Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul..." - MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak... Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

"Kalau dia tu, pedang yang menghunus... saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan." - SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

"You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul..." - MELISA
"Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga..." - SIRATUL
"Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau...- MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namun adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bika perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

Karya kedua daripada Rehan Makhtar yang aku baca. After 'Takdir Untuk Aku', aku mula sukakan penulisan beliau and bila aku baca novel ni, ya memang best karya RM ni.

Anyway, masa aku baca prolog dah terlintas, eh sad ending ke? Kenapa? Well, dah ditulis memang macam sad ending. Belum pernah aku baca novel melayu sad ending. And, awal-awal lagi dah buat drama air mata. Aku tak bersarkastik ya. Memang terasa betul sedihnya. Dengan nasib hidup Sirat ni, lepastu jumpa pulak dengan si sombong Taqim haih, nak termenangis jugaklah (tak nangis tau, kena la control ayu walaupun takde orang dalam bilik). 

Mustaqim, hero yang awalnya sangaaaaat rude, mendabik dada tinggi ya tapi rupanya dia baik hati, pemurah and taklah seteruk yang dia tunjukkan asalnya. Bak kata omputeh, don't judge the book by its cover. Aku suka dia punya character. Caring, sangat caring. And dia tak segan untuk tunjukkan kelemahan dia depan Sirat. 

And Siratul, favorite character aku. Bukan saja sebab dia heroin tapi sebab perwatakan dia yang hard not to love. Dia tegas setegasnya. Waktu dia pertahankan Wan (adik lelaki dia) depan Taqim waktu pertama kali jumpa, buat aku rasa wow. Lepastu, watak dia sangat matang every nasihat yang dia bagi dekat Taqim, terasa sampai ke hati. And the way dia berkorban untuk family dia lepas kematian ayah? Haih, memang tak boleh lawan. Kalau aku yang ada di tempat dia, tak sanggup rasanya.

Novel ni banyak guna bahasa kiasan.  Yang aku dapat tangkap tu, fahamlah. Tapi kalau yang tinggi sangat level kiasan tu, hah melepu la jugak aku kat situ. Tapi itulah yang bestnya, belajar benda baru. Lagi-lagi masa conversation Sirat-Taqim. Comel tahu tak! It's like, talking to yourself. Same wavelength. Faham each other. Ahhhh, want that want that.

And, tentang apa yang Taqim lalui sepuluh tahun lalu, memang agak misteri. Puas lah aku meneka. Tapi sangkaan aku memang meleset jugakla. Memang tak tersangka identiti si Melisa ni. Dan dia punya turn out tu, make sense sangat. Kalau tak masakan dia macam tu obses dengan Taqim.

Sad ending atau happy ending? Well, taknaklah spoil dekat situ. Cuma aku nak kata, memang banyak betul cabaran untuk Sirat-Taqim ni bersatu. Banyak betul halangan and setiap satu tu memang disusun cantik. Pace novel ni takah terlalu laju tapi tak juga slow, just nice  orang kata. Aku dapat habiskan pun dalam masa dua hari je. Hehe.







p/s: kalau one day baca novel ni, baca sekali part dedikasi ya. sekian dari saya, suraya comel.
-thes

Tuesday 7 December 2021

Kapal Terakhir Di Dunia Episod III by Teme Abdullah

December 07, 2021 4 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Finally sampai jugak dekat buku terakhir dalam siri KTDD nii.




Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 306 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Julai 2021
ISBN : 9789672459224
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Blurb : 

"Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkata yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkata yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap..."

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoal timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?


Buku ketiga siri KTDD. Buku ketiga bermula dengan imbas kembali babak  di darat. Kali ini, bukan lagi daripada pandangan Aria tetapi pandangan Doha, wakil sektor kuning. Musabab Doha menyerang Aria dan Vanessa. Kewujudan pakatan yang ingin menjatuhkan Manusia Suci, perancangan mereka untuk menyerang dan... pengorbanan Vuk.


Compared to the first two books, buku ketiga ni banyak bermain emosi. First book aku rasa macam meh, second book aku rasa marah dan geram dan buku ketiga ni menjentik hati aku untuk rasa sedih. Aku rasa aku tak pernah menangis masa baca karya Teme but this one did it. Vuk... Satu karakter yang muncul hanya dalam buku pertama. Rupanya satu karakter yang sangat penting. Sedih gila baca apa sebenarnya yang jadi pada dia. Pengkhianatan Koh yang sebenarnya musuh dalam selimut memang tak terjangka. 


Outburst Aria. Babak yang paling memuaskan hati aku dalam siri KTDD. Aku sememangnya tertunggu-tunggu saat Aria meletup setelah rahsia demi rahsia yang dibongkarkan. Dan aku sangat-sangat puas hati bila dia mengamuk. Apa yang trigger dia? Well, bacalah sendiri, taknak la aku spoil kan semua.


Banyak review yang aku baca, tak puas hati dengan ending siri KTDD ni. Dan aku pun tak puas hati gak. Geramnya rasa! Terkilan pun ada jugak dengan cara Teme ended this whole series. Rasa macam nak buat petition untuk dia tulis sambungan aje. Nak kata open ending, aku tak nampak open. Geramlaaa.


Memangla ada possibility yang Aras Lantai akan bangkit menentang Manusia Suci lagi-lagi dengan pakatan rahsia tetap diteruskan dengan pimpinan muda, Tuan Yang Suci ke-27 tak ambil tahu hal Aras Lantai, dan Ana yang umpama bom jangka dengan setiap pengetahuan barunya. Tapi aku taknak possibility tu! Ahhh geram sangatttt. Dah la tak tahu apa yang jadi dengan Aria lepas pihak 'askar' hilangkan ingatannya. Ahh, kecewalah. 


Nasihat aku? Kalau dah baca buku first and second, bacalah yang third walaupun tak de closure yang close serapat-rapatnya, yang kita harapkan. Kalau belum, tepuk poket, tanya duit. Hehe, ikut koranglah nak baca ke tidak. Tapi aku rasa better bacalah, boleh geram sama-sama dengan aku. Hehe.

 

-thes

Friday 3 December 2021

Ayla Hanna by Syu Ariani

December 03, 2021 10 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Setelah berbulan-bulan daku peram e-book AH ni, berjaya jugaklah habiskan dalam masa sejam dua.






Tajuk: Ayla Hannah
Penulis: Syu Ariani
Mukasurat: 421 pages
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Terbitan: Februari 2021
Format: e-book (PDF)
TELAH DITERBITKAN DENGAN TAJUK: Di Hatiku
Blurb: 

Dia suka menyendiri bersama lakaran busana, sesekali melempar pandangan pada Selat Johor. Dia simpan luka di hati tanpa berkongsi dengan sesiapa. Itulah Ayla Hannah.

Saat takdir pertemukan Hannah dengan Anaqi, Hannah mengerti sesuatu.

Mereka sama. Mereka tidak sempurna.

Namun dalam keterpaksaan itu, Hannah bahagia. Lily, Anaqi, Rizman dan Kaer tak pernah gagal menceriakan harinya. Tetapi...

"Aku nak kau kahwin dengan Thariq." - TUAN SALLEH

"AH Empire perlukan kau."- ATILIA

Insan-insan yang membenci dan dibenci Hannah seumur hidupnya, muncul menggangu ketenganan. Dia juga semakin diingatkan tentang asal-usulnya, tentang tarafnya yang sering dipandang hina.

"Pada aku, Hannah tetap sempurna." - ANAQI

Di penghujungnya nanti, tetap sempurnakah Hannah di hati Anaqi?

Kematian ibu angkatnya membawa Hannah kepada pangkuan keluarga kandung. Cumanya... kehadirannya langsung tak disenangi sesiapa kecuali atuknya, Tan Sri Abdullah. Namun setelah datuknya pula kembali ke rahmatullah, Hannah membawa diri ke selatan, jauh daripada manusia yang langsung tidak mahukan kehadirannya.

Melepak dekat KFC sambil melakar busana pengantin memang aktiviti favorite Hannah, dapat pulak kedudukan KFC tu berhampiran laut, memang mendamaikan hati yang lara. Lily, satu-satunya kawan baik yang Hannah ada tetapi selepas kebetulan yang membawa mereka mengenali tiga orang lelaki di majlis perkahwinan kawan lama menambah senarai kawan Hannah. Kaer, Rizman dan Anaqi.  Aku suka dengan persahabatan mereka.

Aku suka baca every one of their interactions. Lagi-lagi bila Rizman dengan Lily dah mula 'berperang'. Cute wehhh. Paling best masa Kaer duk mengadu dekat Nek Wan yang Hannah tak kasi dia dekat dengan Atilia apalah comel sangat Kaer ni!

Aku baca e-book ni lepas aku tengok movie 'A Way Station', dah melalak tengok movie tu hah ni sambung sedih baca e-book ni. Tak cukup dengan Hannah punya background, sekali Anaqi punya kisah silam pun tak kurang deritanya. 

E-book ni pendek je ceritanya tapi cukup padat. Untuk aku, kira dah lengkap dah. As for Anaqi dengan Hannah punya relationship, haih tak comel bukan hero-heroin kak syu lahhh. I kenot! Anyway, kalau nak dapatkan e-book ni aku mintak maaf awal-awal sebab tak salah aku kak syu dah tak ambil order sebab ia bakal dibukukan! Soooo, kalau nak jugak, hampa trylah bodek penulisnya, Syu Ariani. Hehe.

-thes

Kapal Terakhir Di Dunia Episod II by Teme Abdullah

December 03, 2021 8 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Seminggu lepas aku dah post dekat IG review novel ni... Ingatkan dah schedule this entry untuk post masa yang sama rupanya tak. Haiyaa





Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
Penulis : Teme Abdullah
Mukasurat : 339 pages
Penerbit : IMAN Publication
Terbitan : Mei 2021
ISBN : 9789672459187
Related : Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, Kapal Terakhir Di Dunia Episod III
Blurb : 

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah. 

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa. 

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.


Episod kedua siri KTDD bermula dengan Aria menyertai aktiviti dokking. Masa nilah Aria berkenalan dengan Jaro, wakil sektor hijau, Vanessa, askar yang bertanggungjawab memantau wakil-wakil sektor dan juga Doha, wakil sektor kuning.

Dari awal lagi aku dah boleh agak siapa sebenarnya Vanessa ni. Daripada dia yang berminat sangat nak berbual dengan Aria berbanding dengan sektor lain, rasanya agak jelas la identiti sebenar dia. Pace penceritaan mula pick up bila wakil sektor kuning tiba-tiba menyerang Vanessa dan Aria. Disebabkan Aria merupakan seorang pemburu yang arif tentang bahaya dunia luar, dia terpaksa bunuh kedua-dua wakil sektor hijau dan kuning dengan tanggapan mereka dapat virus mugor.

Tamat tempoh dokking, Aria kembali ke Sektor Biru. Tak cukup dengan trauma semasa di darat, kedatangan Maru yang mengapi-apikan keadaan Aria sedikit sebanyak mengganggu minda Aria. Keadaan Ana yang semakin merosot merisaukan Aria. Dan, saat Aria hampir dihapuskan, Vanessa datang dengan janji untuk menyembuhkan adiknya dengan syarat dia perlu naik ke Aras Atas. Dan demi Ana, Aria melangkah ke Aras Atas.

Kenyataan tentang Manusia Suci dan Aras Atas. Perit. Sangat perit. Setiap kali Vanessa memperkenalkan setiap tempat pada Aria, setiap kali tulah aku rasa macam nak campak aje buku ni. Geram amat tahu?! Dan disebabkan Vanessa dah jatuh suka pada Aria, dia butakan mata dan anggap Aria akan terima segala rahsia yang dia beritahu dengan senang hati. Ahhh, mungkin satu rahmat untuk manusia di Aras Lantai. Betullah orang kata love is blind. Satu per satu rahsia Bokor Vanessa ceritakan pada Aria dan nampaklah, manusia di Aras Lantai adalah hamba pada Manusia Suci. Lindung mereka? Jauh sekali. Aria pulak masih dengan fikiran positif, menyangka Tuan Yang Suci dan seluruh golongan Manusia Suci ada sebab kenapa ada perkara yang dirahsiakan. Terasa sangat naif watak Aria.

Jujur kata, aku banyak kali berhenti masa baca episod ii ni. Terasa sesak nafas memikirkan peri kemanusiaan yang langsung tak wujud dalam diri Manusia Suci. Bab terakhir, rahsia terbesar yang disorok oleh Manusia Suci menoktahkan episod ii siri KTDD. Rahsia yang mampu mengubah seluruh nasib manusia di Aras Lantai andai bukan rahsia. Aku jadi tertarik untuk habiskan keseluruhan siri KTDD ni sebab rahsia terakhir ni.



-thes