Saturday 26 February 2022

Puteri Bunian Bulan by Aliff Mustafa

February 26, 2022 4 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Serasa macam baru semalam start cuti. Tapi rupanya Sabtu depan dah kena masuk U. Huhuhuhuhu. Bulan Februari pun dah nak habis. Ngamlah bulan dua, dua buah buku je yang dibaca. Anyway, ni buku pertama dalam bulan ni yang aku baca.





Tajuk : Puteri Bunian Bulan
Penulis : Aliff Mustafa
Mukasurat : 401 pages
Penerbit : Patriots Publishing
Terbitan : 2020
ISBN : 9789672437062
Blurb : 

Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara ini pun dibangkitkan. Bukan di dunia nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-galanya dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka daripada terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka akan menjadi bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita.

Pengakuan jujur, aku tak pernah baca buku berunsurkan fantasi. Empayar by Teme Abdullah aku rasa tak termasuk dalam genre fantasi sebab dia more to historical fiction. Tapi tak historical kot sebab garis masa dia ke depan yang beribu tahun tapi gaya bahasa percakapan antara watak macam historical. Anyway, ni kira first time aku baca novel fantasi fiksyen and baeeeby I'm sooo in love! No kidding, bab pertama actually freaked me out. Hahaha, kemunculan pari-pari pagi dengan bauan yang sangat harum dan pakaian putih bersinar berserta sayap sesibur sangat menakutkan aku, tanpa sebab.

Aku baca novel ni waktu tengah final haritu, so memang agak mencabar jugakla nak menahan nafsu daripada dok baca buku selain buku akademik. Sesungguhnya, novel ni sangat unputdownable. Dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dipanggil arc  memudahkan lagi aku memahami apa yang akan berlaku. Dan arc yang panggil aku suka haruslah arc tiga dan empat di mana satu per satu rahsia disebalik watak terungkai dan pertempuran antara Black Shuck, Puteri Bunian Bulan, Putera Andika juga pertempuran terakhir menentang Maharani Duyung Laut China Selatan.

Dengan setiap perincian daripada penulis, sangat membantu aku untuk membayangkan setiap babak, terutama babak pertempuran tu. Elemen fantasi selalunya sangat menguji imaginasi aku, jadi gambaran dan perincian penulis semestinya membantu aku untuk membayangkan bentuk setiap makhluk yang ada. Aku suka dengan cara penulis yang tak hanya fokus pada Laila Dahlia selaku Puteri Bunian Bulan dan Putera Andika sahaja semasa pertempuran dengan Maharani Duyung Laut China Selatan. Sebaliknya, setiap lapisan Majlis Kesatria dari Kerajaan Purnama Sari dan juga pertahanan daripada Puak Para Bawaka turut digambarkan cara mereka mengalahkan musuh. Nice touch!

Dan aku sangat appreciate penulis bagi background story macam mana dua kerajaan ghaib ni boleh terbentuk. Memang perincian yang sangat menarik dan ianya taklah dibagi segedebuk terus tapi diceritakan sedikit demi sedikit. Twists upon twists, ada yang aku boleh jangkakan ada yang wow, kenapa? ada yang did not see that coming!! Pendek cerita, seronok aku membaca novel ni. Satu yang aku tak sangkakan adalah kehilangan teman baik Laila dan juga seorang kenalan yang satu sekolah dengan Laila. Weh sedih amat dan ini antara yang whyyyyy. 

Novel ni merupakan open ending yang membawa maksud HELLO NEXT INSTALLMENT BILA NAK KELUAR DAH 2022 NIIII. Yeah. Novel ni merupakan sebahagian daripada siri Saga Iblis Putih. Aku tahu pun setelah baca review daripada bookstagram yang lain. Dan. Aku. Tak. Sabar! Akhir kalam, bacalah novel ni, menarik gila gila gila! Dengan susunan bahasa dan penggunaan Bahasa Melayu hampir sepenuhnya dalam novel ni masuk sikit Bahasa Melayu lama ahhh aku terasa diawangan sangat (melebih je ni tapi serious best!)





-thes

Saturday 12 February 2022

Bulan Henti Bicara by Rissa Ahdiya

February 12, 2022 3 Comments
Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bulan Henti Bicara
Penulis: Rissa Ahdiya
Mukasurat: 401 pages
Penerbit: RA  Publication
Terbitan: April 2021
ISBN: 9789671950302
Blurb: 

Kata bapak, kalau nak hidup bahagia, cari suami yang beragama dan kukuh poketnya. Bapak tak mahu dia hidup susah dan mewarisi kemiskinan keluarga. Cinta itu akan pergi bila perut mula berbunyi.

Afghan... Lelaki pertama yang hadir dalam hati. Tapi terpaksa dilepaskan pergi meskipun mereka pernah berjanji.

"Jika nyawa jadi taruhan, maka nyawa jugalah yang akan abang serahkan demi Zulfa." - AFGHAN

Dia mungkiri cinta demi bahagia yang dikata. Namun, perasaan untuk lelaki itu tak pernah ada. Kata lelaki itu, dia perempuan pendosa, dia perempuan yang jauh dari gapaian syurga.

"Tanpa reda aku, syurga pun tak akan terima perempuan pendosa macam kau." - JAMALI

Nazif yang muncul tanpa dijangka, menambahkan lagi beban perasaan yang sedia ada. Zulfa tahu Nazif berhak marah, tapi sumpah, bukan dia yang bersalah!

"Dia tu berlagak aje macam perempuan baik-baik, suci daripada noda, tapi sebenarnya..." - NAZIF

Dia ingin berikan cinta, tapi benci yang semakin membukit. Harusnya bagaimana mahu dirungkaikan rasa hati dan kaki yang telah dirantai mati?

Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia lari. Tapi bila teringatkan bapak, jiwa yang duka dipendamnya sendiri.

"Abang sangka yang Zulfa bahagia selepas kahwin dengan dia. Abang tak sangka. Kalaulah abang tahu..." - AFGHAN

"Kalau abang tahu kenapa? Nak ajak Zulfa lari?" - ZULFA

Dia tak mampu bercerita dan dia tak mahu berkisah pada sesipaa. Hanya pada bulan dia berkongsi bicara.


 Aku cuma pernah baca satu karya lain daripada penulis Rissa Ahdiya ni dan novel tu bertemakan keganasan rumah tangga, is it safe for me to say that karya penulis ni ber'center'kan kisah rumah tangga? Mungkin ya, mungkin tidak. Anyway. Novel ni mengisahkan Zulfa, seorang anak perempuan sulung daripada tiga orang adik beradik. Despite her good results in SPM, dia tak sambung belajar dan cuma duduk di kampung, bantu ayahnya menguruskan rumah sementelah Pak Karman sendiri dah berusia dan ibunya dah lama meninggal.


Zulfa memang anak yang baik. Dan kerana patuhnya Zulfa pada ayahnya, dia terperangkap dalam perkahwinan yang sangat menyakitkan jiwa raga. Masa baca blurb, aku ingatkan novel ni punya jalan cerita sama dengan novel yang aku baca sebelum ni. Tapi, aku salah. Oh, sungguh aku salah. Novel ni is everything I'm not expecting. Awal-awal tu macam, heh here is your typical wrong guy marriages looks like tapi as the story goes on, wrong dia on so many level and I'm telling you girl, you will not see it coming.


Afghan, watak yang aku sangka akan menjadi hero lalu datang menyelamatkan Zulfa daripada cengkaman suami zalimnya, Jamali. Rupanya Afghan hanyalah watak sampingan yang berjaya membuatkan aku menanam rasa benci kurang senang pada Pak Karman. Ahh, hanya kerana kurangnya material dan pangkat yang dipandang orang, lamaran Afghan ditolak Pak Karman, sedangkan dia sangat mengenali Afghan. Tambah pulak bila Pak Karman sendiri tahu yang Zulfa juga simpan perasaan pada Afghan. Oh, sampainya hati... Saya sedih lahhh. Kenapa bapak buat macam niii 😭😭😭 Tambah menyakitkan hati pabila dia terima lamaran Jamali yang muncul entah dari mana sebagai menantu arghhh. Geramnya ya Allahh!


Penceritaan, setiap naratif, setiap dialog, setiap babak diolah dengan sangat menarik, menghasilkan satu karya yang sedap untuk dibaca. Tak cukup dengan kejutan status sebenar Jamali, penulis sajikan lagi dengan kejutan demi kejutan. Paling aku tak sangka adalah Pak Karman punya reaction setelah dia tahu penipuan Jamali. No, did not see it coming and not what came out of it. Goshh. Kerana marahkan Jamali atas apa yang berlaku, Zulfa mula berubah. Watak yang pada mulanya seputih salju berubah menjadi sehitam arang kerana dendam.


Jamali, paid his dues. Pengakhiran yang memuaskan hati aku, sangat-sangat puas. Zulfa... Selesai hutang yang dituntut daripada Jamali, Zulfa memencil diri. Sedihnya fikir nasib Zulfa. Aku mengharap dia akan dapat semangat untuk hidup semula, mencapai impian lalu tapi siapalah aku ni. Hukhuk. Segala rahsia tersingkap dengan epilog daripada pandangan Faziah (siapakah Faziah? too much spoiler kalau aku bagitahu) dan aku ahhh aku tak tahu macam mana aku nak gambarkan perasaan aku. All in all, novel ni sangat best dan untuk sesiapa yang up for something not-sweet loves and reality kehidupan, karya ini untuk anda. Penuh pengajaran, big applause to Pn. Rissa Ahdiya! Akhir kalam, terimalah Afghan,




-thes

Tuesday 8 February 2022

Rindu Tiada Noktah by Dhiyana

February 08, 2022 6 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Dua paper dah lepas, tinggal lagi dua; esok satu paper, next week lagi satu paper. Fuh nervousnya dah nak masuk kampus ni.. Kes pulak macam makin seram haih. Doakan semua berjalan lancar ehh.




Tajuk: Rindu Tiada Noktah
Penulis: Dhiyana
Mukasurat: 617 pages
Penerbit: Anaasa Publication
Terbitan: Julai 2017
ISBN: 9789670870441
Blurb:

Percutian ke India menemukan semula Khai dan Adwa selepas bertahun-tahun tamat persekolahan. Adwa membuatkan Khai terpana. Ada sesuatu pada Adwa yang selama ini tidak diendahkan. Dia jatuh cinta! Dia mesti tawan hati itu.

"Kalau saya tak nak bercinta dengan awak?" - ASWA QISTINA
"Okey... jom kita berkahwin!" - SYED QAYYUM

Kasih disahut Adwa. Hubungan direstui keluarga. Dua keping hati disimpul rapi di dalam ikatan pertunangan. Masing-masing mula menyemai benih kasih untuk menyuburkan lagi taman hati. 

Namun, Khai diduga dengan kehilangan insan tersayang. Sebuah rahsia ditinggalkan. Kerana rahsia itu, Khai pergi membawa diri tanpa menoleh buat kali terakhir. Dalam tak sedar, hati Adwa disakiti dengan sebuah penantian.

Di Tanah Suci menemukan semula pasangan kekasih yang setelah sekian lama terpisah. Rindu itu tak pernah terpadam. Malah semakin marak menyala apabila kembali bertentang mata. Khai  mengalah apabila masing-masing tak sanggup lagi menanggung rindu. Di hadapan keluarga Adwa, dia mengakhiri sebuah penantian.

"I thought you never love me anymore." - ADWA QISTINA
"Hati ni... Hanya ada nama awak. Tak mungkin ada nama yang lain. Sejuk dulu sampailah bila-bila pun" - SYED QAYYUM

Mereka hanya ada cinta dan kesetiaan. Namun mampukah cinta dan kesetiaan itu menghuni sekeping hati yang semakin diuji? Rindu ini tiada penghujungnya. Malah ia tiada bernoktah.


Kisah Khai dan Adwa, kenal dari sekolah menengah tapi tak pernah berkawan baik pun. Satu batch cume kenal gitu-gitu. Penyertaan mereka untuk program backpacking ke India memberikan satu rasa pada Khai. Sepanjang di India, Khai manfaat setiap ruang dan masa untuk dekat dengan Adwa. Satu persatu taktik dia gunakan untuk pastikan Adwa tahu perasaan dia. Comel sungguh cara dia, dapat pulak Adwa ni sejenis yang malas layan, hah memang parah member nak tackle anak dara orang.


Adwa, hatinya dah tertarik dalam diam tapi kerana ragukan perangai Khai yang agak flirty and mesra alam tu, dia menidakkan perasaan sendiri. Tapi lama-kelamaan dia kenal dengan empunya nama Syed Qayyum, Adwa makin yakin dengan perasaan dia. Dan kerana kesungguhan Khai untuk dapatkan Adwa, habis backpacking pun dia masih memujuk Adwa. Keputusan mereka untuk bertunang sebelum Khai balik ke Kanada agak mengejutkan tapi benda baik,  buat apa tangguh, kan?


Aku suka baca depa punya pengalaman backpacking ke India, sangat menarik. Dengan gambaran suasana di setiap tempat yang depa pergi jelas and terperinci, dengan aku sendiri rasa macam tengah mengembara. Tambah pulak dalam backpacking ni ada Aidan and Khadijah, bestfriends Khai merangkap teman sekolah Adwa yang sentiasa menyakat dan menceriakan keadaan. Terasa seronoknya travel dengan member rapat.


Kerana satu rahsia yang disimpan Khai, dia dihalau keluar oleh mamanya sendiri. Rahsia yang aku langsung tak mampu nak teka. Berkali-kali juga aku cuba untuk cari hint yang penulis tinggalkan tapi gagal. Sungguh aku tak sangka. Cuma aku terkecewa jugakla Khai ni pergi tinggalkan segalanya tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kerana peninggalan Khai, Adwa menanti dalam derita rindu.


Kali kedua mereka dipertemukan setelah bertahun terpisah, Adwa is new. And I like the new Adwa. Bolder, stronger and of course still loyal. I love how dia tak melatah masa pertama kali bertemu dengan Khai. Khai pulak.... He became more matured, more responsible and paling penting, he doesn't hold grudge or anything dekat mama dia. And still knows his priorities. What I really loves about these two is that, no third person. I mean, sure ada Fawwaz yang sukakan Adwa and Hayla yang sukakan Khai tapi both tak berjaya pun mengganggu gugat hubungan Adwa dengan Khai. And the way they understand each other are so cute oh pleaseee.


Setiap babak yang ditulis, semuanya sampai pada aku. Babak sedih tu jangan cakap laa. Sedih aku bila Khai tinggalkan Adwa tanpa good-bye lagi sedih baca babak Husna(adik Khai) dengan Khai. Lagi sedih baca betapa egonya mama Khai sampai langsung tak acknowledge Khai walaupun depan mata. Awal sampai akhir (takdelah awal, awal tapi awal jugakla, novel ni tebal kot) memang drama air mata weh. Sediakan la tisu kat sebelah lap hingus. 


Overall, saya kastemer(customer) yang berpuas hati. First time baca karya daripada penulis ni and I can say that she's a great author! Boleh pertimbangkan karya beliau yang lain..

-thes 

Wednesday 2 February 2022

Hitman's Wife's Bodyguard

February 02, 2022 4 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Another late night movie review! Here we go!




Title: Hitman's Wife's Bodyguard
Runtime: 117 minutes 
Genre: Action, Comedy
Country/Language: United States/English
Director: Patrick Hughes
Writer: Tom O'Connor, Phillip Murphy, Brandon Murphy
Released year: 2021
Related: The Hitman's Bodyguard
Casts: Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Salma Hayek
Plot: 

Despite his efforts protecting Darius Kincaid, Michael Bryce is still un-license bodyguard. As per his therapist advice, Bryce went to Italy for a vacation and forget about his job. His vacation however was cut short when Sonia Kincaid, an international conman also a wife of Darius Kincaid appeared out of nowhere. Bryce then joined Sonia to rescue Kincaid from mafia. The three of them then found themselves caught in saving Europe from a vengeful madman.


Sneak peak:


This movie is a sequel of 2017's The Hitman's Bodyguard, featuring Ryan Reynolds and Samuel L. Jackson as the main lead. Despite me enjoying the first movie, the sequel however went to my not-going-to-watch-it-ever-again list. Yeap, that bad.


Perhaps because I really enjoyed watching the first movie, I had high expectations for the sequel. And when it fell, it fell hard and crashed and burned. So what is it that really bother me? First off all, the scripts. I am not a fan of swearing and saying all those words in every sentence I said and I definitely did not enjoyed hearing it. And baby, we got tons of it here. If I thought the first movie got enough swearing, oh boy, the sequel took it to another whole level. That bad guy motivation to destroy Europe was honestly really ridiculous. 


Next, the action scenes for me was mehh, guns guns guns and guns. I'm not saying it's bad but it's nothing special either. So-so. Even the car chase scene doesn't really thrill me. And the comedy part was dull. The scripts pretty much a load of foul languages anyway. Slapstick comedy but with poor writing, it doesn't really trigger me to laugh. 


As per before, the chemistry between Ryan and Samuel was great. I love their bantering, though some of it were repetitive from previous released. Salma Hayek was indeed a great actress and I really loves her accent, too bad most of her dialogues consisting swearing. And that cameo of Morgan Freeman (I don't really look at the poster before writing review sooo yeah). Oh goshhh, I did not see that coming. That pretty much lights up this movie.


In a nutshell (cehhh, macam karang BI pulop), this movie is a huge let down for me. Character developments? Out. Plot? Out. Dialogues? Out. I am greatly disappointed and definitely would not recommend watching this movie. 


For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes

Tuesday 1 February 2022

The Hitman's Bodyguard [2017]

February 01, 2022 0 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Or should I say good early morning? Suraya girl is backkkk with a movie review! Wuuuhuuuu. This is my little celebration for finishing the first paper of the semester hukhuk. I'm sorry if it's not really good because I'm typing it at 1 in the morning so I probably did not have much comments but anyway, here it is!





Title: The Hitman's Bodyguard
Runtime: 118 minutes
Genre: Action, Comedy, Crime
Country/Language: United States/English
Released year: 2017
Director: Patrick Hughes
Writer: Tom O'Connor
Casts: Ryan Reynolds, Samuel L Jackson
Plot: 

Michael Bryce, a once triple-A protection agent was trusted to escort a hitman, Darius Kincaid after Interpol's attempt to bring Kincaid to Hague from Manchester failed. Desperate to restore his once glory days and reputation, Bryce took the job. What seems to be like a simple task became a challenging job especially when both Bryce and Kincaid hold grudges for one another. Adding to the fact that Kincaid was going to testify against a dictator leader of Belarus who wanted him dead, Bryce job became harder. Will they make it to the court in one piece in time? Or will they not?


Sneak peak:




Phew, been so long since I last wrote a movie review other than South Korean. Well, it actually been so long since I last watch a movie sooo =/ Anyway, I found about this movie by chance while scrolling YouTube, so here we are~

I personally really loves this movie. It is so entertaining and comedic and action-filled. I don't remember one scenes where I was bored out of my mind. I giggles all the way through the movie. I love who contradict Bryce and Kincaid are and how they worked their way together. The chemistry between these two actors are undeniable-ly  awesome! One of my favorite scenes were one when Kincaid drove the car on their way to the court (while escaping from the bad guys) then suddenly hit the brakes causing Bryce who was on the passenger sit thrown out of the car (and he's was on the phone with Agent Roussel). That scene came unexpected to me because Bryce had a character that follows the book and all so he not wearing seatbelt was not him. 

The action scenes? Marvelous! I am no professional but I love every single scenes on this movie. With these two characters different approach of escape, it was so hilarious! The in-between romances between Kincaid and his wife (played by Salma Hayek) was so amusing. I was actually expecting more closure on Agent Roussel and Bryce instead of with the way they ended. But okay, I'll take what I'm given.

Though I must say there wasn't much plot developments and it was not the most realist movie ever exist but nahh I'm in the middle of final weeks, this type of movie really does wonder for me. I get a great laugh out of it. So what I can say here is that this movie is a great watch for a good laugh. Oh, if you're not comfortable with vulgar languages better stay clear of this movie. Got tons of it.

For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes