Monday 29 April 2024

Buah Hati Nafeesa by Nirrosette

April 29, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Buah Hati Nafeesa

Penulis: Nirrosette

Mukasurat: 338

Genre: Romantik

Penerbit: Manes Wordworks

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672660217

Related title(s): Yang Manis, 2022

Blurb:

Nafeesa seorang gadis berusia 21 tahun suka buat kerja gila! Sewaktu cuti semester universiti, Nafeesa nekad terbang seorang diri ke Vancouver untuk bertemu dengan abangnya Najwan. Si abang yang sedang sibuk belajar telah mengamanahkan teman serumahnya Khalil, menemani Nafeesa.


Bersama Khalil, Nafeesa belajar banyak perkara baharu: tentang hidup, tentang cinta, tentang agama.


Khalil sangat sempurna di mata Nafeesa. Segak, tampan, bijak dan bekerjaya. Belum pernah Nafeesa bertemu dengan seseorang yang mampu mencabar daya pemikirannya, Pencinta tegar sastera Shakespeare ini malah sempat berdebat dengan sang arkitek.


Dan itulah titik tolak bagaimana Nafeesa akhirnya jatuh cinta kepada Khalil. A man who reads makes Nafeesa weak.


Tetapi mampukah Nafeesa menawan hati Khalil yang banyak rahsia? Dan apabila rahsia tersingkap, sanggupkah Nafeesa menerima Khalil seadanya?


"Will you see me differently, if you knew my past?"


Antara trauma dan cinta? Apa pilihan Khalil dan Nafeesa, akhirnya?


Novel ni bermula dengan Nafeesa yang terlebih keberanian ambil flight seorang diri  untuk melawat abangnya Najwan di Kanada. Hasratnya nak menghabiskan sisa cuti semester dengan luangkan masa dengan abangnya alih-alih bila dia sampai, kena marah pulak. Disebabkan Najwan busy dengan kuliah dan exam, Khalil diamanahkan untuk teman Nafeesa sepanjang dia di Vancouver.


Watak Nafeesa ni sangat likeable. Sejenis yang peramah dan senang buat kawan, independent dan paling penting, dia tahu apa yang dia nak dalam hidup dia. Dan kerana itulah dia tanpa segan silu meluahkan rasa pada Khalil. Dia ni suka juga cosplay tapi subtle jela, but still, cute kot. Langkau masa tiga tahun mendewasakan Nafeesa and I really loves both version of her. Masih lagi yang dulu tapi lebih matang.


Khalil pula seorang yang matang, hormat orang tua, beragama dan perfectlah senang cerita. Awalnya dia hanya nampak Nafeesa sebagai 'adik' tapi dia sendiri susah nak nafikan perasaan sendiri lepas Nafeesa balik Singapore. Kerana luka lalu, dia takut untuk terima cinta lagi. Aku suka cara penulis perlahan-lahan mendamaikan luka dalam hati Khalil demi terima Nafeesa dalam hidup dia. Dan, dia punya effort untuk ambil hati Nafeesa tu🤌🏽🤌🏽🤌🏽


And I love the chemistry antara dua watak utama ni. Terasa comel-comel nak cubit je eee. Cerita ni takde konflik berat dengan penceritaan yang santai jadi mudah jela aku habiskan. Watak-watak sampingan pun best-best semuanya. Takde yang menimbulkan urat dahi. And officially, novel ni masuk dalam aku punya comfort read. Tbh, ni read last year aku HHAHAHHA maafla baru ni reviu.

-thes

Sunday 28 April 2024

Rumah Tak Mesti Bahagia by Arif Zulkifli

April 28, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Rumah Tak Mesti Bahagia 

Penulis: Arif Zulkifli

Mukasurat: 317

Genre: Kekeluargaan, Slice of life

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459798

Cetus amaran: ganggu seksual, suicidal

Blurb:

Abi Umi ni tak pernah faham Ain!

Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Namun setiap kali Ain suarakan keinginannya, semua ditentang.

Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.

"Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain."

Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?


***


Keadaan berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.

Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?


Ahmad Ain, membesarnya sebagai anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang menitikberatkan hal agama. Abinya seorang yang serius dan kurang bercakap apatah lagi nak bergurau manakala uminya seorang yang ceria. Kerana itu, Ain rasa terperangkap dan asing dalam rumahnya sendiri. Dengan abi dan uminya yang sentiasa sibuk dengan urusan masjid, Ain tidak pernah menjadi keutamaan mereka, bahkan kata-kata Ain langsung tak didengari.


Pak Yazid, penghuni Laman Harmoni yang grumpy. Ditinggalkan di Laman Harmoni setelah kematian isterinya, Melati. Hari-harinya dihabiskan di tepi kolam ikan buatan dan mengelak interaksi dengan semua orang. Di teman kolam itu, bertemankan Pak Rahmat yang selalunya tidur, Pak Yazid mengimbau setiap kenangannya bersama Melati.


Aku habiskan novel ni dalam masa sehari je sebab ceritanya berjaya mengikat perhatian aku. Sangat susah untuk aku letak novel ni ke tepi. Watak Ain bagi aku sangat likeable despite apa yang dia struggle, dia tak jadikan tu alasan untuk bitter dengan semua orang. Dan rahsia yang dia simpan, aku expect what but still aku suka dengan usaha dan tekad dia. Kerana kesungguhan dia, dia berjaya rapat Pak Yazid. Malah, dengan seluruh penghuni Laman Harmoni. Kisah Pak Yazid dan Melati pula sangat bittersweet dan menyakitkan di sesetengah bahagian. Siapa yang salah ketika anak mengabaikan ibu bapanya? And yes, I cried hard. Dengan adanya Ain, kekosongan dalam hidupnya mula terisi.


Pertama kali aku membaca karya penulis dan aku jatuh cinta dengan penulisannya. Cara beliau memperkenalkan setiap watak sangat menarik perhatian aku. Penyusunan babak pun mudah untuk aku ikut. Tema yang dibawa walaupun agak berat tapi mudah untuk aku hadam. Satu je yang aku agak kecewa, lepas umi abi tahu rahsia Ain, ianya habis disitu. Takde thought process dari abi dan tak tahu hasil pujukan umi. Apa pun, tahniah penulis!


-thes

Sunday 21 April 2024

Partner In Love by Sophia

April 21, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Partner In Love 

Penulis: Sophia

Mukasurat: 358

Genre: Romantik, Drama, Misteri, Pengembaraan

Penerbit: Prolog Media

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672569343

Blurb:

Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.

Rayyan pula seorang doktor yang diselebungi dengan misteri keluarga.

Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.

Satu kejadian telah mendekatkan mereka.

Satu persoalan telah merapatkan mereka.

Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.

Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.

Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.

Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

"You crack the code, I'll get the answer..."


Sungguh... aku tak sangka begini. Buku ni merupakan buku pertama yang aku baca dari Prolog Media. Dah lama sebenarnya aku nak beli buku ni, niat jela pastu asyiklah terlupa. SIBF haritu ternampak, teruslah ambil huhu.


Khalisa merupakan yatim piatu yang bekerja sebagai janitor di hospital. Rayyan pula doktor dekat hospital tu. Persamaan mereka adalah Ariffin. Lelaki tua yang duduk di wad VIP. Kerana Ariffin, Lisa dan Rayyan bertemu dan kerana janji mereka, mereka bersatu untuk menghabiskan game terakhir yang Ariffin tinggalkan.


Aku sangkakan cerita ni biasa-biasa saja. Mungkin babak sweet lebih sikit sebab tajuknya. Tapi salahnya aku... Tak sangka rahsia keluarga Rayyan tu sangatlah susah untuk dirungkai, dengan segala klu dan petunjuk yang Ariffin tinggalkan. Jauh betul penghujungnya. Dan kerana penulis bijak bermain kata, aku susah nak letakkan buku. I crave more and more.


Khalisa, walaupun dia hanyalah seorang janitor, otak dia sangatlah bergeliga. Setiap klu, dialah yang berjaya selesaikan. Pemikiran dia tajam dan peka dengan detail. Rayyan juga tak kurang hebat, maklumlah, bapaknya mastermind game yang mereka lalui. Setiap penyelesaian yang Lisa bagi, dia akan dapatkan jawapan yang tepat.


Game yang diatur Ariffin ni bukan setakat menjelajah Malaysia je sampai ke luar negara dia atur. Di setiap negara tu, walaupun tak semuanya dapat jugalah kita dibawa berjalan. Dan di setiap tempat tu, mereka pasti berjumpa dengan sesuatu dari kisah silam Ariffin dan Shayleigh, isterinya. Makin banyaklah tanda tanya tentang ibu Rayyan yang belum memunculkan diri. Setiap satu insan dari masa lalu Ariffin punya pendirian tersendiri berkenaan Shayleigh. Tapi, bab menyelesaikan klu ni aku serahkan 100% dekat Lisa dengan Rayyan. Malas nak fikir hahaha.


Fav character haruslah Khalisa yang menjadi peneman dan pelindung Rayyan. Walaupun dia boleh je tarik diri, tapi dia tetap nak habiskan permainan. Rayyan pulak aku rasa biasa-biasa saja wataknya. Yang menggeramkan aku bila dia mula berprasangka dengan Khalisa. Eeee nak je ketuk si Rayyan ni.


All and all, buku ni seronok sangat dibaca. Ceritanya tak panjang sehingga melalut tapi cukup panjang untuk aku berpuas hati. Good first experience from Prolog. 

-thes

Monday 8 April 2024

Cinta Untuk Sekali Lagi (revamp) by Syu Ariani

April 08, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Cinta Untuk Sekali Lagi (revamp)

Penulis: Syu Ariani

Mukasurat: 412

Genre: Romantik, Slice of Life

Penerbit: Bleu Fantasy

Terbitan: 2024

ISBN: 9789671910986

Related title(s): Cinta Untuk Sekali Lagi (Bes Q publication)

Blurb:

Menolak luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis?

Kejamnya Huzair!

Tetapi siapa sangka, dialah yang sentiasa ada ketika Falisha memerlukan?


Falisha tahu Huzair masih terkesan dengan cinta pertamanya, namun...


"Aku rasa aku suka kau," - FALISHA


Jika kebiasaannya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku?

Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada. Dia tidak akan berundur hatta setapak.


"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi," - HUZAIR


Dapatkah Falisha berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?


Versi revamp dengan terbitan 2020 tak banyak yang beza, cuma ada penambahan sikit. Huzair Fakeeh masih lagi lambat untuk faham perasaan sendiri. Last aku baca novel ni adalah masa aku pertama kali baca yang versi 2020, lepastu tak reread. Jadi, I was really glad dapat jumpa Huzair dan Falisha again.


Jodoh Huzair dengan Falisha ni bermula di Betong semasa Falisha secara tak sengaja jadi saksi Huzair reject student yang ada crush dekat dia dengan senyuman. Bermula dari situ, banyak kali mereka mula terserempak dan mula rapat bila ada common circle. Persahabatan dorang ni biasa-biasa je, sebab masing-masing pun hanya berkawan walaupun kawan rapat Falisha, Farahain dengan Syazlin selalu kenenkan mereka. Lepas tamat tempoh interim, barulah Falisha sedar perasaan dia dekat Huzair. Tapi, bila berjauhan, masing-masing senyap tanpa khabar.


Dan selepas setahun, mereka berjumpa semula dan bermulah detik-detik Huzair berusaha keras untuk dapatkan peluang kedua daripada Falisha. Makin semangat member bila dapat tahu ada saingan yang merupakan kenalannya juga (mamat ni memang social butterfly kot, semua tempat ada member dia). Tugas jemput Falisha setiap kali habis kerja tu memang dia punyalah. Lepastu, ish yang pergi mintak izin tu! Aaaa, hati perempuan saya cair!


Sebabkan cerita ni tak memeningkan dan tak banyak konflik, takde watak yang menyakitkan hati, memang senang nak baca. Lagi-lagi dengan tambahan cerita Fayyad, adik Falisha. Jujurnya, aku tak ingat ending Fayyad dalam versi 2020 jadi dia punya cerita dengan Tia terlebih menarik perhatian aku haha. Dengan si Tia yang sangat selamba, Yad yang malu-malu ehhh cumil betul mereka ni. Anyway, congrats cik penulis untuk CUSL-R ni.


-thes

Friday 5 April 2024

Cinta Kontrak 2024 by Nurul Ain Syuhada

April 05, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Cinta Kontrak

Penulis: Nurul Ain Syuhada

Mukasurat: 544

Genre: Romantik, Komedi

Penerbit: Nueva Ficcion

Terbitan: 2024

ISBN: 9786299791959

Related title(s): Cinta Kontrak versi Karyaseni

Blurb:

"Oi cicak kobeng! Aku yang rasa sial pagi-pagi ni jumpa dengan kau." - AIRYSHA


Takdir menemukan Airysha dengan Danial di butik Datin Aleeya. Tapi sebenarnya pertemuan pertama mereka adalah lebih awal daripada itu secara tidak sengaja di KL Sentral.


"Oi mat! Kau dah langgar beg aku, mintalah maaf! Jalan menonong aje macam KL Sentral ni bapa kau yang punya." - AIRYSHA

"I'm not sorry for you being stupid putting your bag in front of your toes." - DANIAL


Mereka bekerja di tempat yang sama untuk satu tempoh singkat tapi hari-hari bercakaran macam anjing dengan kucing. Saat Danial mahu lari dari semua teman wanitanya dan dia menggunakan Airysha sebagai perisai. Secara tidak langsung mereka terjebak di dalam sebuah perkahwinan yang memberikan manfaat kepada dua pihak.


"Aku nak kau sign kontrak dengan aku." - DANIAL

"Kontrak apa?" - AIRYSHA

"Kontrak - untuk kau jatuh cinta dekat aku."- DANIAL


Versi revamp dengan yang asal memang jauh berbeza. Yang asal, memang one of my comfort read, tapi itulah memori aku ni tak banyak jadi walau se-comfort mana pun, aku memang akan cepat lupa. So, review ni aku cuma review untuk versi revamp ni.


Nur Alia Airysha. Anak kedua daripada empat adik beradik yang punya impian untuk membantu keluarga. Dengan bantuan Kak Yati, kawan alongnya, dia dapat bekerja di butik di Kuala Lumpur. Belum sempat jumpa Kak Yati, Airysha dipertemukan dengan seorang jejaka 'foreigner' yang tak beradab. Kerana beg, mereka bergaduh. Dan siapa sangka rupanya lelaki tu anak kepada bakal majikannya?! Pantang berjumpa, ada je yang mereka gaduhkan. Siap dengan pakej prank lagi!


Muhamad Danial Franz. Anak tunggal kepada Dato Eddy Franz dan Datin Aleeya yang girlfriendssss keliling pinggang. Scandal dia kiri kanan weh, bab mengayat awek, dialah paling terer! Tapi saat dia 'diserang' awek-aweknya, Airysha yang dijadikan mangsa walaupun gadis yang digelar cekodok tu selalu menyakitkan hatinya. Dan apabila berita 'perkahwinan' mereka sampai ke telinga Datin Aleeya dan Dato Eddy, mereka tersepit.  Yakin dengan perasaannya, Airysha dilamar dengan kontrak untuk jatuh cinta.


Cerita ni ringan je tanpa konflik yang berat menyesakkan kepala. Novel santai yang sentiasa menghiburkan aku dengan perangai crack si Airysha dan Danial, momen-momen cubaan Danial 'menggoda' Airysha unutk jatuh cinta, babak-babak suwit tu semestinya ada. Babak geram nak campak buku tu adalah juga bila si Bella, ex-gf Danial ni naik gila tapi issokayyy, Danial dengan Airysha too strong untuk dipecahkan.


Novel ni ditulis dengan dual POV (Airysha and Danial) jadi memang seronok untuk aku sebab boleh tahu apa yang mereka berdua ni fikir. Dan mereka ni memang match made in KL Sentral betullah sebab sama-sama crack, sama-sama perangai gila tapi sama-sama matang dengan masa dan usia gitu. Aku suka dengan Danial yang lepas kahwin dengan Airysha, terserlah jugakla kematangan dan  sifat tanggungjawab dia. Airysha pun lepas nikah tu takde sangat la perangai pelik-pelik dia (walaupun ada juga bila dengan Danial hahahaha). Paling penting, mereka pun communication sangatlah 🤙🏽🤙🏽🤙🏽


Anyway, it was a nice read for me. Paling suka bila ada bonus chapters dengan anak-anak Airysha-Danial yang dah boleh berpuasa aihhh comel betul masing-masing.


-thes

Tuesday 2 April 2024

Horizon Cinta by Umi Azrini

April 02, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Horizon Cinta

Penulis: Umi Azrini

Mukasurat: 482

Genre: Romantik

Penerbit: Alaf21

Terbitan: 2009

ISBN: 9789831244166

Blurb:

Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.


Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu dengan orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.


Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hari menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam dia, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.


Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?


Novel lama yang one of my favorite, yang aku dok ulang baca berpuluh kali pun masih rasa seronok. Antara sebab aku enjoy gila novel ni adalah latar belakang tempat separuh pertama novel; atas kapal kargo LNG. Zariz aka Ezo berparut petir merupakan pegawai kedua dalam kapal yang bertanggungjawab untuk mengemudikan kapal. Banyak tugas-tugas dalam setiap bahagian kapal kargo yang diceritakan tapi lebih memusat pada kehidupan Ezo dan tugasnya.


Cue in Zara, si gadis ranggi berketurunan cina yang merupakan adik kepada Kapten Jonathan (kapten kapal Puteri Zamrud) yang turut serta dalam pelayaran ke Jepun. Kerana beberapa insiden sebelum pelayaran, Zara dan Ezo pantang bertemu, ada saja yang digaduhkan. Selain menghiburkan hari-harinya di atas kapal dengan annoyed Ezo, Zara ada misi utama iaitu untuk menjual produk kesihatannya walaupun tahu larangan berjual beli. Dan setelah beberapa kali diselamatkan oleh Ezo, mereka mula berbaik dan persahabatan itu berlanjutan sampailah mereka berlabuh semula di perairan Malaysia.


Kisah cinta Zara-Zariz ni simple je jadi mudah untuk aku ikut. Konflik antara mereka pun muncul lambat, lagi sikit nak habis baru muncul konflik yang memisahkan mereka. Walaupun aku faham dengan keputusan Zara, aku still geram dengan dia yang susah sangat nak letak kepercayaan kepada Zariz. Tapi Zariz, ahhh, walaupun dia undur diri untuk sementara waktu, tapi dia tak lepaskan peluang kedua.  Persistancy, that's what I like about him.


Aku tertunggu-tunggu jugak kisah disebalik parut petir dekat dahi Ezo ni tapi sampai kesudah tak dapat jawapan. Tapi its okay, tak menggangu jalan cerita pun. Cuma berjaya melainkan penampilan Zariz. Buku ni antara buku yang aku akan cari kalau masuk slump mood. Every time, memang berjayala keluar.


-thes