Tuesday 17 September 2024

Bayang Sofea by Teme Abdullah

17 September 0 Comments

Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bayang Sofea

Penulis: Teme Abdullah

Mukasurat: 490

Genre: Misteri, Suspen

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2024

ISBN: 978-629-7665-12-2

Blurb:

"Do you really think you can run from us, Sofea?"

*

Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.


Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya - tetapi dengan harga yang mahal.


Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.


"You've sold your useless soul. We bought it. Now, it's time for us to claim what's our."


Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.


"Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!"


Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan - turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?


Selain Siri Jalanan, karya teme kalini adalah yang paling dekat and relatable dengan hidup kita jadi nak membaca and menghayatinya pun mudah. Dan kalau korang pembaca tegar karya teme, mesti korang pun akan perasan yang buku ni adalah kisah terawal dalam garis masa dunia fantasi teme.


Bayang Sofea merupakan kisah biasa pada awalnya. Seorang pekerja bawahan yang berkaliber tinggi tetapi sering dipergunakan superiornya, Jess. Pertemuan semula dengan Danny, seorang ahli tinju bertaraf antarabangsa mengingatkan Sofea pada sisi lalunya. Perjanjian yang dia buat dengan sebuah organisasi rahsia untuk memajukan diri. Organisasi rahsia yang dahulunya dia berjaya larikan diri dan sekarang muncul menuntut hak mereka ke atas Sofea.


Kerana pertolongan mereka, Sofea perlu patuh dengan setiap permintaan organisasi rahsia itu. Mereka setiasa memerhati, tanpa dia sedar. Kata ganti nama yang lelaki misteri yang muncul untuk berkomunikasi dengan Sofea sangatlah membuatkan aku freak out tanpa sebab. 'Kita'. Ish, aku pun guna 'kita' kalau nak cakap dengan certain people. Ni mereka pulak yang guna kita. Tak comel okayyy.


Cubaan teme menulis genre misteri dan suspens bagi aku sangat berjaya sebab aku sangat hooked dari awal sampai habis. Dengan story pace yang laju tanpa babak yang meleweh, makin lajulah aku baca.  Lagi pulak aku geram dengan Sofea yang langsung tak reti nak terang-terang melawan Jess yang sentiasa pergunakan dia. Boleh pulak dia ikutkan kehendak organisasi rahsia tu untuk jatuhkan  Jess, ish geram sungguh! Dan bila sampai ke kemuncak yang mengubah segalanya, plot twist yang tak terjangka, aku tergamam dan terkaku sekejap. Barulah macam semuanya macam make sense.


Tak cukup dengan genre misteri, teme explore juga genre romantik yang jarang beliau ketengahkan dalam karyanya. Tolak STP, rasanya buku ni je yang ada kisah romance. Haruslah kita adore Danny yang penyayang dan lembut, berbeza dengan kerjayanya sebagai peninju yang lebih kasar. Dan momen ketenangan Sofea hanya ketika dia bersama Danny, just perfect.


Bagi aku, ending cerita Bayang Sofea, sempurna. Walaupun cerita mengenai organisasi rahsia yang mengejar Danny hilang begitu saja selepas plot twist, aku tetap tak ada complaint sebab my perfect ending was second theory (he died, they got to him, they gone). Aku tak setuju dengan teori ketiga sebab watak Bustamin juga akan hilang. Teori keempat pulak akan menghancurkan seluruh dunia fantasi teme ni. Sofea hanya mambayangkan, rantai leher tak wujud, STP gone, KTDD dan Empayar hanya akan jadi satu kemungkinan. Walaupun semua cerita boleh dibaca tanpa baca cerita yang lain dulu, aku lebih suka kalau setiap cerita nampak berkaitan seolah-olah dalam satu universe dengan timeline yang sangat panjang. So yeah, I trusted the safest theory for my peace of mind. Tapi tak dinafikan, ayat terakhir membuatkan aku termenung jauh mengira bintang.


Syabas dan tahniah teme untuk cerita Bayang Sofea ni!

p/s: design cover buku sentiasa membuatkan jantung aku langkau satu beat sebab ingatkan spine patah uhuk

-thes

Sunday 15 September 2024

Bintang Tanpa Nama by Ainulfarihah.

15 September 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Bintang Tanpa Nama 

Penulis: Ainulfarihah.

Mukasurat: 389

Genre: Slice of life

Penerbit: JIWA

Terbitan: 2024

ISBN: 978-629-7561-17-2

Blurb:

Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.


Terpulang - dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.


Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya.


Ilham, penyeduh kopi di kafe 'Kita, Usai' punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara. 


Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi  dalam waktu yang singkat - kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.


Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga.


Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.


Selepas YPPAK yang mncarik-carik hati aku yang membuatkan aku susah nak move on dan sampai sekarang tak sanggup nak baca semula walaupun hati aku meronta-ronta, aku prepare hati dan akal untuk pick up buku ni. One thing for sure, naskhah kali ini bukan untuk semua. Genre slice-of-life yang dibawakan penulis kalini bergerak perlahan yang mungkin akan membuatkan sesetengah pembaca tak suka. Aku sendiri berhenti sekejap untuk kumpul mood.


Aya Sofia berpindah semula ke kota Kuantan atas tuntutan kerja sebagai seorang peguam jenayah. Perpidahan dia juga kerana seorang lelaki bernama Ilham yang bekerja sebagai barista di kafe 'Kita, Usai'. Perkenalan daripada sekolah rendah dan rasa suka yang terpendam lama dalam hati masing-masing merapatkan hubungan mereka. Namun, yang indah dahulu takkan selamanya indah. One turning point menjauhkan mereka yang kembali rapat. Sehingga, semuanya berubah, seharusnya keadaan.


Naskhah ni tidak menyajikan kita dengan plot yang berat mahupun menyayat hati. Ilham mahupun Aya, kedua-duanya menyimpan luka dalam diam. Kisah Ilham dan kisah Aya merupakan kisah cinta dan heartbreak. Kisah yang mereka simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Kisah yang jika diteliti, dekat dengan sekeliling kita. Pertemuan semula mereka membawakan ketenangan dan kegembiraan, walau sementara bak bintang di malam pekat. Naskhah ni, sangat bittersweet. Seolah kau tahu apa yang akan jadi dan bila terjadi, you just accept it because it doesn't hurt as much.


Walaupun naskhah slice of life dengan ketebalan hampir 400 muka surat, aku tak bosan membaca. Penulis bijak mengolah cerita dengan babak-babak yang relatable seperti bertemu guru lama, camping dengan kawan-kawan, dan meddling friends. Dihidupkan lagi dengan momen-momen di mahkamah sementelah Aya seorang peguam yang membuatkan aku sebagai orang awam sangat tertarik. Paling menyenangkan bila takde/kurang legal term yang digunakan without explanation. Jadi, pembacaan aku sangat mudah dengan babak berkaitan kerjaya Aya.


Overall, aku senang dengan kisah Aya dan kisah Ilham. Dan aku nak berterima kasih juga dengan penulis sebab kenalkan aku dengan lagu-lagu dari seberang yang aku tak pernah dengar.







-thes

Friday 13 September 2024

Terang Bulan by Fakhrull Halim

13 September 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Lama dah ek tak update blog huhu




Tajuk: Terang Bulan 

Penulis: Fakhrull Halim

Mukasurat: 293

Genre: Misteri, Psikologi

Penerbit: Prolog Media

Terbitan: 2019

ISBN: 978-967-15370-8-4

Blurb:

Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.


Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

...

Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?


Antara Badar dan Sin, ada satu garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!


Aku salah timing betul masa mula baca buku ni. Bilik kosong sebab rumet balik rumah. Asrama sunyi sebab musim exam. Jam pulak dah dekat dua pagi. Konon nak membaca kasi ngantuk eh terover drive otak sendiri pulak dengan segala senario-senario ciptaan bila takut. Macam-macamlah yang dibayangkan. Makanya teruslah tutup lepas bab 1, buka lampu common area lepastu play yasin sampai pagi hahaha.


Ini kisah Badar, seorang pelajar universiti yang secara tiba-tiba mengalami peristiwa mistik. Dia diganggu oleh makhluk halus yang menyerupai kawan-kawannya. Keadaan semakin buruk apabila dia sedar yang kawannya mati seorang demi seorang. Kunci kepada segala persoalan Badar hanya ada pada Zamir. Ini juga kisah Sin, penyanyi popular yang sinonim dengan simbol seksual yang punya segalanya. Dalam kemeriahan hidupnya, Sin terasa kosong dan tekad untuk membunuh diri. Pertolongan yang dihulurkan Zarul disambut baik. Dan antara Badar dan Sin, ada satu garis halus yang memisahkan. 


Aku cuma tahu cerita ni berkenaan dengan addiction, jadi aku sangka tag 'Bacaan Matang' tu merujuk kepada apa-apa yang berkaitan dengan addiction. Tak sangka pulak aku ada babak seram borderline gore yang dah serupa cerita fixi haha. Sangat descriptive ya babak-babak kematian kawan-kawan Badar. Kalau movie ni aku tengok dari celah jari, ni nak membaca cemana hahaha. Pasrah je la nokk.


Untuk sebuah novel yang membawakan tema yang tabu, aku ucapkan tahniah kepada penulis atas keberanian dan kejayaan novel ni. It was executed nicely. Dalam takut-takut aku, tetap gigihkan diri habiskan buku ni sebab ceritanya sangat gripping. Paling aku suka, tiada babak yang meleret-leret dan ceritanya yang fast paced dengan hantu yang mengejar Badar, Sin yang mahu lari dari realitinya, identiti sebenar Zamir dan juga pertolongan Zarul, semuanya disusun dan diceritakan dengan cantik. 


Untuk sebuah naskhah yang kurang dari 300 mukasurat, buku ni berjaya menimbulkan pelbagai rasa. Seram dengan hantu yang mengejar Badar, geli-geleman dengan Sin, bengang dengan Raden Mustafa, bersyukur dengan Zarul dan Rahman, kesian dengan Badar dan akhirnya gembira untuk Sin. Cukup, lengkap segala rasa. Kudos penulis! Looking forward for your next project!


Buku ni sangat worth reading and tak menyesal aku baca! Cuma kalau korang jenis penakut macam aku, bacalah waktu siang hari haha. Done pesanan khidmat masyarakat. 





ps: cover lawa gila!

-thes