Friday 29 July 2022

Lockdown Moment by Ayeshah Amani

July 29, 2022 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Selamat berhujung minggu~ Meh mulakan cuti anda dengan review saya muehehe.

 

Tajuk: Lockdown Moment

Penulis: Ayeshah Amani

Mukasurat: 533

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2021

ISBN: 9789838221313

Blurb:

Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan.

Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baru dalam hidupnya.

Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam.

“Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?” – HAIDER

Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf?

“Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati.” – HAIRA SOFIA

“Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu.” – LUTH ASYRAF

Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagiaan perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga?

Luth Asyraf… Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan.

Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya?

Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru… atau mereka berdua?

Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.


Kerana rasa sebuah tanggungjawab ke atas nyawa seorang wanita, Luth Asyraf mengangkat Haira Sofia sebagai isteri. Haira, kerana berada di tempat dan masa yang salah, dia terjerat sama dalam permainan nyawa antara Luth dan musuhnya, Haider. Yang seorang bekerja sebagai seorang tentera dan seorang lagi sebagai jururawat. Based on tajuk, memang tahulah setting masa adalah masa PKP yang total lockdown tahun 2020 dulu.


Watak Luth Asyraf, cold, emotionless sewajarnya seorang ketua askar. Despite that, dia seorang yang penyayang and quite warm. Especially after dia dengan Haira kahwin, boleh kata dia ni mat sweet jugak la kot. Haira on the other hand, is the perfect match for Luth. She's strong, tak mudah menyerah dan yang penting, dia sumber kekuatan Luth. Tapi, aku sebenarnya tak berapa feel dengan kemesraan dua watak utama ni, taktahula mana silapnya, aku tak rasa mereka punya chemistry.


Memandangkan ni novel pertama daripada penulis, aku rasa banyak benda yang boleh ditambah baik, terutama bab penggunaan tatabahasa English memang kena banyak improve. Kalau satu dua boleh la aku nak lelap mata je baca, aku pun grammar hancus jugak tapi ni sampai mengganggu fokus untuk aku baca, oh rasanya memang kena check balik la. 


Bab pengolahan dialog antara watak, aturan cerita pun boleh diperbaiki lagi. Tapi, aku memang tak jangka plot twist tu. Masa tu memang macam eh? Kau? Ha gitu. Tapi even dengan plot twist tu pun aku still rasa macam eh, ending ceni je? Agak mengecewakan jugakla untuk final confrontation tu, sangat anti-climatic bagi aku given apa yang antagonist buat geram pulak rasa. Dan something yang aku sayang sangat is how penulis tak gambarkan dengan lebih mendalam tentang pengorbanan frontliner masa total lockdown dulu. Serious aku rasa agak kecewa jugakla dekat situ.


Overall, it was a bit meh for me. Banyak ruang untuk penulis tambah baik berkaitan novel ni. Sebab novel ni sangat hype dekat IG masa mula-mula released dulu so aku ada expectation yang tinggi. Tapi realitinya tak tercapai pun. But the idea is there so maybe next novel will be better than this. Lagipun e-book daripada penulis ni yang aku pernah baca aku rasa her writing is good. So, kita tunggu next novel.


-thes

Tuesday 26 July 2022

Qasidah Buat Khadijah by Hana Ilhami

July 26, 2022 4 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Aku septutnya post entry ni semalam tapi sebab mental tak berapa okay semalam, aku pun tak jadi pos hehe.





Tajuk: Qasidah Buat Khadijah
Penulis: Hana Ilhami
Mukasurat: 761 pages
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2022
ISBN: 9789674691929
Blurb: 

MUHAMMAD: Mempunyai ilmu agama yang tinggi, ditambah dengan 30 juzuk al-Quran di dalam dada, bukanlah bermakna dia tak boleh jatuh cinta. Cinta itu milik setiap insan. Apa yang penting iman dan takwa dijadikan sempadan agar tidak tersasar.

"Khadijah juga tak cantik." - ZULAIKHA

"Mempunyai al-Quran di dalam dada, merupakan satu kelebihan yang tiada tandingnya. Tentu saja Khadijah lebih cantik dari segala-galanya mak cik. Itu sudah mencukupi bagi saya." - MUHAMMAD

Malangnya, pinangannya ditolak dan gadis idamannya lari jauh ke Yaman.

KHADIJAH: Anak kedua kepada pasangan Zulaikha dan Yusuf itu merupakan seorang yang keras hati dan kuat memberontak. Segala kerenahnya membuatkan pasangan itu pening kepala. Namun begitu, otak Khadijah cerdas. Dia berjaya menamatkan hafazan al-Qurannya dalam tempoh yang lebih pantas berbanding rakan-rakan madrasahnya yang lain.

"Abi nak ingatkan Khadijah, jangan sesekali buat hal dekat sini. Kalau Khadijah call aje umi atau abi kata nak balik, abi akan terus terima lamaran Muhammad." - YUSUF

Gara-gara pinangan Muhammad, Khadijah kini tercampak jauh di Tarim yang dikenali sebagai Bumi Seribu Wali. Tarim merupakan pusat ilmu dan pentarbiahan yang hebat. Namun bagi Khadijah, Tarim merupakan bumi tandus lagi mundur. Sudahlah pasar rayanya ala-ala Chow Kit dan tiada barangan berjenama, nak melayari Internet pun sebulan sekali saja dibenarkan. Merasakan dirinya terbuang, Khadijah nekad memutuskan hubungan dengan keluarga. 

"Kita nak cari mamat Arab handsome kat sini. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah." - KHADIJAH

Demi menyatukan semula Khadijah dengan keluarganya, Muhammad melakukan sesuatu yang di luar pemikiran. Melalui Anggerik Desa,  Muhammad dapat mengetahui segalanya tentang Khadijah. Khadijah memberitahu Anggerik Desa yang dia sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki Yaman. Tampan dan berkerjaya sebagai doktor. Fikiran Muhammad semakin kacau apabila dia diminta menguruskan madrasah Pak Cik Sahar, iaitu sahabat baik bapanya. Tak hanya menjadi mudir, Pak Cik Sahar mahukan dia jadi menantu!

"Apa salahnya? Budak Aida tu tak lama lagi tamat belajar. Eloklah kalau kita masuk meminang sekarang. Habis saja hujung tahun ni, terus kita langsungkan perkahwinan mereka." -RAOF

Perlukah Muhammad mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan Khadijah atau menjadi anak yang taat? Akan terdendangkah qasidah khas buat Khadijah?

Kisah cinta yang berpasakkan pada pengharapan dan ketentuan Yang Maha Kuasa. Muhammad, seorang  hafiz dan juga pelajar alim yang secara tak sengaja telah terjatuh hati pada Khadijah, adik kepada kawan baiknya, Abdul Rahman setelah mendengar Khadijah menyanyi. Muhammad yakin Khadijahlah jodohnya, lantas dia melamar Khadijah melalui ibu bapa Khadijah. Dan lamarannya ditolak mentah oleh Khadijah. Dan kerana lamaran itu, Khadijah di hantar jauh ke Yaman untuk melanjutkan pengajian alimah. 

Walaupun tiada babak yang menemukan Khadijah dan Muhammad secara bertentang mata (literally ada satu babak je) aku tetap terhibur dengan interaksi mereka yang menggunakan pengantara. Comel sungguh la. Khadijah yang sedikit kebudak-budakan dan Muhammad yang matang, waduhh, gawat hatiku dengan telatah mereka berdua ni. Kalau masa tak bertentang mata pun dah comel, haih, babak yang mereka bertemu empat mata lagilah cute habis!

Konflik yang tertimbul pun taklah berat dan memeningkan kepala jadi aku sangat enjoy membaca. Penggunaan platform Facebook yang Muhammad guna untuk menyebarkan dakwah banyak mengingatkan aku pada novel penulis sebelum ni, MSMN. Masa Muhammad menyamar jadi Anggerik Desa untuk dekati Khadijah pun alahai, gigih sungguh dan bijak sungguh. Watak sampingan pun banyak memainkan peranan since Muhammad dengan Khadijah ni tak pernah berhubung secara langsung, melainkan melalui Anggerik Desa. Especially, Fatimah, adik Khadijah. Walaupun Fatimah sendiri takde babak yang bercakap secara langsung dengan Muhammad tapi sebab dia sentiasa ada di latar belakang semasa watak lain tengah berbincang, so dia macam spy Khadijah jugak la untuk menyampaikan berita dari Malaysia.

Aku jatuh hati sungguh dengan buku ni. Walaupun mencecah 700+ mukasurat, ia tetap penuh dengan pengisian dan tiada satu saat pun yang aku rasa penceritaannya meleret. Sungguh penuh dengan ilmu dan. Suasana di Tarim juga digambarkan dengan terang, memudahkan aku untuk membayangkan suasana di kota seribu wali tu. 

Setelah beberapa tahun, akhirnya Hana Ilhami kembali mengeluarkan karya baru. Walaupun beliau pernah update beberapa bab dekat Facebook Pagenya, tapi aku tak selalu buka FB, jadi aku tak pernah baca. Walaupun agak lama menyepi dari dunia penerbitan novel, karya beliau masih mampu memukau aku. Bayangkanlah, dua jam setengah aku naik ETS untuk balik ke rumah, langsung aku tak mampu nak berhenti baca. Highly recommended. 

-thes

Sunday 24 July 2022

Pitch Perfect 3 [2017]

July 24, 2022 2 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Well, we got another movie review and it is the third instalment of Pitch Perfect!






Title: Pitch Perfect 3
Runtime: 93 minutes
Genre: Comedy, Musical
Director: Trish Sie
Writer: Kay Cannon
Released year: 2017
Related title(s): Pitch Perfect 1Pitch Perfect 2
Casts: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Brittany Snow, Anna Camp, Hailee Steinfeld 
Plot:

Aside from Emily who are still in collage and part of the official Barden Bellas, the group had now graduated and face the real world of working. When the Bellas reunion was not what they expected - to sing again, Aubrey had an idea to have one last performance for the group and that is by joining an overseas USO tour. They now faced a singing competition to open for DJ Khaled on the last tour with groups that used not only their voices but also instruments.

Trailer: 



 The Bellas gang is back and this third and final (as of now anyway) instalment of the franchise is a blow up. The beginning part of the movie we could see that Beca had really became a music producer, a career that she really desires. It however is not as exciting as she thinks it is and finally went freelanced. How the other Bellas were doing was also being flashed in one scene and that was enough for me. 

The Bellas now got even more challenges from the previous competition whereby now they had to win DJ Khalid using only their voices while competing against the loud instruments that other groups are using. And of course their main competitors would be Evermoist whose members' name were rhymed with -ity. 

The unexpected plot when Fat Amy met with her daddy after running away from home when she was 18 really hooked me up. The twist and turn of that journey was really great. So much laughter came out from that scenes. The song choices used in the movie were great, as usual and I really enjoying myself watching and singing at the same time.

Both last Bellas performances in both PP2 and PP3 are very emotional for me. In PP2, the last performance screams that the Bellas legacy will still continues with Emily taking the last spotlight and the last performance in the PP3 screams that no matter what, they would still be here and ready, with Beca going solo. And god, that performance got me teary and so choked up with emotions. It feels like they are really ending it all.

To my disappointments was that there was no mentioned of how the Treblemakers were doing because they pretty much is a big part of this film in the first movie. All we know is that Jesse and Beca were no longer together, Amy and Bumper were no more and Benji... Well, I don't know about Benji since there was no mentioned of him. So yeah, if there was one thing I could to the plot is the boys part of story. Oh yeah, the post credit scenes were brilliant, Aubrey's dad showed up, Chloe finally got a guy (I have been waiting for this to happen, really), and Beca will not only produce but also start becoming a singer. And and the behind the scene clips from all previous production, gotta love that.

-thes

Friday 22 July 2022

Pitch Perfect 2 [2015]

July 22, 2022 4 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Here we are, the review for the second instalment of the Pitch Perfect.




Title: Pitch Perfect 2

Runtime: 115 minutes

Genre: Comedy, Musical

Director: Elizabeth Banks

Writer: Kay Cannon

Released year: 2015

Related title(s): Pitch PerfectPitch Perfect 3

Adaptation from: Pitch Perfect by Mickey Rapkin

Casts: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Brittany Snow, Hailee Steinfeld

Plot: 

Beca is now the leader of Barden Bellas and she is graduating soon. After a disastrous performance in front of the USA's president and the whole country, the Bellas is now a laughing stock of the acapella community. As the university viewed the incident as something that tarnish their reputation, the Bellas was banned to go on their tour and activities. The only chance of them redeeming themselves was by winning the international competition where they must competes against other groups from another country as well as their new found rival from Germany, the Das Sound Machine. All in while, Beca is struggling to find balance between her time composing a new demo song for her boss at her internship company and spending time with her fellow Bellas.

Trailer: 



Here we are, getting ready to get a pitch slapped, again! The second installment views another complication in Beca's life as she is going to graduate soon after three years of hard work in collage and being a reining champion of the ICCAC. Compared to the first movie in the instalment, I gotta say, this one had a more well-structured with the plot as well as the performance.


Just like I mentioned in the previous review, Beca's character was a kind and good character and in this second instalment, her character speak for herself. I mean, she can't even say anything bad to the DSM's girl main vocalist. It was so funny seeing her trying to insult the girl and her team on her face but ended up giving her praises.


As the Bellas was not allowed to held an audition for new members, the unexpected Emily, a legacy came to them. Emily is a cute character I would say. Nothing much but her involvement opened up a new floor for the Bellas to win the world acapella competition. And surprise surprise, Benji got himself someone to impress. And the romance between Fat Amy and Bumper was kinda unexpected for me because Bumper does not seem like a character of commitment but okay. As for Beca and Jesse, nah, there was much of them so maybe that is the element of romance wasn't really a focused for this instalment.


Even though once again we did not have the scenes where the Bellas rehearsed for their performance, this time we actually got to see their bonding time together to find their sound again. And I actually quite like that even better. Well, I just realized that if there was the scene of them rehearsing for their performances, there will be no element of surprise for the performance, so yeap, I'm taking out my wish to see them rehearsing. 


As I said, the Bellas performance was even better in this instalment, especially the last one. It was really memorable and well, I have goosebumps all over me when they started singing 'Flashlight'. It was a really nice touch. And I am not expecting that post credit so, better stick around during the credits!


For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes



Thursday 21 July 2022

Barith Can’t Unlove You by Mell Mariann

July 21, 2022 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Barith Can’t Unlove You

Penulis: Mell Mariann

Mukasurat: 480

Penerbit: Tinta Mell Enterprise

Terbitan: 2021

ISBN: -

Blurb:

Bernikah tanpa pengetahuan keluarga di bumi Landon. Itulah permulaan kisah mereka. Barith atas kepentingannya sendiri. Manakala, Tasneem atas alasannya sendiri.

“I akan beri apa yang you mahu bila-bila masa saja you mahu tapi dengan dua sayarat. Marry me and give me money.” – TASNEEM

Melayari kehidupan bersama, tanpa mereka sedar cinta makin bercambah di hati. Namun ego dan rasa takut dilukai membuat Barith mahupun Tasneem memendam perasaan sendiri. Kerana salah faham, mereka akhirnya terpisah jua.

“Tasneem binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – BARITH

Bertahun-tahun berlalu. Mereka ditakdirkan bertemu semula tanpa diduga kala masing-masing masih solo lagi.

“Look Barith. You dah janji kan? Kita tak akan berjumpa lagi. You lupa?” – TASNEEM

“I masih percaya yang dunia ni bulat Cik Tasneem. Sebab tu kita bertemu semula.” – BARITH

Bagi Barith, pertemuan mereka adalah jawapan istkharahnya. Tetapi, bagi Tasneem pula benyak lagi rahsia yang tersimpan kemas dalam hati. Adakah kisah mereka bakal bermula sekali lagi setelah satu demi satu punca salah faham antara mereka sebelum ini mula terungkai?


Setelah jumpa adik, now kita jumpa abang dia pulak. Kisah Tasneem dan Barith, a second chance romance. Kerana masalah kewangan, Tasneem yang menuntut di London sanggup melamar Barith, seorang penuntut dari kalangan keluarga berada di universiti sama. Tasneem akan ikut apa sahaja yang Barith suruh dengan syarat dia akan dapat duit. Dan kehidupan berkeluarga mereka pun bermula. Aku suka baca momen mereka semasa di London, terasa indah dan seronok dengan kisah mereka. 


Keindahan perkahwinan ini musnah tatkala kurangnya komunikasi antara Barith dan Tasneem. Yang seorang ego tinggi melangit, yang seorang suka berandaian dan simpan sendiri. Dan kemenanganlah bagi mereka yang berusaha memisahkan hero dan heroin ni bilamana Barith menceraikan Tasneem denagn talak satu. 


Sepuluh tahun. Satu tempoh yang singkat tapi mengubah segala. Majlis perkahwinan sepupu Tasneem menemukan semula Barith dan Tasneem. Barith nekad, bekas isterinya harus dipikat semula (well, lepas dia yaki Tasneem takde pengganti dia)! Kalau dulunya Barith seorang yang dingin, tinggi ego, baran dan kuat cemburu Barith yang sekarang lebih lembut, ramah, sweet dan... masih kuat cemburu. Lagi-lagi melibatkan Tasneem. Dan Tasneem yang sekarang pun bukan lagi Tasneem yang dulu yang sentiasa mendengar cakap Barith, yang sekarang lebih keras dan tak mudah terpedaya dengan mulut manis Barith. Nahh, inilah masanya untuk Mak Teratai beraksi! Geli hati aku dengan watak Mak Teratai merangkap mak Tasneem ni. Mudah je dia nak terima lamaran Barith untuk Tasneem sebab anak dia tu tak kahwin-kahwin! 


Aku seronok dengan perjalanan kisah Barith untuk tackle Tasneem ni dalam seronok dia menyakat Tasneem, terselit harapan untuk diterima semula. Juga merungkai asbab perpisahan mereka dalam pernikahan pertama dulu. Perselisihan faham antara mereka, juga apa yang terjadi dalam tempoh perpisahan 10 tahun tu dirungkai sedikit demi sedikit. 


Sangat cantik olahan penulis menceritakan kisah Barith dan Tasneem. Ditambah pulak dengan watak tambahan macam Nilam dan Shahril yang menambah perisa dalam kisah mereka. I love! Dan kewujudan plot twist yang berjaya membuatkan aku ternganga seketika membuatkan aku susah untuk move on dengan kisah Barith dan Tasneem ni. 


-thes

Tuesday 19 July 2022

Pitch Perfect [2012]

July 19, 2022 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest! Been so long since my last movie review even though I definitely had watched so many movies in between this gaps. Especially since this last two weeks, I have marathon quite a number of franchises solely for my joy but I am so sorry that I could not share my thoughts on those movies because I don't make any kind of notes. Anyway, let's move on to this review.



Title: Pitch Perfect

Runtime: 112 minutes

Genre: Comedy, Romance, Musical

Country/Language: United States/English

Director: Jason Moore

Writer: Kay Cannon

Released year: 2012

Related title(s): Pitch Perfect 2, Pitch Perfect 3

Adaptation from: Pitch Perfect Novel by Mickey Rapkin

Casts: Anna Kendrick, Anna Camp, Brittany Snow, Rebel Wilson, Skylar Astin

Plot: 

Beca, a collage freshman who wanted absolutely nothing to do with collage was cajoled into joining Bellas Barden, one of the four acapella groups in the university. Beca wants to be a DJ living in L.A but her father was adamant that she try out collage for one year before making her decision out of it. When Chloe, the second in command in the Bellas overheard Beca's singing, she encourage her to auditioned for the group. Feeling the pressure of the failure from the previous year, Aubrey, the senior and leader of Bellas became more pressing on the newcomers especially Beca since they both had different of how to win the International Championship Collegiate A Capella (ICCAC) and simultaneously take down the reigning kings, The Treblemakers, an all boys acapella group from their university.

Trailer: 


Pitch Perfect is one of those movies that been in one comfort watch and it definitely will be on mine. I am a big fan of musical type of movie hence why this movie will be on my comfort watch list. When Beca first came onto the screen, I personally thought she will be ruder and nastier, probably because of her make up and all the music mixing before getting in the taxi. But girl, she is a great character. I was thrown off when she actually greeted her roommate first and well, got ignored. 


Though I don't really enjoyed acapella but with the way they incorporated the songs was truly enjoyable. The performance was also very exciting and got me feeling myself. I just hope to see more of them training on the choreographies than just throwing it all out there. 


I think Fat Amy was probably everyone's favorite and dude, I like her too. She is so hilarious and her comments often make me laugh. Oh, the comedy in this comedy were actually are comedy. And surprise surprise, I actually loves one another character other than Beca and Fat Amy. Oh two actually. It was Chloe. I love how she doesn't actually just listen to what Aubrey said to do and instead make her own decision, like inviting Beca to the auditioned despite Aubrey's reluctance. She got spine, unlike those other school chick-flicks whereby the nasty so called queen bee with spineless underlings. The other character that I enjoyed was Lilly, you know, that weird Asian girl. Her weird comments at mostly unrelated timing managed to cracked me up. I guess I am just a little easier to laugh tonight.


The chemistry between Beca and Jesse was there and I really enjoyed their flirting. It however probably needs a little more development because even though they are like got the chemistry going, their characters don't actually feels like it would lead to a romantic relationship. It was more like harmless flirting of some sort. Anyway, this is just my opinion.


Overall, if you are willing to overlook those complicated plot lines and character developments, you might as well get on with the music of this movie. It was a perfect pitch (ha! lame)! Just I wonder, who actually wins the ICCAC? Did I miss it?


For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes

Thursday 14 July 2022

Carl Love With Benefits by Mell Mariann

July 14, 2022 2 Comments

Assalamualaikum, good day dearest! Memandangkan cuti lama, aku plan a weekly #bookreview update, wuhuuuu. Nak menghabiskan review novel yang bertangguh lama la katakan. Dalam masa sama, aku akan cuba juga share content lain macam review movie and k-drama (walaupun last time aku tengok k-drama is March lepas huhuhu).

Tajuk: Carl Love With Benefits

Penulis: Mell Mariann

Mukasurat: 395

Penerbit: Tinta Mell Enterprise (self-publish)

Terbitan: 2021

Related: Barith Can't Unlove You

ISBN: none

Blurb:

Kerana sebuah dendam kepada si ibu tiri, NATALIA menculik CARL ASLAN, jejaka yang dirasakan boleh membantunya dalam menjalankan misi dendamnya. Bagi, Carl, jatuh imejnya jika umum tahu dia diculik oleh seorang gadis. Tapi yang lebih mengharukan, pesona seorang Natalia tak mampu Carl menolak pergi.

“Apa lagi benefit yang aku dapat selain dari tu?” – CARL

“Me.” – NATALIA

Pada Natalia, she had nothing to lose. Asalkan si ibu tiri tak dapat apa yang dihajati. Natalia sanggup lakukan apa saja! Namun, di sebalik kerjasama mereka berdua. Ada satu jalinan rasa yang membelit jiwa dan raga. Tetapi Juwita yang selalu ada dalam hubungan mereka, membuat Natalia makan hati dalam diam.

“Awak cuma dapat jasadnya saja, Natalia. Hati dan cinta Carl dari dulu cuma milik saya.” – JUWITA

Dalam mereka mahu mengakui cinta satu tragedi telah merenggut semuanya.

“Aku minta maaf Natalia… Aku tak boleh, aku tak boleh jadi suami yang baik. Aku tak boleh.” – CARL

“Then what should I do, Carl?” – NATALIA

Apakah selamanya bahagia takkan pernah menjadi milik mereka?


Daripada tajuk je dah boleh agak yang cerita novel ni agak kebaratan tapi masih boleh untuk aku terima baca. Cumanya untuk under 18 macam kurang sesuai  sebab ada sexual innuendos. 


Pertemuan pertama hero-heroin, masa tengah berebutkan teksi di New York, kalau aku tak salah. Pertemuan kedua? Oh darling, jejaka terhebat idaman Malaya diculik seorang gadis! Kerana nak mengelakkan cerita dia, Carl yang digilai gadis-gadis bersetuju untuk mengambil Natalia, perempuan yang menculiknya sebagai isteri, well, setelah dijanjikan beberapa benefits daripada Natalia. 


Natalia, heroin yang daring. Selamba badak dia je culik Carl semata-mata nak menjalankan misi dia, tapi bijak jugak sebab misi dia berjalan lancar! Cumanya sebab dia menculik Carl ni agak questionable dan menjadi teka-teki lama jugakla sampai aku rasa nak campak je sebab frust hehe. Carl, walaupun dia ni digilai ramai perempuan tapi dia tak layan perempuan, lagi-lagi yang seksi macam Natalia. Kenapa? Well, baca sendiri. Walaupun dia mulanya layan Natalia ni dingin dan kasar (kasar la sikit sebab minah ni culik dia kot) tapi lama-kelamaan dia makin jatuh hati dengan Natalia. There's so much of her than the surface gitu. 


Konflik yang diketengahkan dalam novel ni ada pasal family dan juga orang ketiga. Bagi aku, berat juga la konflik keluarga ni bilamana kedua-dua hero dan heroin ada masalah dengan family mereka sendiri lepastu tambah lagi dengan perkahwinan untraditional mereka, hah, memanglah menempah masalah. Tapi, aku sukakan part resolution pada konflik mereka. Loves how penulis melakar perjalanan dua watak ni ke arah yang lebih baik. Aku suka dengan konsep necessary separation antara Natalia dengan Carl. Walaupun berbaldi jugaklah aku menahan perasaan (dan air mata).


All and all, aku sangat suka dengan cerita Carl-Natalia ni. Penuh dengan pelbagai rasa juga banyak pengajaran yang boleh diambil. Seronok juga membaca momen-momen jeles Natalia dengan hubungan Carl dan Juwita juga cemburu Carl pada hubungan Natalia dengan bodyguard dia (maaf saya lupa nama awak!). Dan aku rasa aku secara tak sengaja dah bagi spoiler dekat diri sendiri tentang cerita Barith haha, mana aku tahu Barith dulu baru Carl. 


-thes

Monday 4 July 2022

The One by Melur Jelita

July 04, 2022 4 Comments
Assalamualaikum, good day dearest! Been so long! Hehe, review ni sebenarnya dah lama dah habis type tapi tulah, rasa macam kena peram untuk masa akan datang, eh? Hehe. Memandangkan aku tinggal satu paper je lagi yakni lusa dan aku bakal mula cuti 3 bulan jadi marilah mula post #bookreview.




Tajuk: The One
Penulis: Melur Jelita
Mukasurat: 1211 pages
Penerbit: Anggun Melor
Terbitan: updating.....
ISBN: 9789671844915
Blurb: 

"Kalau saya jadi bunganya?"
"Saya jadi tukang cantasnya!"

"Kalau saya jadi cincinnya?"
"Saya jadi tukang gadainya!"

"Kalau saya jadi kumbangnya?"
"Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!"

Dalam melayari alam rumahtangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumblebeenya.

Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumahtangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

"Mengenalinya... baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit... masih ada insan yang sanggup berkorban... masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan... meminta nama mereka diabadikan di jalan... meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan... sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh... Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran." - Maryam

"Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui..." - Maryam 


Kerana usaha Irvan memikat Maryam, si isteri yang masih janggal menerima abang sepupu yang selama ini hanya dianggap sebagai seorang abang, Maryam perlahan-lahan menerima. Bab awal-awal ni berbunga perasaan gue membaca kegigihan Irvan untuk pikat Maryam. Dan Maryam sendiri, dah mula move on daripada Riyaz. Time ni, Irvan memang sweet habis! Tapi masih ada jugaklah dia punya bangga diri tu, gerammm je rasa. Konon yang terhebat, the one lah katakan!


Saat dia mula menerima dan menyayangi sebuah perhubungan, badai mendatang. Ahhh, ralat sungguh aku. Sangat aku tak sangka dengan penipuan dan rahsia yang disimpan oleh orang terdekat Maryam. Walaupun semasa aku membaca 'The Unsung Hero', macam boleh agak ada rahsia yang disimpan bak dan bunda tapi aku tetap terkaku. Oh, kasihan sungguh kau Maryam! Ditambah pulak dengan rahsia yang disimpan Irvan arghhhh, lagilah aku kasihankan watak Maryam ni. Kerana harga sebuah kepercayaan itu diambil remeh, Maryam semakin lama semakin jauh. 


Perubahan Maryam yang pada mulanya aku faham dan boleh terima tapi lama kelamaan makin membuatkan aku rasa menyampah. Tapi aku tak salahkan Maryam dan dalam masa yang sama aku juga tak salahkan bak, bunda dan Irvan. Cuma, itulah, kerana kepercayaan yang diletakkan pada mereka telah hancur musnah, maka rapuhlah perhubungan. Sayu sangat membaca certain parts, lagi-lagi yang melibatkan bak dan Cahaya. Bila adanya ruang antara Irvan dan Maryam, ada pulak yang cuba untuk menyelitkan diri dalam ruang itu. Ahhh, satu lagi part yang aku tak sangka. Mulalah aku mempersoalkan mengapa dan mengapa. Eh, rasa nak terajang je mereka yang support manusia ni masuk jarum menjauhkan Maryam dengan Irvan sedangkan mereka tu suami isteri. 


Sungguh, sambungan TUH ni sangat menguji emosi dan kesabaran. Macam-macam yang berlaku. Nasib baiklah ada pengimbang iaitu si Haziq gojes dengan mak bidan tu (alamak aku dah lupa namanya tapi yang va va voom tuuu, rumah tepi balai bomba kalau tak salah). Memang cukup menghibur hati kalau ada babak si Haziq ni. Tapi kalau sampai mulut celupar dia tu, hah, menggelupurlah semua!


Highlight novel ni? Bab pekerjaan Irvan sebagai anggota VAT 69. Novel ni menceritakan dengan lebih mendalam tentang pekerjaan Irvan yang penuh misteri ni. Seriously best. Yang paling best penulis masukkan tentang insiden pencerobohan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa ni berlaku masa aku masih di sekolah rendah jadi ingatan aku agak samar-samar. Dan bila aku baca apa yang tertulis dalam novel ni, sangat-sangat menakutkan. Dengan garapan allahyarhamah MJ yang sangat teliti dan diselitkan juga dengan fakta-fakta yang berlaku semasa kejadian, menjadikan setiap babak semasa pertempuran ni terasa real. Seronok. Sungguh!

-thes