Monday 27 February 2023

Mengejar Mimpi Sempurna by Auni Zainal

February 27, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!


Tajuk: Mengejar Mimpi Sempurna

Penulis: Auni Zainal

Mukasurat: 359

Genre: Fantasi, Keluarga, Rentas Masa

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459477

Blurb:

Nadiah mahu mengubah takdirnya.

Khalis mahu mengawal hidupnya.

Kedua-duanya mahukan kesempurnaan.


Nadiah mengabaikan Khalis ketika mereka kehilangan anak. Saat tersedar, semuanya sudah terlewat. Bergelut dengan rindu dan sesal, sebuah diari merah seolah-olah menawarkan harapan. Tidak semena-mena, Nadiah terlontar ke 'masa lalu'. Nadiah bingung sehinggalah dia menyedari bahawa dia masih berpeluang menyelamatkan hubungannya dengan Khalis. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila orang lain pula yang menerima padah.


Khalis pula terhimpit dengan masalah keluarga. Berbapakan lelaki tidak bertanggungjawab, dialah yang terpaksa menyara mereka. Khalis percaya bahawa nasibnya hanya akan berubah dengan usaha keras. Manusia tiada kuasa, doa tiada makna. Tanpa diduga, ego dan prasangkanya hampir mengorbankan diri sendiri.


Pada takdir kali ini;


Mengapa Nadiah harus kehilangan lagi?

Dan adakah usaha Khalis mampu melindungi?


"Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Dia mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal, Khalis..." - DIARI NADIAH


Mengejar Mimpi Sempurna merupakan revamp version of Sekali Lagi, buku pertama penulis. Aku tak pasti apa bahagian yang diubah dan ditambahbaik sebab aku tak pernah baca buku pertama tu. So, fokus review ni memang hanya pada versi ni sahajala.


Permulaan cerita novel ni agak mendatar tapi untuk aku letak buku ni sangatlah susah. Mungkin kerana aku jarang jumpa buku Melayu yang gunakan tema time travel. Kedua, watak Nadiah yang dalam keadaan kurang stabil setelah kehilangan anak dan suaminya, Khalil dalam jangka yang singkat dan dengan kesempatan kedua yang diberi, membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dia akan lakukan. 


Aku suka dengan penceritaan penulis dan gaya penulisannya. Mudah nak faham dan tak berpusing-pusing jalan ceritanya. Konsep rentas masa dalam buku ni pun best untuk diikut. Apa yang aku expect, semua tak jadi. Walaupun konsep yang biasa guna dalam movie dan drama, tetap ada originality daripada penulis.


Emosi aku baca buku ni, tak payah cakap la. Memang roller coaster habis.  Duk meleleh air mata masa Nadiah first time jumpa orang-orang tersayang dalam masa lalu, bengang dengan Khalil sebab dingin dengan Nadiah sedangkan dia tak salah, nervous sebab taktahu siapa dalang yang cuba cederakan Nadiah, dan of kos rasa mengharap akan ada happy ending untuk Nadiah. Semua ada! Babak-babak aksi, suspen yang aku tak jangka ada pun ada terselit, wow sekejap!


Ending... Hmm.... Tak aku sangka. Anyway, aku suka dengan cerita buku ni. Best! Pengajaran dari cerita Nadiah ni pun, padu! Dan akhir sekali, peluang kedua, tak semua orang terima. Jadi, gunakan sebaiknya kalau anda diberikan peluang tersebut.



-thes

Friday 24 February 2023

Komik Karier: Cikgu Akbar - Semangat Setiakawan Menghadapi Kes Buli

February 24, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Cikgu Akbar Semangat Setiakawan Menghadapi Kes Buli

Penulis: Hasif Rayyan

Pelukis: Ariftdesign, Arsyari Adnan

Mukasurat: 175

Genre: Komik, Kerjaya, Fikyen, Perguruan

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459583

Related title(s): Komik Karier - Doktor Johari, Komik Karier - Psikologis Imran

Blurb:

Akbar - seorang guru muda bervisi besar. Sebaik sahaja ditugaskan sebagai guru Tingkatan 4 Saga, dia sudah teruji apabila pelajarnya, Nadim sudah sebulan tidak hadir ke sekolah. Menurut Ikram, Nadim tidak hadir gara-gara tidak tahan dibuli Furqan. Berang dituduh, Furqan yang panas  baran langsung membelasah Ikram. Tidak semena-mena Cikgu Akbar turut terkena tempiasnya.


"Tapi kalau cikgu tak jumpa Nadim, lambat-laun keadaan akan jadi lebih buruk untuk dia juga."

"Itu bukan urusan kau!"

"Pelajar kelas saya bakal dibuang sekolah, itu awak kata bukan urusan saya?"


Risau akan keadaan pelajarnya, Cikgu Akbar bertekad untuk menyelesaikan kes buli di kelasnya supaya Nadim dapat kembali ke sekolah.


Apakah punca sebenar Nadim tidak hadir ke sekolah? Mampukah Cikgu Akbar menyelesaikan masalah pelajarnya dengan adil?


Komik last dalam siri (errr, siri ke eh?) Komik Karier by Iman Pub mengenai karier sebagai seorang guru. Tak se-fancy kerjaya seorang doktor dan psikologis tapi cukup mencabar. Tiada guru, maka tiadalah doktor dan psikologis. Jadi, sebelum aku mula bagi kata-kata penghargaan buat insan bergelar guru, back to the review.


Tak dinafikan, aaku paling enjoy and have fun baca kisah Cikgu Akbar berbanding dua komik lain. Mungkin kerana ianya komik yang paling panjang, memberi ruang untuk aku appreciate jalan ceritanya yang tak rushed dan watak-watak untuk lebih menyinar.


Dan tak dinafikan juga, antara tiga komik karier, yang ni yang banyak buat aku stress. Hehe. Bukan apa, stress dengan Furqan yang asyik la membaran, dengan Nadim yang asyik berahsia, Iqram yang super annoying dan juga mak Iqram yang of course terlebih annoying. Pendek kata, semua watak selain Cikgu Akbar ni menggeramkan aku je. Nasib baiklah Cikgu Akbar ni, walaupun dia punya gambaran macam dialah pembuli sejati, punya perwatakan yang quite hilarious bagi aku. Dengan dia punya monolog dalaman yang haih, macam berani rupanya ketaq lutut juga. Belum kira dia duk intip Furqan belasah orang lepastu terseram dengan student sendiri hadeh. Lawak la dia ni.


Jalan cerita memang dah boleh agak dari awal lagi tapi aku tetap annoyed dengan Nadim hahaha. Kalaulah dia buka mulut dari awal, takdela berlarutan masalahnya. Babak-babak dalam kelas, sedikit sebanyak menyuntik rasa rindu dalam diri aku. Rindu nak ke kelas sebagai pelajar sekolah menengah, bergurau dengan cikgu, tengok classmates bertekak, kena denda, eh banyaklah. Jadi pelajar U ni hm, kena serious sepanjang masa. 


Overall, aku enjoy sesangat dengan cerita ringkas Cikgu Akbar dan Furqan ni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Cuma satu kompelin aku, kalau boleh, letak lagi kot features yang membezakan Cikgu Akbar dengan Furqan. Haha, susah untuk aku bezakan dua watak ni. Kalau tak kerana Cikgu Akbar ada janggut sejemput dengan berkemeja dan ber-tie, mesti aku tak boleh nak bezakan langsung. Apapun, it was a great read.


-thes

Tuesday 21 February 2023

Komik Karier: Psikologis Imran - Ketakutan Influencer Muda Menghadapi Tanggapan Followers by Lembayung, Nenek Hani & Haikalkus

February 21, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Psikologis Imran - Ketakutan Influencer Muda Menghadapi Tanggapan Followers

Penulis: Lembayung

Pelukis: Nenek Hani, Haikalkus

Penasihat Kandungan: Aiman Psikologi

Mukasurat: 125

Genre: Kesihatan Mental, Komik, Fiksyen, Kerjaya

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459606

Related title(s): Komik Karier - Doktor Johari, Komik Karier - Cikgu Akbar

Blurb:

Imran merupakan seorang pegawai psikologis klinikal berpengalaman. Tidak cuma berdedikasi, sikapnya yang ceria dan tenang juga membuatkan staf dan klien menyukainya. Suatu hati, Imran telah dirujuk seorang klien bernama Katrina Damia, seorang gadis pempengaruh (influencer) kecantikan yang terkenal.


"Sampai satu tahap, saya tak boleh tidur malam. Saya menangis bila fikir kenapa ada yang benci sangat dengan saya."


Oleh sebab kerisauan melampau yang dialami Damia, Imran telah mengatur pelan terapi khusus untuknya. Pada awalnya, sesi terapi berjalan lancar, namun pada suatu hari Damia tidak lagi menghadirkan diri. Lebih merisaukan, Damia sebenarnya telah didagnosis mengalami Anxiety Disorder.


Apakah yang menyebabkan Damia tiba-tiba berhenti? Mampukah Imran meyakinkan kliennya agar meneruskan sesi terapi?


Another successful comic from Iman Pub! Yeay! Aku suka dengan jalan cerita dalam komik ni, jelas dan mudah untuk diikuti. Tema mental health yang diketengahkan juga sangat relevant dengan situasi sekarang yang sangat ramai influencers. Aku tak pasti macam mana mereka cope bila segala gerak-geri diperhatikan public. Sedikit sebanyak, kisah Damia ni beri insight kepada aku tentang kehidupan mereka yang bergelar infuencer.


Walaupun topik mental health bagi sesetengah orang mungkin nampak agak berat dan tak sesuai, bagi aku penceritaan dalam komik ni masih lagi ringan dan dengan adanya selingan-selingan babak yang humorous, gerenti tak rasa berat pun. Lagi pula, aku rasakan dengan komik orang akan lebih tertarik untuk belajar dan ambil peduli tentang mental health ni. Jadi, ianya satu usaha yang baik.


Selingan bahagian ilmu yang berkongsikan carta organisasi dalam bidang psikologi, laluan untuk menyambung pelajaran dalam bidang psikologi dan gerak kerja psikologis pun ada dikongsi dalam komik ni. Dapat la sekejap aku berangan jadi psikologis haha. 


Antara tiga hero dalam Komik Karier, aku rasa watak Imran ni paling cute. Haih, comel sungguh la dia, adakah kerana cermin mata tu? Hehe. Perwatakan dia yang ceria tu pun terserlah sangat disebalik lukisan. Maka, berjayalah team pelukis menggambarkan emosi Imran ni. Yang tak beli lagi, jom beli komik ni, baca in one sitting je! 


p/s: harap-harap Imran dah pulangkan la Taufiq punya handkerchief. Berbulan-bulan dah ni tak pulangkan haha.


-thes

Sunday 19 February 2023

KOMIK Karier: Doktor Johari - Kecekalan Pasukan Perubatan Menghadapi Krisis Banjir Besar by Aizat Z, Ayman Adny, Khairul Amirin

February 19, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Doktor Johari - Kecekalan Pasukan Perubatan Menghadapi Krisis Banjir Besar 

Penulis: Aizat Z

Pelukis: Ayman Adny, Khairul Amirin

Mukasurat: 122

Genre: Komik, Fiksyen, Kerjaya 

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459590

Related title(s): Komik Karier - Psikologis Imran, Komik Karier - Cikgu Akbar

Blurb:

Sikap Doktor Johari yang ikhlas dan peramah membuatkan beliau disenangi oleh semua penduduk Kampung Batu Tenggelam tanpa mengira umur dan bangsa.


Walaupun beliau merupakan satu-satunya doktor yang berkhidmat di kampung itu, Doktor Johari tetap gigih dan berjaya memenuhi keperluan semua penduduk.


Sehinggalah pada suatu hari, banjir besar berlaku. Akibatnya, kemalangan terjadi di mana-mana. Bantuan dari bandar pula tersekat. Lambakan mangsa kian memenuhi ruang klinik yang kecil. Buat pertama kalinya, pasukan kecil Doktor Johari terpaksa menangani krisis sebesar itu.


Keadaan mejadi semakin keruh apabila klinik kekurangan staf dan peralatan untuk merawat.


"Mampukah kita?" Seorang staf klinik menyatakan kerisauan. Kita diberi amanah, dan kita akan tunaikan amanah kita."


Mampukah Doktor Johari dan pasukan kecilnya bertahan sehingga bantuan sampai?


Minggu-minggu stress ni, baiklah kita membaca cerita yang ringan je, lagi baik kalau komik macam ni, ye dak. Anyway, Komik Doktor Johari ni membawa kisah seorang doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Kampung Batu Tenggelam yang letaknya di Pantai Timur. Dan bila datangnya musim tengkujuh, banjir memang tak asing lagi. Cuma skala kejejasannya (wujud  ke perkataan ni hehe) saja yang berbeza dari tahun ke tahun.


Secara jujur, aku a liiiiiittle bit kiciwa dengan komik ni. Faktor utama yang menyumbang kepada kekecewaan aku ni adalah sebab cerita ni pendek sangatttttt. Aku tak sempat nak tolong nervous sekali dengan Doktor Johari and the team tiba-tiba dah habis😂😭 Geram jeeee. Ish ish, kalau la panjang sikit mesti best dapat tengok Doktor Johari in action. But, okay kita terima kita terima.


Other than that, aku puas hati je dengan cerita komik ni. Cumanya hmm Doktor Johari ni macam ter-undershadowed pulak dengan Doktor Aman haha. Aku nampak macam Doktor Aman pulak sebenarnya hero. Selain kisah banjir, ada juga selitan kisah Doktor Aman yang melawan penyakitnya semasa bertugas (mungkin sebab ni aku anggap dia hero). 


Selingan-selingan ilmu perubatan dan tips menghadapi banjir juga menambahkan pengetahuan am aku selain melancarkan juga pemahaman cerita. Takdela ternganga tak tahu apa. Lagilah aku yang alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi hadapi banjir yang teruk sampai kena pindah ke pusat pemindahan sementara apa semua so kinda a new thing juga untuk aku. So, overall thought? An okay read for me. Boleh la baca in one sitting, takde stress factor, konflik tak berat, cerita mudah faham.


-thes

Monday 13 February 2023

Pembuka Hati by Sara Aisha

February 13, 2023 3 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!


Tajuk: Pembuka Hati 

Penulis: Sara Aisha

Mukasurat: 566

Genre: Romantik, Fiksyen

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2015

ISBN: 9789670246994

Related title(s): Jodoh Itu Milik Kita

Blurb:

“Saya selalu fikir cinta bukan untuk saya. Tapi kenapa saya rasa dalam hati saya... Ada awak?”

TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL… Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?

“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra

“Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq

NUR ADRA… Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.

“Awak ni… Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq

“Dia… Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - Adra

Kemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.

“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you… Marry me?” - Nur Adra

“Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara… Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.”- Syafiq

Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?

Empat tahun selepas meninggalkan bumi Malaysia, Syafiq kembali semula. KLIA. Ah, kalau empat tahun dulu sebaik sahaja jejak kaki ke KLIA dia secara kebetulan berjumpa semula dengan Aariz, kini dia terjumpa semula gadis itu! Gadis yang bak katanya, suka terpekik terlolong macam pontianak. Pertemuan singkat itu sebenarnya bukan kali pertama tapi pertemuan itu membawa kepada pertemuan seterusnya.


Nur Adra. Nama yang dia benci. Nama yang bukan lagi miliknya. Adra... seorang yang keras, jauh beza dia dengan Dahlia. Dia seorang yang pemarah, baran, suka menengking, pendendam dan seangkatan dengannya. Well, sounds familiar? Dia sama seperti Syafiq, empat tahun lalu. Syafiq yang baru, lebih tenang, lebih toleransi, lebih baik. Dan dia nampak Adra.


Setenang Syafiq yang baru, dia tetap kalah dengan Adra. Adra bring the worst part of him. Tapi tanpa dia sedar, dia makin jatuh hati dengan gadis keras ni. Maigod, ingatkan Aariz je yang gentleman, Syafiq pun walaweiii, boleh tahaaannn, but in his own way of course (tapi ada satu part tu rasa nak hempuk je Syafiq ni bongok bethol. Nasib baik Dahlia dah tolong tampar). Kehadiran Adra ke dalam keluarga Tuan Haikal rupanya sedikit sebanyak membuka kisah lama yang satu itu, kisah yang melukakan ramai pihak especially Aariz. Serious sediiiiih gila dengan hidup seorang Adra, her pain that changed her ahhhh, aku tak boleh lahhhh. Sedihnya! Bapak dia pun waduh waduhhhh, geram betul dengan watak orang tua yang satu ni. 


Sambungan JIMK ni juga ada selit selit kisah Dahlia-Aariz juga, their lives dengan si kembar Adam Azfar yang comel, baby Dee juga. Juga final closure untuk Aariz and his nightmare. Overall, kisah keluarga Tuan Syafiq ni bernoktah dalam buku ni. Aku sangat enjoy baca buku ni, thoroughly cuma endingnya aku rasa macam a bit rushed. But still, a good resolution for this book. I laike beri mash! 

-thes

Friday 10 February 2023

Patah Untuk Tumbuh by Faraa Musa

February 10, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Patah Untuk Tumbuh

Penulis: Faraa Musa

Mukasurat: 195

Genre: Peningkatan diri, Non-Fiction

Penerbit: Whitecoat

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672705161

Blurb:

Ternyata beberapa tahun/bulan/hari kebelakangan ini cukup berat, ya? Telah banyak hal yang kita korbankan mulai dari ketenangan fikiran dan perasaan sehingga segala harapan dan keinginan yang selama ini kita idam-idamkan.


Didewasakan oleh keadaan dan takdir bukanlah hal yang buruk, kerana dengan itu kita tahu sedih hanya sementara dan dari patah kita belajar untuk tumbuh. Hakikatnya, kita semua sedang sembuh dan tumbuh dari luka masing-masing. 


Buku ini bukan tentang hal-hal hebat yang kompleks, dan tidak jiga mengisi pembaca dengan idea-idea baru yang gah. Cukuplah penulisan sederhana dari buku ini daat menjadi penenang, penguat serta peneman ketika kalian menjalani hari-hari yang berat. Buku ini sebagai tempat teduh buat kalian sembuh dan bertumbuh. Buat kalian menyedari bahawa kita memang perlu patah, untuk tumbuh.


Semoga lekas sembuh dan bertumbuh sesungguhnya!


Sekian lama tak membaca buku bukan fiksyen apatah lagi buku self-development macam ni. Jadi, dari mana harus aku mulakan?


Pertama, aku suka dengan penulisan ni. Bahasa yang mudah faham, ayat tidak berpusing-pusing yang membuatkan aku rasa tak payah develop diri. Just nice. Sesetengah bahagian berjaya menyentuh hati aku, ada bahagian yang seolah menempelak aku, membuatkan aku terkeliru, ada bahagian yang membakar semangat aku untuk terus berusaha dan bertumbuh. 


Dan tidak dinafikan, sebahagian besar tajuk/bab dalam buku ni berjaya membuatkan aku lemas dengan kata-katanya. Antara bab yang aku suka; 'Menjadi Dewasa', 'Ketidaktahuan Membuahkan Kemahuan,' 'Berehat, Bukan Berhenti' dan 'Ketahuilah Kamu Cukup'. 


Kritikan aku untuk buku ni cuma ada satu. Aku agak terkilan bila tengok layout isi dalam buku ni. Banyak sangat pembaziran. Kan lebih elok kalau dipenuhkan? Aku memang tak berapa gemar bila nampak ruang kosong dalam buku macam ni, ruang atas dan bawah tu banyak yang kosong dan boleh isi lagi tapi tak mengapalah. Mungkin pihak publisher sengaja letakkan ruang sebegitu so that mereka yang suka annotate akan ada ruang untuk mencatat. Yang penting, kandungannya bermanfaat. Tahniah ya kepada penulis!

-thes

Tuesday 7 February 2023

Jodoh Itu Milik Kita by Sara Aisya

February 07, 2023 4 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita

Penulis: Sara Aisya

Mukasurat: 766

Genre: Romantik, Fiksyen, 

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2012

ISBN: 9789670246147

Related title(s): Pembuka Hati

Blurb:

Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – DAHLIA

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - AARIZ DANIAL
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – SYAFIQ

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?


Novel ni novel lama dan juga novel pertama penulis. Juga merupakan novel penulis yang pertama yang aku baca. Novel ni juga merupakan antara novel yang terawal yang menambat hati aku untuk ke dunia membaca. Ha, faham tak agaknya tu? Hehe. Sejak pertama kali aku baca novel ni, dah berulang-ulang kali jugak aku baca. Setahun mesti ada sekali aku baca. Macam tula aku punya suka dengan cerita dalam novel ni.


Mengisahkan Dahlia yang berkahwin dengan Aariz atas aturan keluarga. Err, supposedly Dahlia dan Syafiq tapi surprise surprise, Aariz yang menyandang gelaran suami kepada seorang Dahlia Darius. Turns out, Aariz is the best husband for her. Why so? Well, walaupun dengan bersetuju untuk kahwin dengan Dahlia menggantikan Syafiq, Aariz melanggar sumpahnya sendiri, he's still a gentleman. Takde pun nak tarik-tarik muka, cakap marah-marah, dingin dengan Dahlia. He, in fact, is sooooo sooooo gentle and soft and nakal ahhh comellah Aariz niiii. I freaking love every time dia menyakat Dahlia. Ish, I is kenot. Plus, plus, dia sangat natural ya dengan Lia, and a romantic tooooooo!


Tapi, disebalik ketenangan seorang Aariz rupanya hasil sebuah taufan. Gosh, aku serius tak expect dia  punya 'asal' and everything that came with. Sangatlah menyakitkan ya. Never expect him to be that conscious of something that wasn't even his fault. Ahhh, saya sedih untuk awak Aariz! Dan nasib baiklah Dahlia isterinya, because she is so strong dan tak cepat nak melatah. She investigate, she evaluate then she decide. She's one hella cute and hilarious character too! Omei angat iye niii. Saya sangat in love tau dengan dua ketul ni.


Novel ni nicely done. Tak tiba-tiba tak terlalu meleret. Tamat dengan HEA untuk semua watak (Syafiq... for now). Untuk yang macam malas je nak baca novel, aku sarankan, bacalah jugak sebab best gila! Hahaha. Tapi kalau tak mau hm pi jelah tengok adaptasi dramanya. Tajuk yang sama, pelakon aku tak ingat siapa sebab tak pernah tengok. Kalau risau jalan cerita lain dengan novel, aku rasa macam pernah came across post IG penulis kata jalan ceritanya hampir (80%-90%) sama. Jadi, silalah.


-thes