DIY : Fail Cover Smile & Shine

October 30, 2017


before and after the project


Okay everyone I'm back ! HAHAHA
First, ni first time aku buat entry diy, dari blog lama sampai la blog baby ni. So, aku ni jenis manusia yang suka usha video video diy kat ig , youtube, pinterest dan banyak la sumber lain (aku tengok tapi tak pernah rajin nak try ). Lagipun, mak aku jenis orang yang inovatif ( not like me TT ) so macam macam benda yang dia boleh ubah suai.

So, dari banyak-banyak yang aku tengok ni, diy back to school paling aku minat tengok. Sebab diorang punya ideas tu macam wow, and tak pernah aku terfikir.

Okay, yang aku buat ni bukan cover buku pun, tapi cover fail. Alah, buku dengan fail tak jauh mana pun. Punca aku rajin nak buat cover untuk fail ni is, lebih kurang few months back, aku gi mydin dengan kekawan aku semua, beli barang ( obviously ). Memandangkan kitorang lapar, so kitorang pun gi lah Rasa Village ( medan selera dalam Mydin tulah ). Masa makan tu, datanglah hakak-hakak marketing untuk susu jenama 'everyday' kalau aku tak salah. Belum sempat nak tolak apa yang hakak tu promote, terus dia hulur fail gambar susu everyday + voucher susu everyday kat kitorang pastu blah.


nampak tak macam coloring book ? hahahaha


Then, aku pun ambil la 3 fail tu untuk kegunaan masa depan. Nak guna macam tu je macam segan sebab cover dia nampak macam buku mewarna hahahhaha. So, aku pun decide untuk guna ilmu diy yang selama  ni aku belaja tapi tak pernah nak apply. So, here it is ! Harap korang boleh faham apa yang aku akan terangkan ><


Bahan & Peralatan :


1. Gunting
2. Kertas pembalut hadiah ( any kertas yang ada background yang diingini )
3. Buku / fail / anything yang nak dicoverkan
4. Kertas warna
5. Gunting
6. Pensel
7. Gam
8. Cutter
9. Salotape ( optional )

Langkah - langkah :

1. Okay, first korang ambil korang punya file ( benda yang nak di'cover'kan ) then letakkan atas kertas pembalut hadiah ( make sure center kan sampai boleh, buat macam nak balut buku teks sekolah tu ). Tandakan dengan menggunakan pensel korang punya size file tu.

2. Then, sketch kan perkataan 'Smile & Shine' ikut design dan kreativiti korang sendiri ( nak tukar jadi ayat lain pun boleh ). Tapi make sure design korang gemuks dan besar dan menyenangkan urusan korang untuk trace dia nanti.

3. Trace korang punya design tadi huruf by huruf 

hasil tracing ~~~ p/s: aku alas dengan buku hard cover untuk elak berkesan atas meja

4. Then, ambil kertas warna dan tampalkan dekat fail yang bahagian depan dan keluarkan semua bubble untuk nampakkan kekemasan. Tunggu sampai kering.

5. Pabila sudah kering, lekatkan pembalut hadiah dekat sebelah belakang, keluarkan semua bubble supaya nampak lagi kemas ( make sure korang punya pembalut hadiah ni center macam yang korang ukur masa step 1 ). Biarkan sampai kering. Bila dah kering, buat benda yang sama dekat sebelah depan.

okay ni imperfect sebab first try and tak tau mana silap, ada pulak bubble dekat corner yang belakang ><

6. Bahagian yang berlebih daripada file tu, korang boleh lipatkan ke dalam ( macam balut buku tuks  --' ) untuk elakkan pembaziran. Dan untuk secure kan lagi, salotape kan hujung kertas tu. 

bahagian dalam


[ADDITIONAL STEP] Applykan satu layer gam (mod podge lagi bagus) dekat bahagian depan untuk nampakkan dia berkilat and cantik cewah.

Dan siap lah ~~!

This is the hasil yang perfectly imperfect dari aku!

!!! PRECAUTION !!! Masa korang nak tampal bahagian yang di'trace'kan  tu make sure buat dengan hati-hati sebab takut ada part yang berlipat, terkoyak, etc


So, itu je untuk cubaan pertama menulis DIY, so harap korang faham apa yang nak aku sampaikan. And sorry for terrible explanation ! Kalau ada apa-apa yang tak faham ke apa ke, comment je, insya-Allah aku balas !

p/s:korang kalau ada cutting mat, craft knife and mod podge lagi seronok !

-thes-

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts