Monday 26 February 2024

Sehingga Yang Patah Tumbuh by Aishah Madadiy

February 26, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Sehingga Yang Patah Tumbuh 

Penulis: Aishah Madadiy

Mukasurat: 389

Genre: Drama, Slice of Life, Keluarga, Romantik

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459354

Blurb:

"Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi, kenapa masih terkesan dengan hal lalu?"


Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya.  Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri.


Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumah tangga sahabat baiknya.


Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.


Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya.


Pertama kali membaca karya daripada penulis ni. Aku ambil masa sikit untuk menyelesakan diri membaca kisah Nawal ni sebab penulisannya agak baku, terutama bila baca dialog antara watak. Tambah pulak dengan font yang kecil, buat aku rasa macam lama sangat lagi kisah dia nak habis. Plot pada permulaan cerita pun agak slow dan mendatar.


Tak dapat nak nafikan, ceritanya, walaupun agak slow tapi sangat menarik minat aku. Apatah lagi aku nak sangat tahu apa yang sebenarnya jadi pada Nadya lepas dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas. Perjalanan Nawal ke negara asing hanyalah satu, untuk memenuhi permintaan akhir ayahnya di samping mengubat hati. Macam-macam yang dia lalui, dari berdepan dengan masalah rumah tangga teman baik, barangnya dicuri, takde kerjasama dari pihak yang dicari sampailah masuk ke bumi yang bergolak.


Aku suka dengan karakter Nawal yang sentiasa positif, kuat semangat dan tak mudah mengalah. Dalam dia sibuk dengan misi mencari kakak dia, Wadi pulak sibuk nak tegakkan benang yang basah. Eeee, menyampah betul dengan mamat yang satu ni. Kehadiran Ali yang sentiasa appear tenang dan ramah sangatlah membantu Nawal. This man is so gentleman. Kehadiran dia taklah overshadow dan  sepenuhnya mengubah arah cerita Nawal tapi cukup menambah rencah dalam cerita.


Buku ni memberikan aku pelbagai rasa. Debaran semasa Nawal berada di Syria, 'mendengar' cerita Ali semasa jadi tahanan Israel, kegembiraan, geram kerana Wadi (terutamanya) dan Shazlin (sekejap), syukur kerana dia, tersenyum sebab Ali yang direct, syukur saat mereka terselamat dan tangisan kerana Samah (anak Nadya). Buku ni best sangat untuk dibaca. Slice of life yang tak berapa nak ringan sebab bahagian penghujung tu agak berat. In fact, aku terpaksa letak sekejap lepas baca fakta tentang Samah. Tak sanggup rasanya nak teruskan. Walaupun mentioned briefly je.


Kudos to the author for this masterpiece. 


-thes

Wednesday 7 February 2024

Komik Karier: Veterinar Delia by Nuaibira, Nafisah Hisam

February 07, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Komik Karier: Veterinar Delia

Penulis: Nuaibira

Pelukis: Nafisah Hisam

Mukasurat: 114

Genre: Komik, Karier, Vet

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459927

Related title(s): Psikologis Imran, Doktor Johari, Cikgu Akbar, Gamer Aimer, Chef Sufi

Blurb:

Delia - seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Adelia, yang dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.


Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.


"Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya tu!"

"Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!"


Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang dirawat.


Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja sebagai veterinar?


Komik ni menceritakan tentang kerjaya seorang veterinar. Dengan kembarnya Addy, Delia berjaya membuka sebuah klinik haiwan. Macam-macam kerenah pemilik haiwan yang dia jumpa, yang menyakitkan hati, yang suka mengambil kesempatan, yang betul-betul sayangkan haiwan peliharaan, macam-macamlah.


Salah satu sebab kenapa aku suka baca komik terbitan Iman Pub is sebab akan ada selingan ilmu. Komik karier pun tak terkecuali. Banyak tips berkenaan haiwan peliharaan yang dikongsi dalam ni. Tak applicable dekat aku pun sebab aku tak ada pets but it was great to know. Dan ada satu fakta yang aku rasa interesting gila which, Akta 722, Akta Kebajikan Haiwan yang melindungi kebajikan haiwan daripada dihancurkan oleh manusia bodoh. Interesting sebab aku tak pernah tahu.


Pertama kali aku baca tulis Nuaibira dan wow, dengan komik sependek ni macam-macam emosi dia berjaya sampaikan. Dan semestinya takkan berjaya tanpa lukisan sis Nafisah yang sangatlah cantik.Sampai part Suria tu aduhai, menitik air mata gue. I is kenot la.


All and all, cerita ni best and mudah nak habiskan haha.


-thes

Monday 5 February 2024

Komik Karier: Chef Sufi by Anas Miras, Ayman Adny, Zyll Fathe

February 05, 2024 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Chef Sufi

Penulis: Anas Miras

Pelukis: Ayman Adny, Zyll Fathe

Mukasurat: 121

Genre: Komik, Makanan, Karier

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459941

Related title(s): Psikologi Imran, Doktor Johari, Cikgu Akbar, Gamer Aimer, Veterinar Delia

Blurb:

Sufi - seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.


Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.


Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga.


Namun, segalanya mula terlerai. Rupa-rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.


"Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama..."


Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaiman pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri - adakah akan tercapai?


Mengisahkan Sufi yang mengubah haluan hidup daripada menjadi seorang sous chef di sebuah restoran  terkenal kepada chef dan businessman food truck selepas kematian ibu bapanya untuk menjaga adiknya, Farha. Aku suka dengan watak Sufi ni. Walaupun dia tahu dia banyak habiskan masa dengan bekerja, dia tetap cuba untuk luangkan masa dengan keluarga. Dan keputusan untuk buka food truck tu  pun untuk lebihkan masa dia dengan Farha. A responsible man.


Jalan cerita komik ni pun ringkas tanpa banyak konflik. Aku suka sikap Sufi yang up to the challenge dari tukar persekitaran kerjaya yang dah tetap ke sesuatu yang belum pasti. Perjalanan dia menjadi seorang chef di food truck pun seronok. Dari perangai customer yang harey, ke cuaca yang tak mengizinkan semuanya entertaining. Lagi-lagi bila perangai dua beradik ni sangatlah contrast. Sufi sentiasa cari jalan damai tapi Farha, dia fuel up and face the problem heads on.


Fav part aku masa baca novel of courselah bila tengok Sufi tengah bekerja keras memasak untuk pelanggan. Weh walaupun lukisan je, tetap nampak menyelerakan. Part knowledge pulak ada share pasal kerjaya seorang chef, tips memasak untuk beginner dan juga info makanan. Komik ni memang sesuai untuk bacaan santai (dan untuk habiskan reading goals, eh). Banyak juga part-part yang menghiburkan. Dan jangan ingat saya tak nampak ya cameo editor komik karier dalam komik ni👀👀.


-thes

Saturday 3 February 2024

Komik Karier: Gamer Aimer by Atok Shah & Zyll Fathe

February 03, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Komik Karier: Gamer Aimer

Penulis: Atok Shah

Pelukis: Zyll Fathe

Mukasurat: 122

Genre: Komik, Kerjaya, Fiksyen, 

Penerbit: Iman Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459934

Related title(s): Psikologis Imran, Doktor Johari, Cikgu Akbar, Chef Sufi, Veterinar Delia

Blurb:

Ammar atau lebih dikenali sebagai AIMER ingin menjadi seorang atlet e-sukan profesional dan bercita-cita untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kini, dia adalah antara 100 pemain terbaik Asia Tenggara dalam permainan 'Mobile Satria'.


Demi mencapai impiannya, Ammar telah menumpukan sepenuh perhatian dan masa untuk bermain game. Dia hilang minat dalam pelajaran sehingga prestasi akademiknya merosot teruk.


Keadaan itu mengakibatkan ibu bapa Ammar terpaksa mengambil langkah drastik - melarang Ammar daripada terus bermain game dan memfokuskan sepenuh masa untuk belajar.


Namun, kekalahan Ammar kepada Raja Akmal telah memaksanya menyertai pasukan baharu secara rahsia. Selain wajib mengikuti jadual latihan yang ketat, Ammar juga perlu konsisten belajar dan bersukan untuk meningkatkan fokus dan stamina.


Mampukah Ammar untuk terus bertahan dan meyakinkan ibu bapanya supaya dapat menyertai pertandingan sekali gus merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang atet e-sukan profesional?


Iman is back with another set of Komik Karier! Karier pertama adalah antara kerjaya baru yang certain people frowned upon. Ada certain orang tak pandang pun menjadi seorang gamer ni sebagai satu kerjaya.


Anyway, komik ni totally out of my comfort sebab aku memang tak pernah terjebak dengan game yang jenis MOBA; multiplayer online battle arena (aku belajar istilah ni daripada komik nila) ni. Jenis game yang aku main hmm nak cakap pun malu haha, more to match three. Yang kekal aku main dari zaman diploma sampai nak habis degree ni ada satu je; Homescapes (ni pun dah berbulan tak bukak). Back to review, yeah, banyak sangat istilah-istilah yang aku unfamiliar, gaming terms yang baru tahu dan the whole thing is new to me. Aku sangat harga segaa footnotes.


Kisah Ammar ni sebenarnya mudah untuk aku ikut dan sangat menghiburkan. First time dengan karya pelukis Zyll ni memang mudah untuk rasa selesa. Partly due to comical drawing (jangan tembak saya kalau salah term!) dan juga cara beliau lukis expressions setiap watak. Kalau marah tu memang tahu la marah gila. One thing yang sampai sekarang aku rasa seram nak tengok adalah lukisan bapak Ammar ni. Awatlah yang garang sangat pakcik. Dok minum kopi pun nampak garang aih.


Aku actually ambil masa sikit nak habiskan bacaan sebab pening dengan istilah games haha, totally on my part laa. Tapi serius komik ni best and kalau korang curios dengan kerjaya atlet e-sukan, silalah baca.



-thes