Thursday 31 August 2023

Black Ghost #UmarAlhaidar by Rose Harissa

August 31, 2023 6 Comments

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk:  Black Ghost #UmarAlhaidar 

Penulis: Rose Harissa

Mukasurat: 373

Genre: Aksi, Thriller, Romantik

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2023

ISBN: 9789674692070

Related title(s):  Black Ghost #MegatAdri

Blurb:

Saat cita-cita menjadi salah seorang 'geng pecah pintu' tercapai, Umar Alhaidar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.


Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan identiti kepada orang awam termasuk kepada keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.


Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang terhasil  daripada latihan intensiti tinggi dan operasi khas, tersembunyi sebalik uniform Umar. Hanya Megat Adri dan sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.


Sumpah perajurit komando yang dilafazkan oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.


"Kenapa tak suka komando?" - UMAR ALHAIDAR

"Sebab... Ganas, gatal, kanibal! Eh, jangan bagi tahu saya awak komando..." - MIKANADIRA

"Tak. Saya cuma 'askar pekak'." - UMAR ALHAIDAR


Tapi tuntutan tugas, memaksa si 'harimau kumbang' melupakan 'bunga yang wangi dan tercinta'.


Setelah para perwira menggadaikan nyawa mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan tahun lamanya, ada tangan-tangan  ghaib membuka pintu kepada para bandit. Prahara melanda negara.


Laksana halilintar, bersama para sahabat Black Ghost. Umar mempertaruhkan nyawa di The Exchange 106.


Mampukah 'Kumbang' menumpaskan musuh, melindungi orang awam dan kembali kepada bunganya?


Black Ghost #UmarAlhaidar ni bukanlah sambungan kepada kisah Megat Adri as both story boleh dibaca sebagai standalone. Timeline dalam kisah Umar ni bertembung dengan timeline Megat. So, apa yang jadi kepada Umar dalam buku Megat, jadi juga dalam kisah Umar ni. Tapi, aku lebih prefer untuk membaca kedua-dua cerita sebagai dua timeline berbeza. Makna kata, memang aku pisahkan terus kisah kedua-duanya sebab ada beberapa minor detail yang otak aku tak boleh terima. So, untuk memudahkan bacaan, aku asingkan terus.


Berlainan dengan kisah Megat, kisah Umar ni ada bunga-bunga cinta, babak-babak sweet antara Umar dan heroinnya, Mikanadira. Taklah terlalu banyak sampai menguasai sepenuh jalan cerita tapi lebihlah daripada apa yang ada dalam Megat.Jadi, kalau prefer more love story, Umar adalah pilihan utama, gituu.


Perjalanan cerita bermula daripada Umar menuntut di UPNM dan ketika kisah pengganas Sulu tersebar di media sosial, Umar tekad untuk join komando. Dan kerana tekadnya, dia berjaya. Aku agak bersyukur jugalah tempoh latihan dan pemilihan komando yang Umar jalani tak dijelaskan secara terperinci sebagaimana Megat sebab aku mungkin akan rasa bosan. Jadi, apa yang ditulis semasa Umar menjalani latihan komando, aku rasakan memadai.


Watak Umar ni digambarkan sebagai seorang yang sangat berani, rasional dan juga tersangat berani. Kalau tak berani, masakan dia join komando, ye tak? Dan disebabkan keberanian tak berterhitung dia nilah, banyak kali dia terima tembakan musuh untuk teman seperjuangan dan tawanan. Babak yang paling aku ingat adalah babak kecelakaan pertama yang menyebabkan dia hilang dari radar setelah berlaku masalah pada parachutnya. Nasib menyebelahi Umar bila dia mendarat atas dahan pokok yang boleh tahan besar dan cuma mengalami kecederaan ringan. Dan di atas pokok tu jugalah dia bertemu mata dengan si Kumbang. Sepanjang dia dalam hutan tebal tu, ditemani dengan haiwan buas, wow sangat memainkan adrenalin aku. And tbh, momen favorite aku dalam novel ni. Babak-babak aksi, jangan cakaplah, memang selambak diberi. Baik untuk latihan ataupun dalam misi. Dan of course babak aksi terakhirlah yang paling dupdapdupdap.


Penulis banyak juga gunakan istilah-istilah ketenteraan. Dan berita baiknya, ada penjelasanlah kenapa sekian-sekian perkataan digunakan. Mana yang aku faham tu mudahlah nak cerna, dapat yang payah, memang aku buat-buat faham jelah. Haha, berkali-kali baca pun tak dapat, bye-bye jela kan hehe.


Mikanadira, dari pertemuan pertama lagi Umar dah jatuh hati dengan dia walaupun masa tu, sikit pun dia tak pandang wajah Mika. Apa yang menarik perhatian Umar adalah buah fikiran Mika. Bertahun terpisah dan pertemuan semula yang tak disangka-sangka mendekatkan mereka. Pertemuan demi pertemuan, semakin fahamlah Umar tentang perasaan tak suka Mika terhadap askar, lagi-lagi komando. Tapi, memang berbunga habislah baca bab-bab Umar mengayat Mika ni. Loves Mika yang sikit pun tak melatah bila dapat tahu yang Umar sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang dia tak suka. Setiap patah penjelasan Umar, dia terima, dengar dan nilai. And that moment when Umar appear in front of her in full uniform. Fuhhh, mixed emotion habis!


Sebenarnya, aku agak terkilan bila jumpa perkataan tamat sebab aku rasa macam endingnya a bit rushed. Selesai misi, tot tet tot tet, kahwin habis. Aaa, sebenarnya tak puas melayan Umar dan Mika jeeešŸ˜©šŸ˜©. Epilog pun terlalu pendek bagi aku. Tak puas weh!

-thes

Thursday 24 August 2023

Black Ghost #MegatAdri by Lily Haslina Nasir

August 24, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Black Ghost #MegatAdri

Penulis: Lily Haslina Nasir

Mukasurat: 433

Genre: Aksi, Thriller

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2023

ISBN: 9789674692087

Related title(s): Black Ghost #UmarAlhaidar

Blurb:

Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah dengan 10 cop jari, membentuk peribadi.


Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, masih terbenam peluru sesat. Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.


Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam. Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air. 


"Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?" - MAWAR

"Perempuan yang menghimpit aku sambil lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota infantri." - MEGAT ADRI

"Kau lelaki yang tak ada emosi?" - MAWAR

"Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini." - MEGAT ADRI


Dia benci penaklukan jiwa.


"Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin berpesan. Awas, aku tidak akan pernah mati jiwa raga biar kepala sudah terpenggal." - MEGAT ADRI


Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. Rahsia menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan datuknya.


Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dengan taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.


Black Ghost membawakan kisah cinta yang bukan biasa-biasa malahan, ianya merupakan kisah cinta yang hebat dan epik. Dibahagikan kepada dua buah novel dan dikarang oleh dua penulis yang tak asing lagi dalam dunia penulisan. Sejak PBAKL23 haritu lagi aku memang nantikan Black Ghost ni.


Black Ghost #MegatAdri membawakan kisah Megat Adri yang keturunannya sejak zaman datuknya lagi berkhidmat di bawah panji ATM mencuba nasib untuk menyertai komando. Bermula dengan kisah dia memujuk maknya untuk beri keizinan sedang ayahnya telah memberi sokongan. Maka bersorak gembiralah seorang Megat setelah diizinkan emak untuk dia sertai komando.


Expect the unexpected. Itu yang terlintas dalam kepala aku saat membaca karya LHN yang satu ni. Karya berketebalan kurang 500 mukasurat ini penuh dengan ilmu ketenteraan. Aku sangat tak menyangkakan yang latihan dan ujian Megat untuk mendapat beret hijau akan diceritakan secara agak detail dna mendalam. Boleh dikatakan separuh buku ini memang menceritakan perit, derita, semangat dan kesungguhan Megat untuk menjadi salah satu aset negara.


Interaksi sepanjang latihan, yang mana disergah jurulatih, yang mana disembur jurulatih, ditengking, dimaki, dicaci, dibasuh, dengan aku aku makan dalam macam aku yang kena haha. Bukan sekali dua kena marah, bukan sekali dua makan kata makian, berkali-kali wei! Ynag membezakan aku dengan watak Megat adalah dia berpenat seluruh badan, aku berpenat biji mata membaca. Hehe.


Memandangkan Megat ni dari keturunan yang bergelaran anggota ATM, ada sejarah disebalik nama datuknya, ada dendam kesumat yang tak terlunas dan dia merupakan insan yang dikehendaki oleh pihak perosak negara. Debaran dan tanda tanya menjadi iringan cerita sehinggalah Megat terima dokumen yang menceritakan apa ynag berlaku semasa datuknya berkhidmat dalam angkatan tentera. Babak-babak yang menceritakan isi kandungan dokumen tu memang sangat mendebarkan.


Watak Mawar bagi aku hanyalah tambahan yang sekadarnya. Jujur kata, aku tak rasakan pun Mawar dan Megat ni bercinta atau menaruh hati pada satu sama lain sebabnya (1) mereka memang berkawan dari zaman universiti dan rapat (2) Megat je yang nampak bersungguh dengan Mawar sebaliknya Mawar ni mungkin cuma menanggap Megat sebagai kawan, tak lebih dari itu, lagi-lagi lepas timeskip lapan tahun tu dan (3) aku tak rasakan chemistry antara mereka. Dan dari awal sampai habis, Mawar ni memang muncul sekejap-sekejap dan kemunculan dia pun disebabkan Megat.


Cerita ni memang menarik dan mampu menyemarkkan semangat patriotisme dalam diri aku. Cuma aku agak terkilan bila terlalu banyak spelling errors dalam karya ni. Aku masih boleh tutup sebelah mata kalau berkadaran biasa tapi kalau setiap 5 page tu ada spelling error, agak annoyed jugalah. Tapi yang lebih menggeramkan aku kalau ada part yang tak lengkap dialog/monolog/naratifnya. Cuma yang ini tak banyaklah tapi ada.


Apapun, cerita mengenai Megat Adri sangat best dan berbaloi untuk dibaca. Tanpa kalau korang harapkan babak yang manis leting tu, warning awallah sebab korang akan kecewa teruks. Tapi babak aksi, misi, thrilling, memang tiptop. 

-thes

Monday 21 August 2023

Yang Paling Patah Antara Kita by Ainulfarihah

August 21, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Yang Paling Patah Antara Kita 

Penulis: Ainulfarihah

Mukasurat: 377

Genre: Persahabatan, Kesihatan Mental

Penerbit: Jiwa

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672899297

Cetus Amaran: Depresi, Skizofrenia, Bunuh diri

Blurb:

"Kau okey?" 

Ringkas.

Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.

Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.

Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan.

Takut kena marah.

"Kau okey tak ni?"

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.


"Ada empat foto semuanya. Tiga elok. Satu rosak. Semua penting."


Karya ni karya berat. Kisah antara sekumpulan empat orang sahabat yang menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti dalam jurusan yang sama. Namun, setiap dari mereka berbeza tapi saling melengkapi. Cerita yang dari awal lagi aku dah siapkan minda dan emosi, especially lepas baca trigger warning. Sekali je aku stop baca dan bila aku sambung, aku nekad untuk tak berhenti sebab once aku stop aku takut aku tak dapat nak habiskan bacaan.


Azfar, orangnya ceria. Sulung dalam kalangan adik beradik, harapan ibu ayah. Bagi aku, dia merupakan pengikat dalam persahabatan mereka berempat. Dulu, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik dalam dunia teater kini seorang direktor teater. Zaquan, atlet basketball yang dedikasi. Mulut celupar dan cakap tak pandang kiri kanan adalah identitinya. Prejudis juga dia. Firman, si fotografer yang ditakuti ramai. Kerana keadaan keluarga yang berantakan, dia menerima seksa. Jimi, seorang introvert yang 'menjadi' orang lain di atas pentas. Semuanya penting.


Kisah ni ditulis dengan multi POV jadi kena peka sikitlah bab ni dari segi POV siapa. Dan kerana multiple POV, aku dapat faham cerita dari sisi kesemua watak tanpa memberat ke sesiapa. And personally, aku boleh relate dengan semua watak utama. Bits and pieces of them kinda similar to something in me.


Dengan kesihatan mental sebagai tema utama, intipatinya sangat berat. Macam-macam soalan yang timbul, kenapa? Siapa? Mengapa? Dan macam-macam kerenah manusia juga dapat dilihat. Persepsi masyarakat yang masih lagi pandang serong kepada pejuang kesihatan mental. Dan memang sakit sungguh bila orang terdekat langsung tak cuba untuk memahami. Perit.


Aku suka dengan cara penulis yang perlahan-lahan reveal bits and pieces kejadian leading up to 17 Oktober 2017. Perlahan-lahan dan berterusan. Dari satu perspektif ke satu perspektif lain. Dan setiap perspektif ni tak berhenti membuatkan aku menangis. Sedih. Terkilan. Semua ada. Bermula page 275 dan seterusnya, sumpah susah untuk aku telan dan hadam. Pukul 2 pagi dok teresak-esak. Nasib rumet tak kata apa esoknya. Risau dia ingat sesuatu yang lain je haha.


Walaupun berakhir in quite a good note, it was still hard. Kau bayangkan, aku tengah melayan sunset tetiba teringatkan watak dalam buku ni dan dan tu ja mengalir air mata haha. Anyway, aku rasa aku akan take a very long time to have the courage to read this again. Dan aku rasa Tiga ayat terakhir novel ni akan terus melekat dekat minda aku.




-thes

Tuesday 15 August 2023

Dia Untuk Aku by Rehan Makhtar

August 15, 2023 6 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Dia Untuk Aku

Penulis: Rehan Makhtar

Mukasurat: 385

Genre: Romantik

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2023

ISBN: 9789674692094

Related title(s): Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku

Blurb:

Biarlah masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kesah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.


Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya pada saat dia sedang berjalan ke pelamin pernikahan mereka.


Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan air mata mama menitis. Hingga satu hati, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.


"Awak terlalu tualah untuk saya..." - JOHANEES

"Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - TAUFIQ

"Boleh tapi tidak pada saya..." - JOHANEES

"Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - TAUFIQ


Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi sayang, keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu meninggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang setelah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip pada saat menyatakan perpisahan.


"Kenapa?" - TAUFIQ

"Saya bukan perempuan baik..." - JOHANEES


Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera perang di tengah samudera.Adakah takdir intanya juga seganas ombak di lautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.


Buku terakhir siri Untuk Aku menceritakan mengenai Taufiq, si bujang terlajak yang sebenarnya, tak kisah pun terlajak. Aku rasa aku paling nantikan kisah Taufiq ni sebab seingat aku, dia sangat berbakti dalam TUA. Berbakti mendekatkan Ziyad dengan Atai, walaupun dia pun sebenarnya ada jugalah hati dengan Atai tu sikiiit.


Out of three, Taufiq ni fav aku. Mamat ni ya Allah, setenang air tasik tahu. Takde satu babak pun yang dia lose his coolness (err ada satu tapi tu nanti jap) hatta masa kena tinggal dengan tunang dia pun dia still cool. Orang keliling dia pulak yang terlebih cautious melayan dia macam dia tu bom jangka. Dan bila dia jumpa dengan Johanees, he's done. Seboleh mungkin dia usaha untuk jumpa dengan Johanees.


Johanees pulak sentiasa cuba untuk letakkan jarak antara dia dan Taufiq. Gelaran 'tuan' tu, memang sebati habis dah dengan diri dia. Tapi kalau dah hati nak terpaut, bagilah jarak besar mana sekalipun, rasa tu tetap akan bercambah. Apatah lagi si Taufiq ni sentiasa muncul depan dia membantu. Dah tu dengan cupid mereka, si Ziyad dengan Atai tak habis-habis promote Taufiq ni.


Since novel ni ketara nipisnya berbanding yang lagi dua, aku expect ceritanya taklah berat dan mungkin takde plot twist. Teeet. Silap. Ada plot twist. Sumpah, memang tak terjangka pun plot twist tuuuu. Jalan cerita memang tak berat tapi wow tak expect plot twist tu dan aku tak expect kita akan dapat action scene. Adrenalin auto mencanak!


All and all, end in a good note. Best? Super. Bolehlah buat bacaan santai sambil melayan kemanisan cinta Taufiq dengan Nees.


-thes

Monday 14 August 2023

Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar

August 14, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Seseorang Untuk Aku

Penulis: Rehan Makhtar

Mukasurat: 620

Genre: Romantik, Melodrama

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2015

ISBN: 9789670246987

Related title(s): Takdir Untuk AkuDia Untuk Aku

Blurb:

Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja yang dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhammad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.


"Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau." - LAILATUL

"Itu tak ada kaitan dengan aku." -QADR


Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyelusuri  semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.


"Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya." -LAILATUL

"Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan aku kepada kau, boleh?" - QADR


Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis keada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.


"Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah  malas nak layan zahir batin abang?"- QADR

"Agaknya, Lai memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali." -LAILATUL

"Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang..." -QADR


Kerana Tuhan menciptakan pasanan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?


Salam bulan kemerdekaan! Aku baca ni bulan lepas tapi kebetulan pulak review dapat masuk dalam bulan merdeka memandangkan hero kita, Muhammad Al-Qadr merupakan seorang 'pemandu' jet pejuang. Tapi, cerita dalam buku ni, tak menceritakan sangat mengenai kerja Qadr as fokus lebih kepada kisah cinta antara Qadr dan Lailatul.


Buku kedua dalam trilogi Untuk Aku karangan Rehan Makhtar ni taklah sesakit dan seperih kisah Atai dan Ziyad. Bagi aku, kisah ni lebih kepada kisah perjuangan untuk teruskan kehidupan, pengorbanan, pengkhianatan dan kesabaran. Lailatul, seorang yang sangat kuat dan selfless, too selfless I would say sampaikan cinta hati sendiri sanggup dikorbankan untuk adik tersayang.


Kerana satu insiden yang memerangkap dia dan kawan kepada adik iparnya, Qadr, Lailatul goyah. Dia tak punya apa. Segalanya dah dikorbankan untuk si adik. Mana mungkin dia mampu lagi. Huluran pertolongan yang Qadr berikan disambut ragu. Namun, hatinya reda dengan ketentuan. Aku sangkakan awan mendung hilang dah daripada hidup Laila dengan adanya Qadr, tapi rupanya tidak. Ah Lailatul, kesian sungguh heroin yang satu ni. Tapi sabarnya membuahkan hasil.


Aku sangat sukakan kisah Qadr dan Laila ni. Penuh dengan pengisian, lagi-lagi bila tengok watak Laila yang tabah menjalani hidup yang penuh liku dan Qadr yang sentiasa berusaha dan tak sekali menyerah. Babak yang paling aku ingat adalah babak Qadr pertahankan Laila depan ibunya tapi dalam masa sama, hormat dan kasihnya pada ibu masih menggunung. Babak yang seketika cuma tapi mampu menjentik sebak dalam hati aku. Laila dengan Qadr ni sumpah comel gila. Babak-babak menunggu tu, fuhhh bukan mereka je, dengan aku sendiri rasa terasa rindu dan terseksa sekali haha.


Kisah yang penuh dan padat dengan pengajaran yang boleh kita ambil. Aku memang jatuh hati, gila-gila dengan novel ni. Qadr is the man. Walaupun bab istimewa yang dekat blog kak RM tu dia sangat annoying dan rasa nak sepak, still, he is the man.


-thes

Saturday 12 August 2023

Penulis Jalanan by Teme Abdullah

August 12, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Penulis Jalanan

Penulis: Teme Abdullah

Mukasurat: 257

Genre: Slice of life, Fiksyen

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672459682

Related title(s): Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan

Blurb:

"Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa."


Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air.


Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.


"Ikiy... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri."


Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.


Buku latest Teme Abdullah ni merupakan kesinambungan kisah dalam siri Jalanan. Jujurnya, aku belum khatam kesemua siri Jalanan (Signature Jalanan masih dalam tbr). Memandangkan latar masa Signature Jalanan dengan buku ni agak jauh so aku rasa boleh je untuk aku skip haha.


Dalam buku kalini, Iskandar tekad berhenti kerja di London dan pulang ke Malaysia setelah mengalami kecederaan tulang belakang. Hasratnya untuk menabur khidmat di tanha air tercinta selagi dia masih berkemampuan. Namun, bukan mudah untuk dia capai impiannya. Berkali-kali usahanya untuk mendapatkan kerja dalam bidang seni bina menemukan jalan mati dan setiap kali itu juga dia bangkit menghadapi.


Kisah kalini, sangat inspiring. Dan aku yakin, ramai yang boleh relate dengan kisah Iskandar masa nak mencari kerja. Masa mula-mula aku baca tentang 'wireless', aku sejujurnya tak setuju sebab one way or another, dalam hidup kita ni mungkin ada masa-masa yang kita sendiri tak sedar yang kita ni taklah se-wireless yang kita sangka. Tapi bila aku teruskan bacaan, baru aku faham yang pendapat aku tu sebenarnya lebih kepada penerangan Ahmad tentang 'privilege'.


Hal-hal kronism, nepotism, feudalism yang dibincangkan sedikit sebanyak agak menakutkan aku sebagai seorang student yang dalam fasa dah nak habis belajar. Tapi kejayaan Iskandar juga comforting because akan ada juga caranya walaupun ditempat yang kita tak rancang. Mesej agama walaupun tak terlalu terang dan nyata, tetap ada untuk mengingatkan dan menyempurnakan cerita.


Nak dikatakan kisah dalam siri ni berat, taklah berat tapi aku ambil masa sikit untuk habiskan. Mungkin kerana jalan cerita yang datar lebih kurang separuh buku. Cerita ni santai dan sangat sesuailah untuk dibaca masa lapang sebab takde masalah atau watak yang menyakitkan jiwa. Dan aku tak tahu kenapa, mukasurat terakhir tu seolah-olah kata-kata selamat tinggal, jadinya tersebak sikit haha. Harapnya selamat tinggal untuk kalini ajelah, see you when I see you gitu.






-thes

Thursday 10 August 2023

Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung by Hilal Asyraf

August 10, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung 

Penulis: Hilal Asyraf

Mukasurat: 623

Genre: Pengembaraan, Aksi

Penerbit: Hilal Asyraf Resources

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672208365

Related title(s): Nirnama

Blurb:

Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung membawa pembaca menelusuri 19 hikayat yang terpisah tetapi masih mempunyai perkaitannya. 19 hikayat ini tertumpu kepada watak-watak dan peristiwa yang pernah dinyatakan di dalam Novel Nirnama, tetapi dengan latar masa sebelum berlangsungnya kejadian bagai yang diceritakan dalam Novel Nirnama.


Pembaca akandibawa menelusuri kisah-kisah seperti bagaimana Jagat Suci mula bersihir, hari-hari awal Adiwaja menempuh hidup sebagai insan cacat, Tuha dan Taming Sari, Kasturi menjadi laksamana termuda Semutar Putih, Jebat dan Tanggang, Nadim di perkampungan Medini, pertelingkahan Santubong dan Sejinjang, Nirnama saat pertama kali bertarung dengan wakil dari Indera Kayangan, dan beberapa cerita yang akan membuatkan para pembaca menyelam lebih dalam ke alam karya Nirnama ini.


Novel ni merupakan prekuel kepada novel Nirnama. Since novel ni aku beli sewaktu tempoh pre-order, aku ada versi rumi dan  jawi dan disebabkan aku on time crunch masa baca novel Nirnama, aku decide untuk prekuel ni, aku baca yang versi rumi je. And surprise surprise, sehari setengah je dah habis baca haha.


Kisah dalam ni merupakan kisah sebelum Jagat Suci bebas daripada pasungan, bahkan sebelum dia mula bersihir. Bukan saja kisah Jagat Suci, tapi semua watak-watak sampingan dalam Nirnama, kisah mereka diceritakan, sebelum apa yang jadi dalam Nirnama. Kisah yang paling dekat dalam hati aku haruslah kisah Adiwaja yang mulanya seorang pendekar gagah diangkat menjadi Laksamana Utama Semutar Putih dan hilang segala-galanya selepas pertembungan terakhir dengan Jagat (sebelum dia dipasung). Sama macam Nirnama, dalam prekuel ni ada juga ilustrasi-ilustrasi dalam celah helaian. 


Sebelum baca Nirnama, aku terfikir juga untuk baca prekuel dulu tapi nasib baik aku tak buat. Kalau tak, confirm aku dah spoil nama sebenar Nirnama yang menjadi rahsia, dan segala elemen-elemen kejutan yang ada dalam Nirnama. And aku akan especially get attached dengan relationship Nirnama dengan kekanda-kekanda dia. Lepastu, baca Nirnama, konfem aku akan kecewa teruk dengan apa yang jadi to one of them. So, bersyukur jugalah aku baca Nirnama dulu dan bukannya prekuel ni.


19 hikayat (bab/chapters) yang diberikan sebenarnya tak bersambung-sambung macam Nirnama sebab setiap hikayat akan dicerita tentang watak-watak yang lain tapi semuanya saling berkait. Lebih kurang macam kau tengok teaser untuk movielah. Sikit-sikit je tapi bezanya, prekuel ni menceritakan sebelum movie (in this case, Nirnama) tu berlaku.


Aku sangkakan, Nirnama ni akan jadi solo projek untuk penulis, since novel-novel beliau yang lain semuanya bersiri tapi rupanya Nirnama pun siri! Ahhh, tak sabarnya nak tunggu Nirnama 2! Buku daftar maklumat yang diberikan sekali dengan package pre-order bagi aku sikit insight on how and why penulis jadikan satu-satu watak tu. To those yang wondering perlu ke tidak baca prekuel ni kalau dah baca Nirnama, well, aku akan kata tak pun sebab cerita dalam ni berlaku sebelum Nirnama mula mengalahkan Bagak Durjana tapi kalau tertanya-tanya the whole back story macam mana si Jagat Suci terpengaruh untuk bersihir dan macam mana kehidupan Adiwaja sebelum Nirnama, by all means, bacalah.




-thes

Tuesday 8 August 2023

Nirnama by Hilal Asyraf

August 08, 2023 0 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Nirnama

Penulis: Hilal Asyraf

Mukasurat: 744

Genre: Klasik, Aksi, Pengembaraan

Penerbit: Hilal Asyraf Resources

Terbitan: 2021

ISBN: 9789672208242

Related title(s): Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung

Blurb:

Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.


Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarkannya Nirnama - Tanpa Nama.


Hasil capur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujung jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.


Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?

Apa kaitan Nirnama dengan Kerajaan Semutar Putih? 

Siapakah sebenarnya Nirnama?


Ni merupakan karya fiksyen Hilal Asyraf yang first yang aku baca. Sebelum ni, aku pernah baca tulisan non fic beliau je, itupun dah bertahun dulu. Nirnama ni pulak karya fiksyen yang entah keberapa dan ada tiga versi. Versi bahasa inggeris, bahasa melayu tulisan rumi dan jawi. Yang aku baca, versi jawi sebab aku takde copy yang rumi. Maklumlah beli preloved, masa aku nak beli tu memang seller tu je yang ada offer Nirnama, itupun memang dia nak jual yang jawi punya je. Aku pun beli jelah. Dan dan buku sampai, eh ramai pulak yang preloved Nirnama, siap ada yang kombo.


Since aku baca versi jawi, pembacaan aku jadi sedikit lambat. Iyalah, rasanya kali terakhir aku baca jawi mungkin masa sekolah menengah rendah, jawab paper Pendidikan Islam. Jadinya, bacaan aku sedikit merangkak. Hat mudah-mudah, lajulah sikit, sampai dekat nama senjata ke nama watak ke nama tempat ke, teruslah aku mengeja satu-satu haha. Kadang tu give up la nak bunyikan. Contohnya nama sebenar Raja Bersiong. Ejaan jawinya sangat menyakitkan kepala aku.


Permulaan cerita agak mendatar tapi penuh dengan tanda tanya. Babak aksi pertama antara Nirnama, si pendekar tanpa nama dan Bagak Durjana pun aku rasakan macam apa ni? Keep me interested, for sure tapi sebab aku macam confuse lagi dengan siapa baik siapa jahat, babak tu macam mehh sikit. And bila munculnya Cendana, dan dia mencabar Nirnama atas Mendam Berahi,  milik Tanggang, pace makin laju dan aku makin faham akan cerita ni.


Berselang-seli dengan babak-babak pengembaraan Nirnama dengan Nadim, diselitkan juga satu kisah lalu tentang seorang budak yang menjadi mangsa Jagat Suci dan macam mana dia dibawa dan dilatih oleh Adiwaja, mantan Laksamana Utama Semutar Putih dan juga sahabat baik Sultan Mansur. 


Nama-nama watak dalam semesta Nirnama ni kebanyakkan dari kisah rakyat Malaysia. Dan kisah mereka pun disesuaikan dengan jalan cerita Nirnama menjadikan kisah ni lebih berseri. Dicelah-celah helaian, ada juga diselitkan ilustrasi yang menggambarkan satu-satu watak dan juga situasi. Semuanya cantik-cantik belaka (kecuali that one illustration yang tunjuk watak jahat bertukar jadi mambang. Tu tak cantik sebab menakutkan aku).


Watak Nirnama ni digambarkan dengan seorang yang berpegang pada ajaran Islam yang sebenar dan misinya hanyalah untuk menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran. Banyak nasihat, pengajaran dan ilmu Islam yang aku dapat daripada novel ni. Walaupun bukan seorang yang banyak mulut, pengembaraan dia diimbangkan dengan kehadiran Nadim. Dan senang untuk aku kata, Nadim ni aku punya fav character.


Babak-babak aksi memang tak kalah and of course sangat meletop! Setiap satu watak ada kelebihan pertarungan masing-masing, makes it more interesting. Tentunya ada juga elemen-elemen kejutan yang membuatkan aku tergamam, especially yang melibatkan salah seorang kanda Nirnama. Sedih woi, ish tak suka betul macam ni. Tapi sedih tu tak lamalah.


Aku sangat sarankan semua orang baca Nirnama ni sebab ceritany memang best gila! Lepas habis je, aku terasa overwhelm, dengan apa, entahlah aku pun tak pasti. Yang pastinya, it is a good thing. Hangover? Semestinya. Nak pick up prequel pun take time sikit. Anyway, this is a great book and worth every penny spent.






-thes

Mean Girls [2004]

August 08, 2023 2 Comments

  Assalamualaikum, good day dearest! 



Title: Mean Girls

Runtime: 97 minutes

Genre: Teen, Comedy, Romance

Director: Mark Waters

Writer: Rosalind Wiseman

Released year: 2004

Casts: Lindsay Lohan, Rachel McAdam, Lacey Chabert, Amanda Seyfried, Tina Fey, Jonathan Bennett

Country/Language: USA, Canada/English

Plot: 

After years of homeschooled due to her parents' job, Cady Heron finally joined a public school during her last year of high school. She then was introduced to the hierarchy in high school and The Plastics as the top of that hierarchy. Cady then was recruited to be one of them by Regina, the leader of The Plastics. However, Cady fall in love with a boy in her math class, Aaron who happened to be one of Regina's ex-boyfriend and girls just don't date your friend's ex. Cady then realized that in order to survive high school, she had to be two-faced, mean and backstabber to her own friends.

Trailer: 


Another classic, old but gold movie on the house. I might have watched this one or two times before but I never actually paid attention to the movie. Now that I have, I gotta say, this movie is a lot. I mean, I am not sure if this movie really represent what high school in America/Canada was like because my school was not like this. Well, the cliques did exist but not to this extreme of being mean to each other.

Cady, who once a kinda innocent and kind and super extremely smart girl slowly changed when she spent her time with The Plastics. I love how we actually could see how she behaved and changed over the time. The movie actually did served me a plentiful comedic scenes to keep me entertained though there wasn't time where I had a laughing fit but it's okay.

One thing that I really really don't like about this movie is how pathetic Cady became just to grab the attention of her crush. Every time she did something to get his attention, I cringe. Maybe it was normal, it was high school after all. But yeah, I doesn't sit well with me.

I personally loved how their math teacher, who I had forgot the name, settled the problem when the Burn Book made by The Plastics, went (what the term nowadays would be known as) viral at the school and all of the girls went wild, and just bat shit crazy with each other. Honest confession with each other and asking for forgiveness from their whole class was really great. 

Overall, it was a great movie to watch to fill in your time. And yes, I probably will watch it again someday.

For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes

Friday 4 August 2023

Ali Alauddin by Rose Harissa

August 04, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Ali Alauddin

Penulis: Rose Harissa

Mukasurat: 339

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Idea Kreatif

Terbitan: 2023 

ISBN: 9789672803294

Blurb:

Haji Azhar kata, Ali Alauddin satu-satunya anak dia yang  terlebih guna ortak berbanding hati. Sebab itu, 10 tahun di England, Ali macam tak ingat nak pulang ke Malaysa dan tak ingat nak kahwin. Lantas, dia aturkan jodoh untuk si anak. Pilihannya Alilatul Barizah, anak tunggal Dato' Zainal.


Ali dan Barizah, bukan versi kahwin paksa yang biasa-biasa. Mungkin bagi Barizah, ini memang terpaksa. Tapi bagi Ali, akad nikah bukan sekadar lafaz semata-mata.


"Pernikahan ni takkan berhasil sebab saya tak ikhlas terima awak." - BARIZAH

"Saya akan hadirkan cinta dan ikhlas untuk jayakan pernikahan ni." - ALI


Payah buat Ali sebab Barizah membantah dalam akur. Hari pertama, sudah meminta diceraikan. Tinggal serumah pun mahu berasingan bilik.


"Love is a commitment. Awak kena bagi komitmen untuk hadirkan cinta." - ALI

"Maksud awak, komitmen dalam bilik tidur?" - BARIZAH

"Komitmen yang satu maksudkan, bukan komitmen yang awak maksudkan tu." - ALI

"Tapi lambat laun saya kena serah diri juga, kan? - BARIZAH


Sikap ala English gentleman yang tersemai dalam diri Ali akhirnya buat Barizah berjaya ditundukkan. Perlahan-lahan mereka mula bahagia.


Tapi, satu emel dari Fateh yang diterima Barizah buat segalanya berubah.  Trauma Barizah muncul kembali. Dan kemunculan Jana Humaira menuntut janji dari Ali buat Barizah bagai tersedar dari mimpi. Dia lebih rela kehilangan Fateh dari kehilangan Ali.


Siapa sebenarnya Fateh yang menyebabkan Barizah trauma? Dan siapa sebenarnya Jana Humaira di hati Ali Alauddin?


Permulaan cerita bermula di London, dengan pertemuan Ali dengan seorang gadis idamannya, Jana. Aku macam hah sikit sebab kenal Ali dengan Jana dulu dan bukan Ali dengan Barizah. Terasa macam semuanya dibentang depan mata so mungkin takde elemen yang mengejutkan. Boy, how wrong can I be?


Selepas hubungan yang Ali cuba usahakan tak menjadi, dia nekad pulang ke Malaysia dan terima jodoh yang parents dia dah pilih. Pertama kali bertentang mata dengan jodohnya, penampilannya sangat berbeza dengan pilihan Ali. Walau apapun, tekad Ali hanya satu, untuk menjayakan rumah tangganya sebaik mungkin.


Perkahwinan yang dirancang bukanlah kehendaknya. Bahkan, selepas satu peristiwa, pernikahan bukan lagi dalam perancangannya. Tak sampai sehari bergelar isteri, dia dah meminta cerai, dengan alasan takkan bahagia. Tapi, Ali berkeras untuk teruskan pernikahan mereka. Kelakuan Barizah yang menentang sekeras-kerasnya dan kalau boleh nak putuskan hubungan suci mereka ni bagi aku sangat pelik. Takkan tiba-tiba?


Sampailah rahsianya diketahui Ali dan Fateh muncul kembali. Wow, sangat tak terjangka ya ada rahsia disebalik seorang Barizah. Rahsia yang sangat menyakitkan, dan pengkhianatan yang sangat memilukan. Nasib baiklah dalam keras dia nakkan perpisahan, tak sekali pun Ali goyah untuk memujuk. And man, lelaki ni apahal idaman sangat?! Tak sikit pun dia melenting, tapi tetap bersabar and cuba untuk fahami isteri dia. Ah, cair.


Saat bahagia baruuuu nak sampai, Jana muncul balik. Ah, membara betul aku dengan  perangai Jana ni, dan kalini, tenang Ali ni macam menyakitkan hati aku haha sebab dia tak reliate pun dengan apa yang Jana buat! Tapi dekat sini, kematangan Barizah menyerlah. Dia tak terus menyalahkan Ali tapi usaha untuk cari jawapan dulu. Kemudian, nilai dan seterusnya tetap menyokong Ali.


Ali Alauddin adalah kisah mudah yang tak berapa nak complicated. Bolehlah jadikan bahan bacaan untuk masa-masa santai. Epilog tu sumpah cute gila!

-thes

Wednesday 2 August 2023

Raid Arjuna by Rose Harissa

August 02, 2023 2 Comments

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Raid Arjuna

Penulis: Rose Harissa

Mukasurat: 659

Genre: Romantik, Aksi, Misteri, Drama

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2018

ISBN: 9789672102656

Blurb:

"Hasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam"

"Aku rasa... Bonda kau dah hilang."


Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.


Degil, kerana sikap itu.. Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya  seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.


Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid  berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.


"Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?" - YASMIN 

"Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, mereka dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka." - RAID ARJUNA


Tapi pengal peribadinya, Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur!


"Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum jadi isteri kau!" - RAID ARJUNA


Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terekna tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.


"Terima kasih Raid Arjuna... Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak." - ASYANUR


Ini kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.


"Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya!" - RAID ARJUNA


Aku kenal Raid dalam Nefertiti karya Lily Haslina Nasir. Orangnya sangat misteri dengan kebolehan bersilat yang tinggi dan sentiasa dengan kerambit. Dan novel ini, merupakan kisahnya, dari seorang anak manja kepada seorang anak jantan perkasa. Misinya untuk menuntut bela kematian bapanya, Gilbert dan mencari bondanya diteruskan walaupun ancaman muncul dari pelbagai arah.


Permulaan kisah sangat menyesakkan dada aku. Dari satu babak saspens ke satu babak saspens, permulaan yang akan mendewasakan Raid dengan mengejut. Sungguhlah menyeksa jiwa betul. Perwatakan Raid yang dewasa adalah kerana masa silamnya yang menyakitkan. Untuk dia ke tahap yang dia berada dewasanya, bukanlah mudah.Aku sangat-sangat jatuh hati ya dengan perwatakan Raid ni. Pelindung, tegas, lembut, tenang, rasional, dan tak lupa juga dia seorang yang sangat-sangat puitis! Lagi-lagi kalau tengah marah, gosh whatttt???


Asyanur pula seorang gadis yang merasa kehilangan dari seawal usianya lima tahun. Dijaga rapi oleh umi Ummu Maziah, dia membesar menjadi anak gadis yang matang. Perkenalan pertama dengan Raid adalah saat dia menyelamatkan Raid. Ya, dia selamatkan Raid, bukan sebaliknya. Raid dah terkaku tergamam tengok bidadari bersilat. Watak Asyanur jauh lebih matang berbanding usianya. Sejenis tak cepat melatah dan melulu tapi bijak berhenti untuk memerhati dan menilai sendiri. Aku sangat suka dengan watak Asyanur ni. 


Raid Arjuna membawakan kisah yang padat dengan babak-babak aksi dan juga momen-momen saspen.  Misteri disebalik kehilangan bonda Raid. Diseimbangkan pula dengan babak-babak kelakar lagi pecah perut, especially bila Noah and Gambit mula nak menyakat Raid. Tak kurang juga babak romantik dan puitis. Lengkap, all in one. 


Watak-watak sampingan, memang sangat efektif, especially Noah. Watak dia memang either menceriakan kelam dalam cerita ataupun menjadi penyelamat. Tapi yang pastinya dia akan sentiasa ada dengan Raid. And aku sangat-sangat kagum dengan watak Noah and Gambit ni. Asal-asal cuma pengawal peribadi yang diupah menjaga Raid, tapi after everything, mereka masih care dengan Raid, buatkan aku tertanya-tanya, agaknya sekarang ada lagi ke eh manusia macam ni? Ada juga cameo Yasmin Qawlah Azwar, heroin dari novel Nefertiti karya Lily Haslina Nasir dan menceritakan serba sedikit (very tiny bit) tentang kisahnya. 


Penceritaan padat dengan istilah bisnes dan juga 'helah-helah' Raid untuk merealisasikan misinya. Sungguh, aku terpegun dengan konsep wang dinar yang digunakan Raid, walaupun agak samar-samar, tapi terasa sangat wow! Plot twist dalam usaha Raid menyingkap kebenaran, sangatlah šŸ¤ÆšŸ¤ÆšŸ¤Æ 


Susah ya nak berpisah dengan Raid dan Asyanur ni. Ceritanya terlalu memikat dan terus mengikat aku. Book hangover orang kata, nak move on ke kisah yang lain, memang mengambil waktu. Aku sangat sarankan korang untuk dapatkan and baca cerita ni. Best teruk!



-thes

Tuesday 1 August 2023

The Proposal [2009]

August 01, 2023 2 Comments

  Assalamualaikum, good day dearest! Okay, today we're reviewing a classic rom com movie and I am in love with the movie ever since I watched  it for the first time.


Title: The Proposal

Runtime: 108 minutes

Genre: Romance, Comedy

Director: Anne Fletcher

Writer: Peter Chiarelli

Released year: 2009

Casts: Sandra Bullock, Ryan Reynolds

Plot: 

Margaret Tate is an editor at a publishing company in New York. She was career-driven and a very assertive leader. When she discovered she was about to be deported from the USA due to her visa expiration, she immediately schemes a marriage with her supposedly fiance, Andrew Paxton who is also currently her hard working assistant of three years. In return of joining the scheme, Margaret promised Andrew the promotion he had been looking for. Due to the unexpected situation, the immigration agent planned to uncover their scheme and charge Andrew with fraud and deported Margaret. As agent interview them for their activity during that particular weekend, Margaret immediately said that they were going back to Andrew's hometown in Alaska to celebrate Gammy's 90th birthday.


Trailer: 



This movie serves a great rom-com for a fake relationship trope. I freaking loves how Margaret minds worked very quickly to get herself from being deported. Just the word engagement and a light bulb lights up in her mind. And of course she couldn't pick a better person to be her fiancƩ. Of course her assistant, Andrew is the best one. He knew everything about her.


I loves the dynamic of Andrew and Margaret's relationship. From how much Andrew hated her and the understanding they came to and how they slowly fell for each other. Ohhh, how romantic. And of course we could not forget about the family that actually brings them closer than they could ever imagine. I looooves gammy! She unknowingly became the person who make Margaret realized about her feelings. And that the whole family (well exception to his father) welcomed her without much protest and just gives out the love.


Being a rom-com, of course there were plentiful scenes of comedy. And if I had to pick a favorite, it would be the one where Margaret dance and sang rap song in the woods with gammy to thank the mother nature. I mean what? Haha, she was supposed to chant to thank the nature not sang rap songs and the lyrics was so hilarious. And gammy face? Goollden.


The ending well, as expected it is  happy ending and I couldn't asked for more. I love how Sandra's hairstyle changed from the beginning to the end of the show. She was in high ponytail in the beginning, signifying her uptight and strict  character and letting her hair down at the end to her let loose, chilled  character. And ending credit interview scene? Absolutely loves it.


For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !

-thes